Posts

Showing posts from October, 2022

Musim memancing ikan dukang di Kg pantai kg Baru Penarik, Setiu, Terengganu

Image
  Musim awal hujan November ini merupakan antara musim menarik bagi memancing ikan Dukang atau Kedukang di pantai Kg Baru Penarik, Setiu, Terengganu. Seronok tengok abang abang memancing ikan dukang. Sekejap je naik. Sekejap je sentak... Naik. Abang sorang ni dah dekat 2kg dah ikan dukang. Ikan dukang atau kedukang atau juga dikenali Sagor Catfish atau nama saintifiknya Hexanematichthys Sagor berhabitat dipantai atau sungai yang berlumpur atau dikuala sungai. Dengan pantai penarik yang agak beralun pada musim ini amat sesuai dengan habitat ikan dukang malahan ia tidak jauh dengan kuala sungai Setiu yang kaya dengan hidupan marin. Bagi peminat dan hobi memancing boleh lah berkunjung ke pantai Kg Penarik pada sebelah petang. Umpan yang sesuai digunakan adalah sotong dan ikan selayang.

Nasi Berlauk Ayah Su Jak Kg Seberang Kastam, Kuala Besut, destinasi sarapan pagi lejeng..

Image
  Nasi berlauk Ayah Su Jak di Kg Senerang Kastam, Kuala Besut sememang antara kedai sarapan pagi yang amat sinonim dengan orang Kuala Besut. Terletak berhampiran dengan jambatan Kuala Besut merupakan destinasi sarapan pagi warga nelayan sebelum ke laut pada satu ketika dahulu kini telah menjadi pilihan ramai untuk menikmati keenakan Nasi Berlauk Ikan Aya. Setiap hari cukup ramai pengunjung dan bilangan ini bertambah pada hari minggu terutama hari Jumaat yang bersempena kedai sehari atau pasar minggu di Kuala Besut. Keenakan Nasi berlauk ini menjadi kesukaan ramai dengan resepi keluarga turun temurun. Malah gulai ikannya juga tahan lama hingga ke petang. Lokasinya di tepi jalan sebelah kanan sebelum jambatan Kuala Besut. Harga pun masih berpatutan.  Anda boleh masukkan sebagai destinasi #sarapanpagi di Besut jika anda ke Terengganu.

Lauk paling sedap dan nikmat pada musim hujan...

Image
  Setiap kali musim hujan datang, perut asyik mudah lapar je. Di antara lauk yang paling sedap dan nikmat pada musim hujan adalah lauk sardin bawang dan bubuh 2-3 biji cili api, nak sedap lagi dapat lada kampung. Taruk baeang lebih sikit. Lawan lauk sardin yang paling ngam sekali adalah telur dadar dengan bawang lebih.   Kalau ada boleh tambah ikan bekok atau ikan masin goreng. Fuhh kena dengan nasi panas oanas . Memang tak ingat dunia. Kalau di kira ni lauk untuk orang susah satu ketika dulu. Tapi sekarang dah jadi lauk orang berada. Mana taknya sardin dah mahal terutama cap chicken. Telur pun asyik tak ada je.. harga pun dah mahal. Ikan masin lagi la.. Dulu inilah alternatif bagi mereka yang susah. Sekarang semuanya dah jadi mahal dan susah nak dapat. Nampaknya kita kena kembali seperti zaman dulu dulu. Setiap rumah ada ternak ayam sendiri, tanam sayur sendiri sebagai sumber makanan. Jadi orang susah pun dah tak senang sekarang, zaman serba mencabar.  Zaman khalifa...

Sup kambing roti bakar.. sedap weeih hujan hujan ni..

Image
 Pekena sup kambing panas panas dan roti bakar dalam cuaca hujan sebegini..fuhh... Sedah weihh. Rasa sup yang secukup rasa dan pedas pedas gitu memang kena lah. Kat mana ni? Di Kopi Station Hentian Rahmat, di Kg Rahmat Setiu, Terengganu. Kopi dia pun jadi sini... Ada belake, latte, cappucino, americano, dengan pelbagai perisa yang enak seperti hazelnut, caramel, butterscotch, salted caramel serta vanilla. Bagi penggemar coklat juga ada di sini boleh dinikmati samada panas mahuoun sejuk atau frappe. Sambil singgah solat atau ke tandas bolehlah singgah pekena sup kambing dan kopi.

