Lauk paling sedap dan nikmat pada musim hujan...

 


Setiap kali musim hujan datang, perut asyik mudah lapar je. Di antara lauk yang paling sedap dan nikmat pada musim hujan adalah lauk sardin bawang dan bubuh 2-3 biji cili api, nak sedap lagi dapat lada kampung. Taruk baeang lebih sikit.


Lawan lauk sardin yang paling ngam sekali adalah telur dadar dengan bawang lebih. 

 Kalau ada boleh tambah ikan bekok atau ikan masin goreng. Fuhh kena dengan nasi panas oanas . Memang tak ingat dunia.

Kalau di kira ni lauk untuk orang susah satu ketika dulu. Tapi sekarang dah jadi lauk orang berada. Mana taknya sardin dah mahal terutama cap chicken. Telur pun asyik tak ada je.. harga pun dah mahal. Ikan masin lagi la..

Dulu inilah alternatif bagi mereka yang susah. Sekarang semuanya dah jadi mahal dan susah nak dapat.

Nampaknya kita kena kembali seperti zaman dulu dulu. Setiap rumah ada ternak ayam sendiri, tanam sayur sendiri sebagai sumber makanan.

Jadi orang susah pun dah tak senang sekarang, zaman serba mencabar. 
Zaman khalifah dulu sentiasa turun oadang tengok rakyat yang susah untuk dibantu. 
Zaman millennium selagi tak viral.. tak ada siapa nak menolong. 

Hidup kena kuat dan keras.
Kau kena kuat mat...

Comments

Popular post this month

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

D Kekabu Inn, destinasi pelancongan baru di Setiu, Terengganu

Rumah Warisan di Kg Raja, Besut terbiar begitu sahaja, kenapa jadi begitu?

SEMAKAN PERMOHONAN SEKOLAH KAWALAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI TERENGGANU KEMASUKAN TINGKATAN 1 (SATU) TAHUN 2016

Nasi Gulai Ayam Kampung dan Gulai Itik Haji Ya, Kg Guntung Luar, Setiu,... memang sohor

Khasiat Teh Haritaki Belimbing Gunung.. amat baik untuk kesihatan dan 100% semula jadi

Tahniah, Tuan Haji ABdul hadi Alias yang kini dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan PMINT Terengganu

Pengunjung blog