Posts

Showing posts from July, 2024

Kenali pahlawan kita "Mat Lela" yang berjuang bersama Mat Kilau dan Tok Gajah serta Dato Bahaman...

Image
  Pahlawan Gagah - Haji Mat Lela" Allahyarham Haji Mat Lela bin Buang merupakan sahabat baik kepada Allahyarham Mat Kilau , Mereka keduanya adalah Pahlawan Pahang. Cumanya Mat Lela ni orang yang tidak suka menonjol dan suka berahsia , Beliau mempunyai ilmu kepahlawanan sama handal dengan Mat Kilau. Jika Mat Kilau memiliki buntat embun, gagah dan kebal. Haji Mat Lela pun begitu juga, Mereka bersama-sama berguru tetapi disebabkan Mat Kilau menjadi buruan pihak Inggeris maka sahabat-sahabat beliau terpaksa merahsiakan perhubungan antara mereka dan berhubung secara senyap. Amalan ataupun rutin Haji Mat Lela lebih kurang dengan Mat Kilau , Pada waktu subuh mereka akan mandi embun , Mereka merasa lebih segar dan cergas bila waktu subuh , Dan mereka langsung tidak merasa mengantuk , Diwaktu itulah mereka akan mandi embun dan melakukan kerja-kerja mereka , Haji Mat Lela juga mengamalkan minum air embun setiap hari dan menitiskan air embun tersebut ke matanya. Walaupun sudah berusia Haji M...

Al quran, makin dicerca dan dihina.. makin membingungkan... hebatnya mukjizat Al Quran..

Image
  Selepas membakar al-Quran di Sweden. Orang Sweden: Emily Anderson dan Martina Hildingsson Dia membaca dua syuhada dan masuk Islam Emily Anderson, dari Savalo di selatan Sweden, berkongsi kisahnya dengan televisyen Sweden dan berkata: "Saya tidak pernah tertarik dengan agama Kristian." Tidak ada perasaan rohani dalam agama Kristian, tetapi saya memerhatikan orang Islam dan cuba mengenali Al-Quran selepas insiden pembakaran Al-Quran. Dia juga berkata: "Saya sedih dengan kematian nenek dan sedih dengan penyakit ibu yang tenat. Saya mengambil keputusan untuk mendengar al-Quran kerana saya tidak boleh membacanya dalam bahasa Arab. Apabila saya mendengar al-Quran buat kali pertama, saya mula menangis. Ya, Saya tidak faham apa yang saya dengar, tetapi saya rasa itu adalah firman Tuhan saya menangis dan menangis Dan dia menambah: "Saya rasa saya memerlukan Al-Quran ini dan agama ini." Tetapi Martina Hildingson, tidak seperti Emily, adalah seorang Kristian yang taat. ...

Takhta mewah berharga 4.5 bilion rupee, Raja mana yang mendudukinya?

Image
  Takht e Taus, takhta Mayur dianggap takhta kerajaan Mughals.Takhta ini ditambah dengan batu permata berlian dan emas.Dalam pembuatannya, 1150 kg emas telah digunakan.Selain emas, 230 kg batu berharga telah diambil.  Nadir Shah adalah raja terakhir yang duduk di #Takht e Taus pada 1999, ia berharga kira-kira 4.5 bilion rupee.Dikatakan Takht e Taus dibina dengan kos yang lebih tinggi berbanding Taj Mahal yang mengambil masa tujuh tahun untuk dibina.Nadir Shah Takht e Taus pada tahun 1739 Dia dirompak dan dibawa ke Iran.  #Mughal #picoftheday #historical #historydaily Marn Ali

Kapal Terbesar di dunia, 5 kali lebih besar dari kapal Titanic

Image
  🔸Kapal terbesar di dunia dipanggil "Icon of the Seas". Kapal itu dikilangkan di Finland oleh syarikat pembinaan kapal yang dikenali sebagai Royal Caribbean International dan mempunyai kapasiti 5,610 penumpang dan 2,350 anak kapal. 🔸 "Ikon Lautan" adalah lima kali lebih besar dan lebih berat daripada Titanic, dengan berat 250,800 tan berbanding 50,210 tan untuk Titanic. kredit FB Omar Baihaki

