Posts

Showing posts from August, 2018

#kuliahbisnes 10 perkara memberi anda Khidmat Pelanggan Yang HEBAT

Image
10 perkara yang membolehkan anda memberi khidmat pelanggan yang HEBAT kepada pelanggan anda adalah: 1. The right ambience @ suasana yang sesuai dan betul -kebersihan yang tip top -suasana yang selesa -bersih yang konsisten 2. Personalize at every point @ memberi khidmat peribadi pada setiap sudut -pelanggan berasa dihargai secara peribadi seperti welcome letter khas atas nama pelanggan, jika ada meja untuk makan telah di tag atas nama pelanggan, pelanggan akan menghargai usaha yang bersifat peribadi ini dan merasakan dilayan bagaikan tetamu kehormat atau VVIP. 3. What's in the name? @ Apa ada pada nama? -Dalam dunia hospitaliti, panggilan nama amat penting agar pelanggan rasa dihargai. Dan jika setiap perkhidmatan yang diberikan dan setiap staf yang mengendalikan mengetahui nama pelanggan dengan baik dan jelas, pelanggan akan merasakan semua perkara telah disusun ataur dengan baik dan rapi. Ini akan menggembirakan pelanggan 4. No unexpected surprise...

Gulai itik yang sedap di Kg Guntung....

Image
Sapa yang terasa atau teringin nak makan Gulai Kerutub Itik boleh lah singgah ke warung Jelira Rasa di simpang 4 lampu isyarat Kg Guntung Luar menuju ke Kg Saujana. Orang tempatan panggil Kedai Haji Ya. Memang sedap gulai itik di sini yang di masak bagaikan resepi orang tua lama. Warung atau kedai ini dibuka setiap hari kecuali hari Sabtu. Selain gulai itik juga ada Gulai Ayam Kampung serta Ayam Kampung Goreng yang boleh di makan bersama samada nasi putih atau nasi dagang. Memang ramai pengunjung setiap hari di sini.

Menarik pukat... budaya masyarakat nelayan Terengganu

Image
gambar azizi embong Budaya menarik pukat adalah salah satu aktiviti tradisi masarakat nelayan di Terengganu. Ia masih boleh dilihat dan dinikmati keutuhan aktiviti berkumpulan ini di perkampungan nelayan di sekitar Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Setiu dan lain-lain tempat. Perkampungan nelayan di sekitar Batu Rakit adalah lokasi paling mudah unuk dilihat kegiatan nelayan sebegini pada setiap pagi. Memang begitulah cara hidup masyarakat nelayan di sini. Budaya menarik pukat ini sememangnya menjanjikan keseronokan melihat ikan-ikan pinggiran pantai yang bergelimpangan meronta melepaskan diri dari pukat. 

Herba Batu Jin, penawar besar batu karang dan kanser...

Image
Hari ini admin ingin berbicara dan kongsi mengenai khasiat pokok herba Batu Jin atau Pecah Beling yang banyak terdapat disekitar kita. Khasiatnya dapat  membantu kita mahupun kawan-kawan serta saudara mara kita. Herba Batu Jin atau Pecah Beling atau nama sainsnya 'strobilanthes crispus atau saricocalix crispus ini dikatakan berasal dari Madagascar dan Kepulauan Indonesia dan juga turut banyak terdapat di Tanah Melayu atau Semenanjung Malaysia. Ia dikatakan telah lama digunakan oleh masyarakat Melayu dan orang-oang Asia bagi  menguangkan kesakitan dalam badan. Nama-nama lain bagi herba ini adalah pecah kaca, enyoh kilo, kecil beling, pokok batu karang, remek dan lain-lain. Banyak sekali namamya dan bermakna ia dikenali sebagai ubatan yang berguna dalam kehidupan masyarakat Melayu. Di antara khasiat dari herba ini adalah: anti diabetis anti kanser anti mikrob antu batu karang anti oksidan Hasil kajian makmal Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM mendapa...

Pengunjung blog