Ramadan Kareem: Maxim Berkongsi Kegembiraan Dengan Mengedarkan Makanan di Masjid Abidin Kuala Terengganu
Kuala Terengganu - Maxim E-hailing telah mengadakan acara pengagihan bubur lambuk kepada umat Islam di Masjid Abidin. Kempen ini bertujuan untuk berkongsi semangat dan kegembiraan di bulan Ramadan yang mulia. Pasukan Maxim mengedarkan 500 pek bubur lambuk sekitar jam 6:00 petang hingga 7:00 petang untuk pelawat yang datang ke masjid. Mereka juga memberikan kalendar Islam kepada pengunjung masjid untuk merujuk waktu imsak dan berbuka puasa. “ Bagi memastikan semangat Ramadan bersinar lebih cerah, Maxim menganjurkan pengagihan makanan untuk membantu mereka yang memerlukan dan untuk terus membina hubungan mesra dengan masyarakat. Program seperti ini harus diteruskan kerana ia membantu masyarakat setempat untuk mewujudkan kesedaran untuk membantu antara satu sama lain dan mempamerkan perbuatan baik dan pemurah. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak Pengurusan Masjid Abidin dan kepada mereka yang terlibat se