iklan nuffnang

Pelancongan Terengganu

Monday 25 March 2024

Peliter Raya 2024 di Taman Tamadun Islam... suasana nostalgia yang penuh kemeriahan

 


Memori di #PeliterTTI2024 di Taman Tamadun Islam Tti yang menjadi antara Festival Pelita paling meriah sepanjang penganjuran
Semalam Khamis malam jumlah pengunjung melebihi 30,000 orang berdasarkan kutipan tiket masuk RM1 seorang.Dan dijangka boleh mencecah 100,000 pengunjung untuk 5 hari acara ini di adakan.






Penganjuran Pelita raya ini pernah di buat di Setiu iaitu di Kg Panchur Merah dan Kg Guntung Luar. Kemudiannya di adakan di Dun Alur Limbat, Dun Tepuh, Dun Kuala Besut.
Semasa di Dun Kuala Besut , pernah diberi tanggungjawab sebagai panel juri dan 4 hari berkampung di sana bagi menilai kreativiti yang dibuat oleh komuniti.



Kemudian selepas PKP ia di adakan di Kg Budaya dan mulai mendapat liputan secara meluas oleh media utama dan media sosial.
Tahun lepas berlaku kesesakan yang teruk untuk masuk Kg Budaya Terengganu bagi melihat acara yang penuh nostalgia ini.



Tahun 2024 penganjuran dibuat ditempat yang lebih selesa dan mempunyai kemudahan keluar masuk, tempat letak kereta yang banyak serta boleh menampung lebih ramai pengunjung iaitu Taman Tamadun Islan di Pulau Wan Man Kuala Terengganu.



Namun sambutan tahun ini lebih luar biasa dan mendapat sambutan yang amat baik.
Tema tahun ini juga menarik iaitu pelita moden dan pelita tradisi . Dan ianya nampak pelbagai kreativiti ditampilkan.



Penyertaan juga bertambah dimana sebelum ini hanya melibatkan lapan daerah tetapi tahun di tambah lagi dua agensi iaitu Muzium Negeri Terengganu dan PMINT , itu tidak termasuk pengajur iaitu Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu yang giat mempromosikan #BeautifulTerengganuMalaysia ke mata dunia.



Bagi menambahkan lagi kemudahan keluar masuk, penganjur juga turut bekerjasama dengan Payang Water Taxi kelolaan Cas Ligas sdn bhd iaitu anak syarikat daripada Kumpulan PMINT bagi memudahkan lagi akses masuk TTI melalui jalan air.



Tahniah kepada penganjur Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu kerana daripada setahun ke setahun acara ini telah mulai melekat dihati orang ramai dan diharap terus mampu menarik bukan sahaja pengunjung domestik malah pengunjung antarabangsa bagi menikmati sendiri nostalgia yang dulunya dikenali sebagai 'Malam Tujuh Likur' iaitu malam malam terakhir Ramadhan bagi mencari malam keberkatan iaitu Lailatuo Qadar'. Kata orang #TranungDokRilek dengan acara acara yang sentiasa menggamit pelancong.

No comments:

bookcafe com

AGODA Booking

Get the LOWEST RATE of your hotel BOOKING by Online

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List

kongsi blog