Restoran Jabina, Bandar Baru Nilai , masakan ori Thai yang sedap... puashati

 

Somtam yang sedap

Baru baru ini kebetulan admin dan keluarga ada urusan pendaftaran anak sulung di UIA Gombak, sempat ziarah dan singgah rumah ipar di Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan. Perjalanan kira-kira 1 jam daripada Gombak dan Maps Google cadangkan laluan Lebuhraya PLUS dengan exit di Bukit Mahkota dan melalui jalan Jenderang-Dengkil.

Walaupun jalan akan berliku tetapi tidak begitu sibuk dan sampai di Bandar Baru Nilai setelah sejam perjalanan.

Malamnya selepas Maghrib, kami sekeluraga dibawa untuk makan malam di Restoran Jabina di Bandar Baru Nilai.

Melangkah masuk kedai sudah nampak ala Thai Stall dengan Somtam dan pulut pauh. Nampak macam sedap.

Udang Celup Tepung


Rupanya pesanan awal telah dibuat. Sebaik tiba makanan sudah tersedia terhidang di atas meja. Jadi tanpa perlu menunggu dan kedai atau restoran pun nampak meriah dan sentiasa ramai pengunjung.

Cuma perlu membuat pesanan untuk minuman dan makanan tambahan saja.

Menu yang di pilih adalah Somtam yang memang sedap, udang celup tepung ala Thai, Bee Hoon Sup Ekor, Nasi Goreng Pattaya, Kue Tiaw Kungfu dan Bee hoon Tomyan.



Manakala Sate Kambing, ayam dan daging ditambah. Memang sedap satenya. Boleh menyaingi Sate Jabi, Terengganu.

Sememangnya Restoran Jabina ini menjanjikan rasa Ori Thai dengan tukang masak khas dibawa dari sana.

Manakala sambutan pengunjungnya juga menarik warga India dan Cina untuk menikmati hidangan di sini.

Terima kasih Ayah Wi dan Cik Nah belanja kami makan malam yang sedap


Sepanjang makan di sini pun sentiasa bertali arus pengunjung keluar dan masuk.

Suasana kedai juga santai dan damai dengan hiasan ringkas dan menarik.

Suasana kedai yang meriah


Bagi yang berkunjung ke Bandar Baru Nilai, biolehlah mencuba Restoran Jabina ini. Berbaloi dan setiap hidangan juga cepat dan sedap.

di sini disertakan link ke lokasi restoran

https://www.google.com/search?q=restoran+jabina+nilai&source=lmns&bih=657&biw=1366&rlz=1C1VSNA_enMY605MY606&hl=en-GB&sa=X&ved=2ahUKEwijmNir1M36AhVQi9gFHQUTAIUQ_AUoAHoECAEQAA#

Comments

Popular post this month

Desa Ukiran Kayu Istana Tg Long, Kg Raja, Besut, Terengganu- Legasi Seni Ukir Melayu Yang Hebat

Nasi Berlauk Malam Sudin Kubis 3, fenomena baru makan malam di Kuala Terengganu.. beratur panjang

10 Pemain Pingpong TERBAIK MALAYSIA lelaki dan wanita

Tradisi Main dan Buat Wau

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

Kenali Pengarang Kitab Terkenal, 'Penawar Bagi Hati', Syeikh Abdul Qadir Al Mandili (1910-1965)

Senarai Pasar Malam di Kuala Terengganu sepanjang minggu..macam macam makanan dan kuih boleh cari..

Pengunjung blog