Herba Batu Jin, penawar besar batu karang dan kanser...


Hari ini admin ingin berbicara dan kongsi mengenai khasiat pokok herba Batu Jin atau Pecah Beling yang banyak terdapat disekitar kita. Khasiatnya dapat  membantu kita mahupun kawan-kawan serta saudara mara kita.

Herba Batu Jin atau Pecah Beling atau nama sainsnya 'strobilanthes crispus atau saricocalix crispus ini dikatakan berasal dari Madagascar dan Kepulauan Indonesia dan juga turut banyak terdapat di Tanah Melayu atau Semenanjung Malaysia.

Ia dikatakan telah lama digunakan oleh masyarakat Melayu dan orang-oang Asia bagi  menguangkan kesakitan dalam badan.

Nama-nama lain bagi herba ini adalah pecah kaca, enyoh kilo, kecil beling, pokok batu karang, remek dan lain-lain. Banyak sekali namamya dan bermakna ia dikenali sebagai ubatan yang berguna dalam kehidupan masyarakat Melayu.

Di antara khasiat dari herba ini adalah:

  • anti diabetis
  • anti kanser
  • anti mikrob
  • antu batu karang
  • anti oksidan
Hasil kajian makmal Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM mendapati ia mengandungi mineral yang tinggi iaitu Kalsium (24%), Kalium (51%, Natrium 24%, Ferum (1%) serta Fosforus (1%).

Manakala daunnya pula mengandungi dan kaya dengan Vitamin C, Vitamanin B1 dan B2 serta mengandungi Katekin dan Tannin yang tinggi serta sedikit Kaffein.

Hasil ujian makmal juga mendapati ia mampu merencatkan pertumbuhan sel kanser kolon, kanser hati serta kanser payu dara.

Ia juga mampu membunuh sel kanser serta empengaruhi sel kanser hingga mati (apoptosis) tanpa kesan sampingan dan keradangan.

Ia juga mampu menghancurkan batu karang serta batu dalam hemedu di buah pinggang. Dan menurunkan kolestrol dan gula dalam darah serta melancarkan pembuangan air kencing atau kencing idak lawas.

Cara menggunanya.

-ambil 4 hingga 5 helai daun dan direbus dengan 1 liter air. Biarkan mendidih dan air sehingga 500ml atau 1/2 liter dan amalkan minum setiap hari.

Moga ia memberi manfaat kepada kita semua.

sumber: 
www.doa.gov.my
petua.whatta.org

Comments

Popular post this month

Desa Ukiran Kayu Istana Tg Long, Kg Raja, Besut, Terengganu- Legasi Seni Ukir Melayu Yang Hebat

Nasi Berlauk Malam Sudin Kubis 3, fenomena baru makan malam di Kuala Terengganu.. beratur panjang

10 Pemain Pingpong TERBAIK MALAYSIA lelaki dan wanita

Tradisi Main dan Buat Wau

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

Kenali Pengarang Kitab Terkenal, 'Penawar Bagi Hati', Syeikh Abdul Qadir Al Mandili (1910-1965)

Senarai Pasar Malam di Kuala Terengganu sepanjang minggu..macam macam makanan dan kuih boleh cari..

Pengunjung blog