#kuliahbisnes 10 perkara memberi anda Khidmat Pelanggan Yang HEBAT



10 perkara yang membolehkan anda memberi khidmat pelanggan yang HEBAT kepada pelanggan anda adalah:

1. The right ambience @ suasana yang sesuai dan betul
-kebersihan yang tip top
-suasana yang selesa
-bersih yang konsisten

2. Personalize at every point @ memberi khidmat peribadi pada setiap sudut
-pelanggan berasa dihargai secara peribadi seperti welcome letter khas atas nama pelanggan, jika ada meja untuk makan telah di tag atas nama pelanggan, pelanggan akan menghargai usaha yang bersifat peribadi ini dan merasakan dilayan bagaikan tetamu kehormat atau VVIP.

3. What's in the name? @ Apa ada pada nama?
-Dalam dunia hospitaliti, panggilan nama amat penting agar pelanggan rasa dihargai. Dan jika setiap perkhidmatan yang diberikan dan setiap staf yang mengendalikan mengetahui nama pelanggan dengan baik dan jelas, pelanggan akan merasakan semua perkara telah disusun ataur dengan baik dan rapi. Ini akan menggembirakan pelanggan

4. No unexpected surprise @ Tiada sesuatu diluar jangkaan
-Pastiakn semuanya jelas, Nama yang jelas, papan tanda yang jelas, pakej yang jelas, tiada kos atau caj yang tersembunyi supaya jangkaan pelanggan adalah sama sebelum datang dan masa tiba di tempat kita. 

5. Make it memorable @ Jadikan ia sebagai memori yang indah
-pastikan ada sesuatu 'buah tangan' buat pelanggan supaya ia akan menjadi ingatan paling manis pelanggan ditempat kita atau sesuatu yang ia akan bawa pulang dan mengingatinya. Apa saja yang dirasakan perlu servis dan buah tangan. Ia kombinasi yang hebat untuk pelanggan.

6. Follow up is important @ Susulan dan peringatan adalah penting
-pastikan semua persediaan dan pengesahan dibuat bersama pelanggan dan sentiasa di buat ingatan susulan atau peringatan mesra agar pelanggan gembira.

7. Be efficient but not pushy @ Jadi lebih berkesan tapi bukan pendesak
-Pastikan anda menjaga pelanggan dengan sebaiknya dan sentiasa mengambil berat akan pelanggan tapi jangan berlebih-lebihan sehingga pelanggan menjadi rimas. Beri masa dan ruang pada pelanggan. Dan pastikan pelanggan berasa selesa dengan kita.

8. Dont forget the THANK YOU @ Jangan lupa berTERIMA KASIH
-Jangan lupa berterima kasih pada pelanggan. Pelanggan akan merasakan dihargai dan dihormati.

9. Reward their LOYALTY @ Beri ganjaran atas kesetiaan
-hargai kesetiaan pelanggan. Ia akan mebuatkan hubungan anda dan pelanggan menjadi hebat dan saling menghargai. Jadilah kawan kepada pelanggan anda akan memudahkan anda untuk terus menghargai dan dihargai.

10. A smile can do the trick @ Senyum dapat meredakan
-Pastikan anda dapat menggembirakan pelanggan dan buat pelanggan tersenyum. Ia sesuatu yang hebat buat pelanggan bila mereka rasa gembira. Anda senyum , pelanggan juga akan senyum.

Comments

Popular post this month

Desa Ukiran Kayu Istana Tg Long, Kg Raja, Besut, Terengganu- Legasi Seni Ukir Melayu Yang Hebat

Nasi Berlauk Malam Sudin Kubis 3, fenomena baru makan malam di Kuala Terengganu.. beratur panjang

10 Pemain Pingpong TERBAIK MALAYSIA lelaki dan wanita

Tradisi Main dan Buat Wau

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

Kenali Pengarang Kitab Terkenal, 'Penawar Bagi Hati', Syeikh Abdul Qadir Al Mandili (1910-1965)

Senarai Pasar Malam di Kuala Terengganu sepanjang minggu..macam macam makanan dan kuih boleh cari..

Pengunjung blog