Ubi Gadung.. ubi beracun menjadi santapan orang tua kita.. hebat kan..

 


Selepas  post satu gambar ubi gadung yang dijumpai di kebun di Kg Hulu Kekabu, Setiu, Terengganu, rasa terpanggil untuk mencari sedikit maklumat berkaitan dengan ubi gadung ini.

Pelbagai respon dari sahabat berkaitan ubi yang agak payah untuk dijumpai kini dan agak 'rare' ini.

Nama saintifik ubi gadung ini adalah Dioscorea daemona atau D.hispada Dennst. Di Thailand ia dikenali sebagai Kloi dan manakala di Filipina ia dipanggil Nami.

Ia merupakan sejenis ubi beracun jika dimakan mentah begitu sahaja ,alah mengikut laporan jika memakan ubi ini secara mentah bersaiz epal sahaja boleh membunuh si pemakannya. Walaupun begitu ia tetap menjadi santapan yang yang enak orang-orang tua kita dahulu. Hebat kan. Barang beracun menjadi santapan. Dan Admin juga pernah memakannya semasa kecil ubi ini yang dibuat oleh arwah bonda untuk dimakan dengan kelapa bersama garam dan gula. memang sedap terutama pada musim hujan.

Ia dikatakan berasal dari India tetapi telah tersebar luas di Asia Tenggara dan cukup banyak dihutan-hutam negara kita samada di hutan sekunder, belukar mahupun lembah terutama berdekatan dengan alur atau sungai.

Dari segi perubatan, ia mempunyai ciri ciri pembunuh cacing dan serangga.

Bahan beracun yang tinggi dalam ubi ini dikenali sebagai Alkaloid dioscorin yang beracun. Bahan alkaloid yang terkandung dalam ubi ini akan menyebabkan radang kerongkong, pening kepala, muntah darah, kesukaran bernafas, mengantuk dan keletihan. Pada kebiasaannya, berlaku keracunan yang menyebabkan kematian akibat memakan ubi ini secara mentah selepas 6 jam memakannya. Tidak hairan lah jika ubi ini tidak terusik oleh babi atau khinzir di kebun.

Walaupun kedengarannya menakutkan, ubi ini mampu menjadi santapan orang-orang tua kita. Ianya perlu diproses dengan betul sebelum dijadikan menu yang enak.

Petua orang tua-tua untuk memproses ubi gadung ini adalah:

-ianya hendaklah dihiris nipis-nipis, kemudian dimasukkan ke dalam karung atau guni dan diletakkan di aliran air yang mengalir selama tiga hingga empat hari bagi menghilangkan racunnya. ianya boleh dilihat jika ikan-ikan kecil mulai memakan habuk-habuk atau sisa sisa ubi, bermakna racunnya sudah tiada.

kemudian ubi itu direndam dengan garam dan dibasuh dan dibilas bersih. Barulah direbus sehingga empuk. Ada yang merebus ubi sahaja dan ada yang merebus bersama pulut.

kemudian setelah masak, ia enak dimakan bersama kelapa yang digaul bersama sedikit garam dan gula. Dan boleh makan bersama ikan masin, ikan pekasam atau ikan kukus goreng.

Ianya boleh dikembangkan lagi secara komersil lagipun binatang pemangsa tidak berani mengusiknya. 

Sebelum ini ada kedengaran Universiti Malaysia Terengganu membuat kajian bagi membangunkan lagi produk ubi gadung ini cuma tidak diketahui setakat mana perkembangan cadangan tersebut.

Comments

Popular post this month

Desa Ukiran Kayu Istana Tg Long, Kg Raja, Besut, Terengganu- Legasi Seni Ukir Melayu Yang Hebat

Nasi Berlauk Malam Sudin Kubis 3, fenomena baru makan malam di Kuala Terengganu.. beratur panjang

10 Pemain Pingpong TERBAIK MALAYSIA lelaki dan wanita

Tradisi Main dan Buat Wau

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

Kenali Pengarang Kitab Terkenal, 'Penawar Bagi Hati', Syeikh Abdul Qadir Al Mandili (1910-1965)

Senarai Pasar Malam di Kuala Terengganu sepanjang minggu..macam macam makanan dan kuih boleh cari..

Pengunjung blog