Dr Anuar Abdullah di antara pakar selam Malaysia berasal daripada Terengganu.. memang luarbiasa pencapaiannya

 


Apabila mula baca artikel ini , agak mengejutkan apabila mendapat aklumat yang luar biasa tentang pakar selam ini iaitu Dr Anuar Abdullah, pengasas Ocean Quest Global yang juga anak Terengganu.

Apa tidaknya telah menyelam leboh daripada 42,000 kali dengan purata 900 hingga 1000 kali setahun. Dah macam ikan duyung.

Hebat sungguh

Ini artikel asal oleh sahabat kita FB Khairul Amri Salah Fikri:

Orang Terengganu antara pakar paling hebat di dunia. Kalau jumpa dia di warung kampung, kita tak sangka latar belakang & pencapaian dia. Sebelah aku ni, Dr Anuar Abdullah pengasas Ocean Quest Global.
Tahun 1970an dia dapat biasiswa belajar kat Florida US dalam bidang Oceanography. Balik Malaysia dia buka dive center. Tahun 1980 gitu dia orang pertama buka dive center di Terengganu.
Umur sekarang 64 tahun. Dia dah scuba diving hampir 49 tahun. Logged dive? 42,000 kali weh. Purata dia dive 900-1000 kali setahun, sehari hampir 3 kali tanpa henti. Terngaga mulut aku tengok dive log dia. Aku x tahu lah tubuh dia kebal lagu mana 😂
Mat saleh semua iktiraf dia, google la internet bersepah award dia dapat. Dia patentkan 1 jenis gam yang diguna untuk cantum balik coral yang dah rosak. Gam dia buat, 1 dunia guna.
Dr Anuar played a major role in coral conservation & awareness. Collaboration dengan Sea Shepherd lagi. Waktu dia start dulu memang struggle la, baru buka DC tiba tiba kena sailang dengan resort2 besae. Skarag Penyumbang dana dia bukan main main, Raja Qatar & banyak lagi.
Scuba diving ni best, mu akan jumpa orang yang hebat hebat. Baik researcher, industry player atau recreational diver semua power dan baik baik. Kalau nk buat networking business pun best. Sebab ape? Sebab scuba diving ni sukan mahal.
Dr Anuar ni power, tapi dipandang sepi oleh orang kita. Malas lah nak cerita. Nanti aku nk gi dive ngan dia belajar pasal coral cataloging.
Edit: Dr Anuar yang pakai baju lekker divers.

sumber: Fb Khairul Amri Salah Fikri

Comments

Popular post this month

Desa Ukiran Kayu Istana Tg Long, Kg Raja, Besut, Terengganu- Legasi Seni Ukir Melayu Yang Hebat

Nasi Berlauk Malam Sudin Kubis 3, fenomena baru makan malam di Kuala Terengganu.. beratur panjang

10 Pemain Pingpong TERBAIK MALAYSIA lelaki dan wanita

Tradisi Main dan Buat Wau

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

Kenali Pengarang Kitab Terkenal, 'Penawar Bagi Hati', Syeikh Abdul Qadir Al Mandili (1910-1965)

Senarai Pasar Malam di Kuala Terengganu sepanjang minggu..macam macam makanan dan kuih boleh cari..

Pengunjung blog