Layan Kopi di ALEV KOPI di Kadok, Keterh, Kelantan.. memang terbaik

 


Baru baru ini kebetulan Admin ada urusan di Kota Bharu, teringin nak singgah ke kedai kopi sahabat,Encik Faizul iaitu ALIV KOPI di Kadok, Ketereh, Kelantan.

Hajat asal nak minta tengok mesin kopi Admin yang tiba tiba hilang pressure atau tekanan. Alang-alang singgah mesti nak rasa kopi dan bean kopi yang dijual di sini.




Terima kasih Bos Faizul, siap layan buat pour over lagi ke Admin. Iaitu bean yang baru dibawa balik dari Indonesia iaitu 'Damar Kandang' dengan nota rasa, 'Rose Water, Longan dan Candiey Berries'. menarik rasa dia.




Manakala untuk Latte , dihidang pula dengan Hammerhead Blend dari Terengganu Roastry dengan nota rasa, 'Milk Chocolate, Walnut Cherries dan Hints of flowers'.

Banyak yang Admin belajar tertutama tentang cara dan disiplin pembuatan kopi untuk dapatkan hasil yang sedap dan menawan.

Kedai kopi yang simple dan ringkas tapi dengan hidangan kopi yang sedap . Memang layan. Jika nak tahu lebih banyak tentang kopi, boleh tanya dia untuk berkongsi pengalaman. Seronok sembang pasal kopi.

Bago yang cuba kopi di sini boleh Google je ALIV KOPI dekat Waze atau Maps.

Terima kasih Boh Faizul kerana layan Admin.


Comments

Popular post this month

Desa Ukiran Kayu Istana Tg Long, Kg Raja, Besut, Terengganu- Legasi Seni Ukir Melayu Yang Hebat

Nasi Berlauk Malam Sudin Kubis 3, fenomena baru makan malam di Kuala Terengganu.. beratur panjang

10 Pemain Pingpong TERBAIK MALAYSIA lelaki dan wanita

Tradisi Main dan Buat Wau

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

Senarai Pasar Malam di Kuala Terengganu sepanjang minggu..macam macam makanan dan kuih boleh cari..

Kenali Pengarang Kitab Terkenal, 'Penawar Bagi Hati', Syeikh Abdul Qadir Al Mandili (1910-1965)

Pengunjung blog