Masjid Ladang atau Al Muktafi Billah Shah menjadi tanda bersejarah kepada perundangan Islam di negeri Terengganu

 




Hari ni singgah solat di Masjid Almuktafi Billah Shah atau dikenali Masjid Ladang.
Masjid ini penuh nostalgia kerana zaman Ting 1 dan 2 dulu bersolat Jumaat di sini saban minggu semasa menginap di asrama Smaszal Ladang.
Pada masa itu pelajar Ting 1, 2 dan 4 Smaasza Atas lelaki akan menginap di asrama dan ke sekolah setiap pagi dengan bas.
Sekarang ini Masjid ini dan Dewan ini telah mencipta sejarah baru perundangan Islam Terengganu dengan perlaksanaan hukuman sebatan syariah pertama dalam sejarah moden diluar kawasan penjara.
Ia telah mencipta fenomena dan polemik baru tentang perlaksanaan hukuman ini.
Itu belum terlaksana lagi sebatan syariah yang sebenar seperti 100 rotan bagi penzina, dan beberapa kesalahan hudud yang lain apatah lagi hukuman rejam buat penzina yang telah berkahwin sebagaimana yang telah termaktub dalam kitab Al Quran yang menjadi rukun Iman bagi orang muslim dan mukmin.
Agaknya mesti maha hebat tohmahan dan hujahan pejuang pejuang yang kononnya berjuang untuk kemanusiaan dan kebinatangan tentang hak asasi manusia dan binatang.
Baru baru ini penulis telah diberi lihat video asal sebatan sivil oleh pihak Penjara Marang terhadap pesalah yang menghadapi 92 sebatan. Video asal dan sebatan sebenar yang dikenakan dan wajib berdarah sebatannya. Maksimum sehari hanya 24 sebatan sahaja dibenarkan. Cukup keras hukuman sebatan sivil berbanding dengan sebatan syariah kerana umpama macam kena rotan kat asrama dulu je levelnya sebab ia untuk pengajaran.
Berbanding sebatan sivil yang meninggalkan parut, perit dan sakit sepanjang hayat.
Moga perlaksanaan hukuman takzir ini akan membuka peluang dan membeei ruang kepada perlaksanaan undang undang Islam yang terbaik dalam mengatasi masalah sosial dan masyarakat yang semakin berkecamuk.
Bagi menjayakan pewujudan perlaksanaan undang undang, WAJIB ke atas kita pada PRU akan datang mengundi wakil rakyat ISLAM . Kerana hanya Umat Islam yang sebenar memahami matlamat hukum Islam dan rohnya.
Selagi wakil rakyat Islam belum menguasai Parlimen, selagi itulah tidak akan tertegak Hukum Islam dalam mendaulatkan syariat Allah swt di muka.bumi ini.
sekian

Comments

Popular post this month

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

Nasi Berlauk Malam Sudin Kubis 3, fenomena baru makan malam di Kuala Terengganu.. beratur panjang

Kenali Pengarang Kitab Terkenal, 'Penawar Bagi Hati', Syeikh Abdul Qadir Al Mandili (1910-1965)

10 Pemain Pingpong TERBAIK MALAYSIA lelaki dan wanita

D Kekabu Inn, destinasi pelancongan baru di Setiu, Terengganu

SEMAKAN PERMOHONAN SEKOLAH KAWALAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI TERENGGANU KEMASUKAN TINGKATAN 1 (SATU) TAHUN 2016

Nasi Goreng Ikan yang sedap di Kedai Koffie, Kg Losong Haji Long, bagai masakan ibu...

Pengunjung blog