Ramadan Kareem: Maxim Berkongsi Kegembiraan Dengan Mengedarkan Makanan di Masjid Abidin Kuala Terengganu
Kuala Terengganu - Maxim E-hailing telah mengadakan acara pengagihan bubur
lambuk kepada umat Islam di Masjid Abidin. Kempen ini bertujuan untuk berkongsi
semangat dan kegembiraan di bulan Ramadan yang mulia.
Pasukan Maxim mengedarkan 500 pek bubur lambuk sekitar jam 6:00 petang
hingga 7:00 petang untuk pelawat yang datang ke masjid. Mereka juga memberikan
kalendar Islam kepada pengunjung masjid untuk merujuk waktu imsak dan berbuka
puasa.
“Bagi memastikan semangat Ramadan bersinar lebih cerah, Maxim menganjurkan
pengagihan makanan untuk membantu mereka yang memerlukan dan untuk terus
membina hubungan mesra dengan masyarakat. Program seperti ini harus diteruskan
kerana ia membantu masyarakat setempat untuk mewujudkan kesedaran untuk
membantu antara satu sama lain dan mempamerkan perbuatan baik dan pemurah. Saya
juga ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih kepada pihak Pengurusan Masjid Abidin dan kepada
mereka yang terlibat semasa pengagihan makanan. Kesimpulannya, saya ingin
mengucapkan selamat menyambut Ramadan yang mulia” Ammar Aziz, Ketua
Bahagian Terengganu.
Ramadan merupakan bulan yang di penuhi dengan kebaikan, di mana umat
Islam mengambil peluang untuk menderma dan berkongsi dengan orang lain. Maxim
mengambil bahagian dalam acara ini dan berharap dengan berkongsi ini ia akan
membawa kegembiraan dan makna kepada penerima.
Program itu dibuat di masjid negeri yang sentiasa padat dengan ahli
jemaah, sedekah yang bermakna ini dikongsi pada bulan yang mulia. Kebanyakan
mereka juga adalah keluarga, warga emas, dan pelancong
“Saya datang ke Terengganu untuk membeli-belah bagi persiapan sambutan
Aidilfitri, dan berasa seronok dapat bertemu dengan pasukan Maxim yang
menerangkan kepada saya tentang pengangkutan yang boleh saya gunakan dalam
bandar ini. Bersyukur juga, pada hari ini mereka berkongsi juadah dengan kami
untuk sesi berbuka puasa,”kata salah seorang peserta acara ini.
Dengan peluang ini, Maxim E-hailing ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadan
kepada semua umat Islam di Malaysia.
Info
Maxim
telah dilancarkan di Malaysia pada tahun 2019. Tempahan pertama dibuat di
bandar Kuantan dan kini perkhidmatan telah beroperasi di lebih 75 buah
bandar.
Sejak
tahun 2019, syarikat ini telah membangunkan teknologi berinovatif untuk
menempah pengangkutan untuk penghantaran dan perkhidmatan lain, menjadikannya
lebih moden, mudah diakses dan selamat. Perkhidmatan ini telah mencipta
sistem berinovatif untuk mendaftar
bilangan pelanggan tanpa had bagi memproses berjuta-juta tempahan pada setiap
hari. Aplikasi Maxim adalah untuk pengguna manakala Taxsee Driver untuk Rakan-pemandu,
Aplikasi ini merupakan salah satu aplikasi yang teratas.
Aplikasi
ini tersedia di beberapa platform: Google Play Store, App Store, Huawei AppGallery, GetApps, Oppo App
Market, Vivo App Store and Galaxy Store.
Misi perkhidmatan ini
adalah untuk sentiasa meningkatkan interaksi pengguna dan membantu orang ramai
bergerak ke arah matlamat mereka!
Comments