Kuasa pasukan dan kejayaan.. ia bukan mudah

Image
Disebalik setiap kejayaan samada sebuah organisasi atau hero.. ia adalah hasil kejayaan pasukan samada terlihat atau terlindung Tahniah kejayaan Jdt dan Tfc kerana menjuarai dan naib juara liga super Malaysia 2022.  Ini adalah contoh kejsyaan pasukan yg dibentuk sedikit demi sedikit, proses demi proses dalam menggapai sebuah kejayaan. Ia tidak mudah . Panjang prosesnya dan penuh berliku. Lihat Jdt 10 tahun yg lalu. Pelbagai usaha dan proses telah dibawa oleh Tmj atau Tunku Ismail dan pasukan dengan bermula meletakkan satu aras standard pengurusan bolasepak yang baru, membawa masuk teknologi dan kepakaran eropah ke dalam pasukan. Membawa tenaga pakar bagi merubah dan menukar proses biasa kepada penanda aras yg baru.   Teknologi latihan, sains sukan, kecergasan, diatetik sukan, naik taraf kemudahan sukan dan latihan, bilik persalinan malah kepada Pemulihan sukan pra dan pasca perlawanan. Proses proses ini yg sentiasa ditambah baik dari semasa ke semasa dengan tenaga pasukan...

Restoran Masakan Sumatera di Jerteh, terkenal dengan Ayam Kampung Goreng

Image
Baru baru ini ke bandar Jerteh dan tiba waktu tengahari , mencari destinasi makan tengahari. Teringat ada sebuah restoran masakan Sumatera dekat dengan Pejabat Pos Jerteh dan J&T.   Ia menjadi kegemaran mereka yang sukakan ayam kampung goreng. Admin memilih lauk daging masak hitam dan bergedil dan untuk lebih sedap kuahnya kena campur serba sikit macam pakcik pelanggan sini cakap ala ala nasi kandar gitu. Ya memang sedap cuma cari sambal yang selalu jumpa bila makan nasi padang tapi tak jumpa. Yang ada cuma sambal belacan. Apapun ia tetap menyelerakan. Suasana restoran juga selesa dan tempat letak kereta yang banyak. Harap pihak PBT tak datang kompoun, kalau tidak kena bayarlah RM5 kompoun.  Ia sentiasa menjadi pilihan ramai dan ada pelanggan tetap dan setia. Sedang Admin tengah makan ada 2 pasangan warga emas datang nak makan lauk urat keting tapi belum masak. Mereka sanggup tunggu 30 minit lagi. Nampaknya kena datang lagi apa yang istimewa lauk urat keting di sini.. Loka...

Jom bercuti ke Kashmir.. di antara deatinasi igauan dan impian..

Image
  Pakej Kashmir winter pada bulan 3 2023.  Di antara destinasi yang menjadi impian ramai pelancong. Pakej dah termasuk flight penerbangan (international n lokal), hotel, pengangkutan, tour, mknminum, visa dan juga surcharge. Harga RM5890 per pax. Jom boleh whatsapp ke 0199044003 bagi menempah seat anda. Di bawah ini disertakan itinerary program. #kashmir #tajmahal #india #holidau

Kisah scam tercanggih abad ini Turing AI

Image
  Baru baru ini pada penghujung 2021 kita digemparkan dengan satu scam yang besar melanda negara kita dan mengaut jutaan ringgit iaitu Sistem Turing Ai yang menawarkan sistem pelaburan kripto dengan menggunakan robot AI yang kononnya berooerasi secara bijak menjana keuntungan kepada pelabur. Pelabur ditawarkan melabir secara percuma dapat dikembangkan jaringan akan ada komisen. Bagi menjana lebih keuntungan pelabur disarankan menyewa robot atau sistem  Serendah USD2 atau RM10 bagi menjana lebih keuntungan. Admin juga dimaklumkan ramai pelajar dan pensyarah sebiah universiti di pantai timur menyertai skim pelaburan ini malah ada yang membuat pelaburan 10,000usd atau rm45,000 bagi menjana keuntungan sehingga 100usd sehari. Namun begitu tidak lama kemudian pelabur dimaklumkan sistem telah diceroboh dan sistem telah digantung buat sementara bagi menyelesaikan isu keselamatan. Tidak lama kemudian sistem telah dishutdown dan tidak lagi boleh diakses. Mungkin tuan punya skim telah me...