Kelajuan Usain Bolt, cheetah dan burung falcon.. mana lebih pantas

Image
  Perlumbaan 100 meter Di Antara Usain Bolt, Cheetah, dan Burung Falcon Usain Bolt Tanggal 16 Ogos 2009 di Kejohanan Olahraga Dunia yang diadakan di Berlin, Jerman, pelari Jamaica, Usain Bolt telah memecahkan rekod dunia dalam acara 100 meter balapan. Usain Bolt mencatat masa 9.58 saat mengatasi pencabarnya yang lain. Rekodnya kini sudah hampir mencecah usia sembilan tahun dan masih belum dipecahkan sehingga kini (Mei 2018 ketika artikel ini ditulis). Jadi, berapakah purata kelajuan yang telah dicatatkan oleh beliau ketika itu? Mari kita menggunakan rumus fizik yang sesuai untuk merungkai berapakah purata kelajuan Usain Bolt. Kelajuan = jarak/masa Di sini, jika kita lihat masa yang telah dicatatkan oleh Usain Bolt, beliau mencatat masa 9.58 saat dan jarak perlumbaan ialah 100 meter. Justeru, kita sudah mendapat maklumat berkaitan masa dan jarak. Setelah dikira: Kelajuan = 100 m/9.58 s = 10.44 m/s Jadi, purata kelajuan Usain Bolt ketika beliau berlari ialah 10.44 m/s. Untuk lebih mu...

Skim insentif anak peneroka Felda bagi persediaan masuk U

Image
  SKIM INSENTIF ANAK PENEROKA (SIAP) 𝐅𝐄𝐋𝐃𝐀 𝐌𝐞𝐧𝐚𝐰𝐚𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐒𝐤𝐢𝐦 𝐈𝐧𝐬𝐞𝐧𝐭𝐢𝐟 𝐀𝐧𝐚𝐤 𝐏𝐞𝐧𝐞𝐫𝐨𝐤𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐆𝐞𝐧𝐞𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐫𝐮 𝐅𝐄𝐋𝐃𝐀  FELDA menawarkan Skim Insentif Anak Peneroka (SIAP) kepada Generasi Baharu FELDA. Bantuan diberikan kepada anak atau cucu peneroka FELDA yang berjaya melanjutkan pengajian ke universiti tempatan atau swasta. Melalui insentif ini, generasi baharu FELDA diberi bantuan sehingga RM1,500 berdasarkan kelayakan dan peringkat pengajian yang ditawarkan. Kadar Insentif : 1. Diploma - RM500.00 2. Ijazah Dalam Negara - RM1,000.00 3. Ijazah Luar Negara - RM1,500.00 Insentif ini juga merupakan suatu bentuk dorongan serta motivasi kepada generasi baharu FELDA untuk menjadikan pendidikan sebagai sebuah platform utama dalam membina nilai diri serta membantu meningkatkan mobiliti sosial warga FELDA. Kategori yang layak memohon :   1) ANAK PENEROKA 2) CUCU PENEROKA YANG TINGGAL DI RANCANGAN Borang & pertanyaan, si...

Layan Hot Chocolate Terbaik di Kopi Station Hentian Rahmat, Setiu, Terengganu, memang premium

Image
  Balik kerja mesti singgah kali ni cuba one of the best hot chocolate di Setiu memang coklat premium  puas minum barista anak anak muda harga hot chocolate rm7.00 yang penting tanpa gula sesuai kalau nak makan dengan roti bakar atau waffle. di KOPI Station Hentian Rahmat setiu Terengganu. Secawan coklat boleh memberi ketenangan dan mengurangkan stress😄 setiap pembeliam RM30 ke atas dan bayar guna TnGo E wallet.. ada cashback. Kopi latte atau cappucino pun sedap sini dan harga pun masih marhaen RM6. Rasa antara yang Latte atau Cappucino di Terengganu. Sapa yang suka layan Espresso... hanya RM5 je buat masa sekarang.  Mana nak cari harga gini. #kopistationhentianrahmat #sukakopi #coklatpanas #kopisetiu #latte

Terjah Perak: Ikan Pekasam Loma Pak Su di Hentian Perah, Grik, Perak.. pembuka selera

Image
  Terjah Perak Ikan Loma Pekasam Dalam perjalanan balik dari Pulau Pinang , singgah makan tengahari di Hentian Perah di Pengkalan Hulu. Di sini terkenal dengan ikan loma pekasam yang menjadi identiti istimewa ikan hulu sungai Perak. Memang sedap makan dengan nasi panas panas. Selain ikan loma, ikan sebarau, toman, serta ikan lain turut dijadikan pekasam. Pak Su ni adalah antara pengusaha ikan pekasam di sini dan jika sesiapa ingin mencubanya boleh hubungi Pak Su di gambar yang tertera dan boleh di pos. Menurut Pak Su, bulan Ogos adalah musim ikan loma yang cukup meriah dan.menjadi rezeki bagi masyarakat di sini dan sekitar Tasik Raban. Uniknya ikan Loma ini hanya terdapat di Hulu sungai Perak dan sukar dijumpai ditempat lain. Memang kena ada stok dalam peti dirumah.Hentian disini juga turut menjual ikan pekasam goreng sebagai hidangan selain pelbagai jenis menu lain yang banyak pilihan serta menambat selera. Bagi yang ingin mencuba, boleh menghubungi Pak Su di talian 010-5486920, ...

