Posts

Showing posts from January, 2025

Sebatan Syariah daripada Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia

Image
  tulisan sahabat ambe tetuan Musa Awang yang merupakan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia yang turut hadir menyaksikan hukuman tersebut di jalankan. SEBATAN TERENGGANU 27.12.2024 ADAKAH PATUH UNDANG-UNDANG DAN SYARAK? Oleh Tuan Musa Awang* Tulisan saya ini adalah berdasarkan kepada hujah undang-undang dan hujah syarak tanpa memihak kepada mana-mana ideologi atau parti politik. Pelaksanaan Sebatan Pada 27.12.2024 Hukuman sebatan telah dilaksanakan ke atas Mohd Affendi Awang, 42 selepas solat Jumaat pada 27.12.2024. Pelaksanaan sebatan itu hanya disaksikan oleh seramai lebih kurang 90 orang sahaja dan diadakan di dalam dewan tertutup di Masjid Al Muktafibillah Shah, Ladang, Kuala Terengganu. Penulis adalah antara 90 orang yang diberi peluang untuk menyaksikan pelaksanaan hukuman sebat tersebut. Jemputan perlu mendaftarkan nama masing-masing dan sebarang peranti telekomünikasi elektronik tidak dibenarkan dibawa masuk. Kesemua jemputan atau pemerhati dipersilakan duduk di ata...

Masjid Ladang atau Al Muktafi Billah Shah menjadi tanda bersejarah kepada perundangan Islam di negeri Terengganu

Image
  Hari ni singgah solat di Masjid Almuktafi Billah Shah atau dikenali Masjid Ladang. Masjid ini penuh nostalgia kerana zaman Ting 1 dan 2 dulu bersolat Jumaat di sini saban minggu semasa menginap di asrama Smaszal Ladang. Pada masa itu pelajar Ting 1, 2 dan 4 Smaasza Atas lelaki akan menginap di asrama dan ke sekolah setiap pagi dengan bas. Sekarang ini Masjid ini dan Dewan ini telah mencipta sejarah baru perundangan Islam Terengganu dengan perlaksanaan hukuman sebatan syariah pertama dalam sejarah moden diluar kawasan penjara. Ia telah mencipta fenomena dan polemik baru tentang perlaksanaan hukuman ini. Itu belum terlaksana lagi sebatan syariah yang sebenar seperti 100 rotan bagi penzina, dan beberapa kesalahan hudud yang lain apatah lagi hukuman rejam buat penzina yang telah berkahwin sebagaimana yang telah termaktub dalam kitab Al Quran yang menjadi rukun Iman bagi orang muslim dan mukmin. Agaknya mesti maha hebat tohmahan dan hujahan pejuang pejuang yang kononnya berjuang untu...

Isu layanan mesra barisan hadapan di Terengganu...

Image
  Sehari dua ini agak hangat isu dan perbincangan dikalangan penggiat pelancongan di negeri Terengganu terutama berkaitan isu khidmat pelanggan terutama frontliner atau barisan hadapan yang kurang ramah, tidak senyum dan tidak mesra. Ianya masih berlaku dihotel hotel berbintang malah menjalar kepada kedai kedai makan dan jualan. Isu utama adalah tidak ramah, tidak senyum, cettung, panggilan yang tidak sesuai seperti Pok atau Pokcik,menjaeab acuh tak acuh dan beberapa isu lagi. Ianya boleh memberi kesan dalam kita berkempen memanggil lebih ramai pelancong ke negeri Darul Iman dengan pelbagai acara yang hebat dan gempak sepanjang tahun. Ia perlu ditangani dengan serius dan sebaiknya oleh pihak berwajib terutamanya agar ia tidak melarat menjadi buah mulut orang. Isu yang nampak kecil tapi jika melarat ia boleh memberi kesan yang besar kepada identiti sikap orang Terengganu walaupun bukan semua begitu. Di peringkat pusat ,kita berharap Motac dan Tourism Malaysia dapat membantu dan mema...

Makan Nasi Dagang Atas Tol di atas Bot Payang Water Taxi.. pengalaman menarik

Image
  𝐏𝐀𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐖𝐀𝐓𝐄𝐑 𝐓𝐀𝐗𝐈: 𝐒𝐀𝐑𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐆𝐈 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐀𝐃𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 𝐃𝐑𝐀𝐖𝐁𝐑𝐈𝐃𝐆𝐄 – 𝐏𝐑𝐎𝐌𝐎𝐒𝐈 𝐂𝐇𝐈𝐍𝐄𝐒𝐄 𝐍𝐄𝐖 𝐘𝐄𝐀𝐑 Kalau bercuti di Terengganu bangun pagi kalau nak bersarapan kedai makan mesti penuh ramai.. Apakate kali ni jom ikud min bersarapan di Payang Water Taxi River cruise, dop perlu beratur doh..Sarapan plop makanan Lagenddd Tranung Nasi Dagang dengan view exclusive berhadapan Jambatan Angkat Terengganu.. Sempena Tahun Baru Cina ini, kami bawakan 𝙥𝙤𝙩𝙤𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙝𝙖𝙧𝙜𝙖 𝙞𝙨𝙩𝙞𝙢𝙚𝙬𝙖 untuk anda sekeluarga! PAKEJ SARAPAN PAGI! Nasi Dagang Atas Tol / Nasi Minyak kuih-muih tradisional Teh / Teh O HARGA PROMOSI CHINESE NEW YEAR: Dewasa:R̶M̶4̶5̶ RM35 sahaja! Kanak-kanak: R̶M̶3̶5̶ RM30 sahaja! 𝗛𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗧𝗘𝗥𝗠𝗔𝗦𝗨𝗞 𝗦𝗔𝗥𝗔𝗣𝗔𝗡 & 𝗧𝗜𝗞𝗘𝗧 𝗕𝗢𝗧 Jom raikan cuti perayaan ini dengan suasana yang santai dan pemandangan yang indah bersama yang tersayang. Tempat terhad, jadi tempah sekarang! Untuk ...

Pengunjung blog