π’π„π“πˆππ†π†πˆ π“πˆππ†π†πˆ π“π€π‡ππˆπ€π‡ 𝐂𝐀𝐒 π‹πˆπ†π€π’ 𝐒𝐃𝐍 𝐁𝐇𝐃 𝐀𝐍𝐔𝐆𝐄𝐑𝐀𝐇 π’π„π‘πˆ πˆπŒπ€π πŸπŸŽπŸπŸ“ bagi Payang Water Taxi dan Bas Kite

 


π’π„π“πˆππ†π†πˆ π“πˆππ†π†πˆ π“π€π‡ππˆπ€π‡ 𝐂𝐀𝐒 π‹πˆπ†π€π’ 𝐒𝐃𝐍 𝐁𝐇𝐃 𝐀𝐍𝐔𝐆𝐄𝐑𝐀𝐇 π’π„π‘πˆ πˆπŒπ€π πŸπŸŽπŸπŸ“
17 Disember 2025 - Syukur ke hadrat Illahi Cas Ligas Sdn Bhdberjaya merangkul 2 Anugerah Seri Iman (ASI) 2025 anjuran Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu iaitu Perkhidmatan Pengangkutan Terbaik (Darat) dan Pengangkutan Terbaik (Laut) menerusi perkhidmatan BAS KITΔ“ dan Payang Water Taxi River Cruise. Majlis ini telah berlangsung di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.
Majlis Anugerah Seri Iman 2025 telah dirasmikan oleh Yb Datuk Razali bin Idris, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Negeri Terengganu yang mewakili YAB Menteri Besar Terengganu, serta diserikan dengan keberangkatan Yang Amat Mulia Brigedier Jeneral Dato’ Seri Tengku Baharuddin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, Tengku Temenggung Raja Terengganu.
Sebanyak 20 Kategori dengan 39 Anugerah telah dipertandingkan kepada seluruh penggiat Industri pelancongan dan Seni Budaya Negeri Terenggganu mengikut kategori penginapan, produk pelancongan, komuniti, kebudayaan, promosi serta pengiktirafan kepada individu, agensi kerajaan dan ikon industri.
Semoga anugerah yang diberikan ini menjadi pemangkin kepada kami untuk terus memberikan perkhidmatan lebih cemerlang kepada masyarakat dan rakyat Negeri Terengganu khususnya disamping menjana ekonomi pelancongan negeri.

Comments

Popular post this month

D Kekabu Inn, destinasi pelancongan baru di Setiu, Terengganu

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

RM5 juta diperuntukkan untuk Skim Bantuan Modal Tani (SBMT) secara tanpa faedah oleh Kerajaan Negeri Terengganu

10 Pemain Pingpong TERBAIK MALAYSIA lelaki dan wanita

Maggie Ketam Nipah... memang sedap di Besut, Terengganu

Kuala Terengganu Dulu- Dulu

Kenali Gunung Tebu...... menarik dan mistik

Pengunjung blog