Dr Anuar Abdullah di antara pakar selam Malaysia berasal daripada Terengganu.. memang luarbiasa pencapaiannya

Image
  Apabila mula baca artikel ini , agak mengejutkan apabila mendapat aklumat yang luar biasa tentang pakar selam ini iaitu Dr Anuar Abdullah, pengasas Ocean Quest Global yang juga anak Terengganu. Apa tidaknya telah menyelam leboh daripada 42,000 kali dengan purata 900 hingga 1000 kali setahun. Dah macam ikan duyung. Hebat sungguh Ini artikel asal oleh sahabat kita FB Khairul Amri Salah Fikri: Orang Terengganu antara pakar paling hebat di dunia. Kalau jumpa dia di warung kampung, kita tak sangka latar belakang & pencapaian dia. Sebelah aku ni, Dr Anuar Abdullah pengasas Ocean Quest Global. Tahun 1970an dia dapat biasiswa belajar kat Florida US dalam bidang Oceanography. Balik Malaysia dia buka dive center. Tahun 1980 gitu dia orang pertama buka dive center di Terengganu. Umur sekarang 64 tahun. Dia dah scuba diving hampir 49 tahun. Logged dive? 42,000 kali weh. Purata dia dive 900-1000 kali setahun, sehari hampir 3 kali tanpa henti. Terngaga mulut aku tengok dive log dia. Aku x ...

TERJAH BESUT: Kedai Nasi Berlauk Pagi Tok Wan Hasan, Kg Padang Landak Jerteh, memang lejeng

Image
  Terjah Besut Nasi Berlauk Kg Padang Landak, Jerteh, Terengganu adalah destinasi makan pagi klasik dan lejeng di Besut, Terengganu. Memang sedap gulai ikan aya di sini dan sentiasa menjadi tumpuan ramai buat warga Jerteh dan Besut. Warungnya kecil sahaja di tepi jalan, tapi sentiasa mendapat tumpuan ramai. Ada 2 menu tumpuan di sini iaitu Gulai Ikan Aya dan Gulai Ayam. Cuma Gulai ayam tak sempat cuba kerana dah habis, nanti mungkin lain masa kita akan mencubanya. Selain itu pulut nissang gaul nyiur juga sedap macam masakan orang tua. Juga ada menu lain seperti nasi dagang, mee hoon , ayam kampung goreng dan banyak lagi serta pelbagai kuih muih. Kedai yang terletak ditepi jalan sebelah kiri menghala ke Pasir Puteh ini memang menjadi lokasi makan pagi popular di sini. Selepas makan di kedai, ambe bungkus gulai ikan dan sambal belacan bawa balik untuk makan tengahari dirumah. Puashati. Dan ia juga tahan lama malah boleh dimakan sampai ke malam. Untuk ke lokasi boleh Google Kedai Mak...

Berita Gempak buat penggemar Durian, hanya RM50 je seorang

Image
  Berita gempak buat penggemar durian Hanya RM50 makan durian sampai puas di Duriotourism @ MARDI Kuala Kangsar IPOH : Bagi penggemar durian, ini berita gembira buat anda. Dengan bayaran RM50 seorang bagi dewasa anda boleh menikmati raja buah ini sepuas-puasnya yang meliputi durian gred baik di Duriotourism @ MARDI Kuala Kangsar. Ia diadakan sempena musim durian pada kali ini yang mana pakej ini bermulai pada 9 hingga 29 Julai 2024.  Dalam kenyataan, MARDI Kuala Kangsar memaklumkan pelbagai pakej dan aktiviti menarik menanti pengunjung. Antaranya Pakej Duriotourism meliputi aktiviti menaiki tram melawat keindahan ladang durian MARDI Kuala Kangsar dan menikmati kelazatan durian segar dari ladang.  Turut diadakan ialah aktiviti jualan buah durian segar, durian pack dan tempoyak Bagaimana pun, Pakej Duriotourism dan penjualan buah durian hanya dilakukan pada tarikh yang telah ditetapkan sahaja di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.  Pakej untuk Duriotourism pul...

Terjah Penang: Nasi Kandar Pelita di Butterwotrh, Pulau Pinang

Image
  Terjah Penang Mai penang tak kena Nasi Kandar tak sah.. Kita terjah Pelita Nasi Kandar kat Butterworh . Nasi kandar buat sarapan pagi. Entah kenapa bila datang Penang, mulut ini terasa nak makan nasi kandar. Alang alang mai sini memang kena cari dan nikmati apa yang istimewa kat Penang ini. Big boss dah pesan jaga makan dan kesihatan untuk game Gemaputra 2024 yang akan bermula 3-5 Julai 2024 dalam.misi mempertahankan Juara. Apapun godaan kuah campur banjir nasi kandar tak mampu ditahan... rugi tak cuba. Misi PMINT kali ini untuk Juara Keseluruhan dengan Winning Mentality #gemaputra2024 #pulaupinang #pmint #winningmentality

Pengunjung blog