Isu layanan mesra barisan hadapan di Terengganu...

 


Sehari dua ini agak hangat isu dan perbincangan dikalangan penggiat pelancongan di negeri Terengganu terutama berkaitan isu khidmat pelanggan terutama frontliner atau barisan hadapan yang kurang ramah, tidak senyum dan tidak mesra.
Ianya masih berlaku dihotel hotel berbintang malah menjalar kepada kedai kedai makan dan jualan.
Isu utama adalah tidak ramah, tidak senyum, cettung, panggilan yang tidak sesuai seperti Pok atau Pokcik,menjaeab acuh tak acuh dan beberapa isu lagi.
Ianya boleh memberi kesan dalam kita berkempen memanggil lebih ramai pelancong ke negeri Darul Iman dengan pelbagai acara yang hebat dan gempak sepanjang tahun.
Ia perlu ditangani dengan serius dan sebaiknya oleh pihak berwajib terutamanya agar ia tidak melarat menjadi buah mulut orang.
Isu yang nampak kecil tapi jika melarat ia boleh memberi kesan yang besar kepada identiti sikap orang Terengganu walaupun bukan semua begitu.
Di peringkat pusat ,kita berharap Motac dan Tourism Malaysia dapat membantu dan memainkan peranan sewajarnya dalam memperbaiki dan tambah baik isu ini melalui kursus kursus atau bengkel hospitaliti sebagaimana dahulu iaitu Mesra Malaysia dan sebagainya kepada barisan hadapan di semua peringkat terutama industri Pelancongan.
Di peringkat negeri pula, Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu perlu dan wajar memainkan peranan lebih serius dan agresif agar khidmat pelanggan pelancongan negeri Terengganu berubah ke arah lebih baik dan ianya boleh dilebarkan kepada semua agensi kerajaan negeri Terengganu malah kepada semua MPKK dan masyarakat peniaga.
JPNT juga perlu bergerak lebih agresif bersama NGO pelancongan seperti MAH, MYBHA, PPNT , persatuan pemandu pelancong yang ada dua tiga kumpulan, dan beberapa lagi agar ianya dapat diperbetulkan menjelang Kempen Tahun Melawat Terengganu 2027 nanti.
Ianya bukan kerja satu pihak, tetapi semua pihak bagi menjadikan Terengganu Negeri Cantik dan orangnya baik baik dan budaya yang menarik.

Comments

Popular post this month

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

Nasi Berlauk Malam Sudin Kubis 3, fenomena baru makan malam di Kuala Terengganu.. beratur panjang

Kenali Pengarang Kitab Terkenal, 'Penawar Bagi Hati', Syeikh Abdul Qadir Al Mandili (1910-1965)

10 Pemain Pingpong TERBAIK MALAYSIA lelaki dan wanita

D Kekabu Inn, destinasi pelancongan baru di Setiu, Terengganu

SEMAKAN PERMOHONAN SEKOLAH KAWALAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI TERENGGANU KEMASUKAN TINGKATAN 1 (SATU) TAHUN 2016

Nasi Goreng Ikan yang sedap di Kedai Koffie, Kg Losong Haji Long, bagai masakan ibu...

Pengunjung blog