Posts

Showing posts with the label maxim

Maxim E-hailing Memperkenalkan Kemudahan Baharu Untuk Perkhidmatan Penghantaran

Image
  Perkhidmatan penghantaran mendapat permintaan yang tinggi daripada pengguna, bermula dari barangan kecil hingga barangan yang besar. Kadangkala sesetengah barangan tidaklah terlalu besar dan ianya dalam kategori barangan kecil dan ringan. Oleh yang demikian, Maxim E-hailing telah memperkenalkan kemudahan baharu kepada perkhidmatan penghantaran iaitu kereta pacuan roda 4x4. Jenis penghantaran ini akan menjadikan pengguna lebih mudah untuk menghantar barang yang ringan dan tidak memerlukan ruang yang besar. Barangan ringan contoh peralatan pejabat seperti kerusi atau meja, di mana jenis barang tersebut tidak termasuk dalam kategori barang besar atau kargo. Bagi menampung keperluan yang semakin meningkat untuk jenis penghantaran ringan oleh pengguna di Terengganu, inovasi dan pemikiran ke hadapan Maxim E-hailing telah memberi kesan positif kepada pemilik perniagaan kecil atau PKS. Biasanya, PKS dan pemilik perniagaan kecil yang lain akan mendapat manfaat daripada perkhidmatan pe...

Menjelang Hari Menderma Darah, Maxim E-hailing Mengadakan Derma Darah Bersama Pemandu Dan Pekerja di Terengganu

Image
  Hari Menderma Darah Sedunia ialah sambutan menderma darah. Ia adalah bagi menghargai penderma darah yang sukarela menderma darah mereka dan menyelamatkan nyawa. Usaha ini amatlah mulia di mana penderma membantu untuk menyelamtakan nyawa orang lain, tanpa mengetahui siapa penerimanya nanti. Sempena program ini, Maxim E-hailing mengambil bahagian dalam kempen derma darah anjuran Jabatan Pertahanan Awam Kuala Terenggganu yang diadakan di salah satu pusat membeli belah di Kawasan Gong Badak. Lebih daripada 25 rakan pemandu menyumbang semasa program dilaksanakan, bersama-sama pasukan pekerja dari Maxim Kuala Terengganu. Setiap daripada mereka berjaya menderma satu hingga dua beg darah, dan jumlah beg darah bergantung kepada keadaan kesihatan dan cadangan pegawai kesihatan. Maxim E-hailing menyasarkan matlamat untuk berkongsi kesedaran tentang pendermaan darah dengan rakan kongsi pemandu, dan membantu mereka memahami faedah menjadi penderma. Tujuan utama adalah untuk mempunyai ...

Ramadan Kareem: Maxim Berkongsi Kegembiraan Dengan Mengedarkan Makanan di Masjid Abidin Kuala Terengganu

Image
  Kuala Terengganu - Maxim E-hailing telah mengadakan acara pengagihan bubur lambuk kepada umat Islam di Masjid Abidin. Kempen ini bertujuan untuk berkongsi semangat dan kegembiraan di bulan Ramadan yang mulia. Pasukan Maxim mengedarkan 500 pek bubur lambuk sekitar jam 6:00 petang hingga 7:00 petang untuk pelawat yang datang ke masjid. Mereka juga memberikan kalendar Islam kepada pengunjung masjid untuk merujuk waktu imsak dan berbuka puasa. “ Bagi memastikan semangat Ramadan bersinar lebih cerah, Maxim menganjurkan pengagihan makanan untuk membantu mereka yang memerlukan dan untuk terus membina hubungan mesra dengan masyarakat. Program seperti ini harus diteruskan kerana ia membantu masyarakat setempat untuk mewujudkan kesedaran untuk membantu antara satu sama lain dan mempamerkan perbuatan baik dan pemurah. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak Pengurusan Masjid Abidin dan kepada mereka yang terliba...

Pengunjung blog