Warung Banan Station, Pantai Kelulut, Marang, Terengganu.. ada kelainan

Image
  Hari tu kebetulan ada ziarah kematian di Seberang Marang, Terengganu rasa nak cuba satu cafe baru yang selalu keluar promo kat facebook admin iaitu Banana Station di Pantai Kelulut, Marang, Terengganu. Mungkin ini antara signatur dish di sini Popia Banana Kedai simple je.. tapi selesa dan nyaman. Dekonya pun simple je. Banyak juga pilihan menu di sini. Menu pilihan spageti , chicken grill, chicken chop, popia.banana dan air buah. Alhamdulilah boleh dikatakan semua menu sedap dan air buah pun menjadi dan rasa buah. Cuma sos black pepper boleh ditambah baik sedikit lagi untuk lebih ummmp. Lokasi ditepi jalan mudah untuk dilihat dan ruang letak lkereta yang luas. Nampak ramai juga pelanggan yang datang tempah dan bungkus. Walaupun cafe ini masih baru lagi dibuka tetapi telah mendapat sambutan yang baik dari pelanggan. Banana Station Pantai Kelulut Marang... Boleh lah singgah...

Bayaran parking TERMAHAL di Bandar Jerteh, Besut, Terengganu.. alamak..

Image
  2 hari berurusan di Bandar Jerteh, Besut, Terengganu maka bayaran Parking atau letak kereta adalah RM5 sekali letak kereta boleh meletakkan Bandar Jerteh sebagai bayaran parking TERMAHAL di Malaysia bagi bandar atau pekan kecil. Kenapa admin kata begitu, setiap pengguna yang parking dibandar ini perlu memuat turun aplikasi ' smart besut ' di Google Play bagi membolehkan bayaran parking dibuat. Anda rasa berbaloi tak bagi mereka yang dari luar daerah atau luar Terengganu dan mempunyai urusan sekali sekala untuk memuatkan turun hanya untuk membayar parking? Sekurang kurangnya ada kaedah alternatif bayaran parking samada menggunakan mesin layan diri seperti di bandar Kuala Terengganu mahupun integrasi bayaran dengan Touch n Go ke. Bayangkan orang tua anda yang datang ke bandar jerteh tanpa mbawa telefon atau telefon kehabisan bateri.. maka RM5 lah bayaran parking. Apakah ini salah satu tanda Maju Berkat dan sejahtera? Ubahlah kepada sistem yang lebih mesra dan mudah pada penggun...

Restoran Jabina, Bandar Baru Nilai , masakan ori Thai yang sedap... puashati

Image
  Somtam yang sedap Baru baru ini kebetulan admin dan keluarga ada urusan pendaftaran anak sulung di UIA Gombak, sempat ziarah dan singgah rumah ipar di Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan. Perjalanan kira-kira 1 jam daripada Gombak dan Maps Google cadangkan laluan Lebuhraya PLUS dengan exit di Bukit Mahkota dan melalui jalan Jenderang-Dengkil. Walaupun jalan akan berliku tetapi tidak begitu sibuk dan sampai di Bandar Baru Nilai setelah sejam perjalanan. Malamnya selepas Maghrib, kami sekeluraga dibawa untuk makan malam di Restoran Jabina di Bandar Baru Nilai. Melangkah masuk kedai sudah nampak ala Thai Stall dengan Somtam dan pulut pauh. Nampak macam sedap. Udang Celup Tepung Rupanya pesanan awal telah dibuat. Sebaik tiba makanan sudah tersedia terhidang di atas meja. Jadi tanpa perlu menunggu dan kedai atau restoran pun nampak meriah dan sentiasa ramai pengunjung. Cuma perlu membuat pesanan untuk minuman dan makanan tambahan saja. Menu yang di pilih adalah Somtam yang memang sedap...

Pengunjung blog