Posts

Showing posts with the label ikan celup tepung

Orang Johor dan Singapura boleh mari makan Nasi Dagang Terengganu.... terbang je ke sini... mudah kan!!!

Image
Orang-orang kat Johor Bharu atau Singapura, boleh dah mari Terengganu makan ikan celup tepung, tak pun makan Nasi Dagang Terengganu. Mulai 22 Jun 2017 , penerbangan terus oleh AIr Asia dai Johor Bharu ke Kuala Terengganu. Nampaknya Orang Terengganu dengan orang JDT kena kawan baik-baik, kita jadi gang lah Nak bawa balik keropok lekor pun boleh dah... Sempat lagi nak tengok penyu bertelur... #setiupost #terengganumyheritage

Ikan Celup Tepung RM1 seekor.. mahal ke??? di Padang Midin Kuala Terengganu

Image
Kalau kedai lain, ikan celup tepung besar ni dekat RM4.00 - RM5.00 seekor. Tapi Warung RM1 dekat sebelah Restoran Telanai Seafood, Padang Midin ni dia jual RM1. 00 saja seekor. ABC, Pisang Goreng, Keropok Goreng, Mee Goreng semuanya RM1.  Di saat peniaga lain berebut untuk menaikkan harga kerana nak pergi haji balik hari, peniaga ni kekal dengan harga RM1. Siapa kata jual murah tak untung? @FB Mohd Adha Mohd Zain

Makan-makan: Makan ICT dan Santai di Kg Rhu 10

Image
Dengan lokasi yang terletak di tepi pantai menghadap Laut China Selatan sememangnya menjanjikan ketenangan dan kedamaian kepada setiap pengunjung. Apatah lagi bertemankan makanan laut seperti keropok lekor, sotong celup tepung beserta ikan celup tepung yang lebih dikenali sebagai 'ICT" oleh warga Terengganu dan tempatan pastinya melengkapkan suasana petang anda. Keindahan di sepanjang pantai ini memang cantik dan indah dan sentiasa menggamit mereka yang singgah. Setiap saban minggu sentiasa berderetan kenderaan singgah menikmati angin petang di sini sambil menikmati juadah di gerai di sepanjang jalan di sini. Cuma apa yang perlu dititik beratkan adalah 'soal harga' yang rasanya agak mahal, apatah lagi kebanyakan ikan dan sotong adalah bersumberkan 'sejuk beku' atau orang tempatan panggil 'ikan kotak dan sotong kotak', bukan ikan segar dan sotong segar yang harga mentahnya tidaklah terlalu mahal. Apabila sudah masak, sotong celup tepung pali...

Warung ICT Rhu Sepuluh. Setiu... juallah dengan harga berpatutan.. insyalah rezeki bertambah.

Image
Sotong dan ikan celop tepung memang sohor di Pantai Rhu 10, Setiu, Terengganu Entry kali ini blogger akan membawa pembaca ke Pantai Rhu Sepuluh, Setiu, Terengganu. Di sini memang terkenal dengan 'ICT' atau bahasa Terengganu , 'Ikan celup tepung' dan segala jenis celup tepung samada sotong, udang, ikan dan sebagainya. Cicah colek pulak memang sedap Terletak berhampiran pantai Rhu 10 yang indah sememangnya suasana makan di sini nyaman dan santai sekali. Ia sentiasa menjadi pilihan pengunjung yang berulang alik dari Kota Bharu ke Kuala Terengganu atau sebaliknya. Terdapat banyak gerai-gerai sepanjang pantai ini yang menyajikan pelbagai pilihan kepada pengunjung. Sentiasa menjadi pilihan pengunjung yang melalui jalan pantai Cuma apa yang menjadi harapan blogger kepada pengusaha gerai atau warung di sini, janganlah , menjual dengan harga yang 'terik' atau tinggi, biarlah berpadanan dan berpatutan.Biarlah harga yang berpatutan, insyallah pengunjung ...

Pengunjung blog