Makan-makan: Makan ICT dan Santai di Kg Rhu 10


Dengan lokasi yang terletak di tepi pantai menghadap Laut China Selatan sememangnya menjanjikan ketenangan dan kedamaian kepada setiap pengunjung.

Apatah lagi bertemankan makanan laut seperti keropok lekor, sotong celup tepung beserta ikan celup tepung yang lebih dikenali sebagai 'ICT" oleh warga Terengganu dan tempatan pastinya melengkapkan suasana petang anda.

Keindahan di sepanjang pantai ini memang cantik dan indah dan sentiasa menggamit mereka yang singgah.

Setiap saban minggu sentiasa berderetan kenderaan singgah menikmati angin petang di sini sambil menikmati juadah di gerai di sepanjang jalan di sini.

Cuma apa yang perlu dititik beratkan adalah 'soal harga' yang rasanya agak mahal, apatah lagi kebanyakan ikan dan sotong adalah bersumberkan 'sejuk beku' atau orang tempatan panggil 'ikan kotak dan sotong kotak', bukan ikan segar dan sotong segar yang harga mentahnya tidaklah terlalu mahal. Apabila sudah masak, sotong celup tepung paling murah RM10 seekor dan boleh mencecah RM15 hingga RM16 seekor. manakala ikan pula mencecah RM5 seekor. Rasanya peniaga di sana tentu lebih arif untuk mendapatkan sumber bahan mentah yang lebih murah kerana ia adalah kawasan pendaratan ikan dan banyak pengkalan-pengkalan kecil yang digunakan oleh nelayan-nelayan bot kecil.

Tempat yang cantik dan kalau dihidang dengan harga yang 'tidak cantik' pastinya akan memberi kesan yang tidak cantik. Teguran ikhlas ini adalah untuk memajukan lagi pelancongan di Terengganu khususnya di Pantai Rhu 10, Setiu. Perancangan dan tindakan yang bagus akan membuahkan hasil terutama warga tempatan yang menjalankan perniagaan di situ. Hasil yang baik akan menjadi buah mulut dan meramaikan lagi kehadiran pelancong.

Comments

Popular post this month

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

D Kekabu Inn, destinasi pelancongan baru di Setiu, Terengganu

Rumah Warisan di Kg Raja, Besut terbiar begitu sahaja, kenapa jadi begitu?

SEMAKAN PERMOHONAN SEKOLAH KAWALAN JABATAN PENDIDIKAN NEGERI TERENGGANU KEMASUKAN TINGKATAN 1 (SATU) TAHUN 2016

Nasi Gulai Ayam Kampung dan Gulai Itik Haji Ya, Kg Guntung Luar, Setiu,... memang sohor

Khasiat Teh Haritaki Belimbing Gunung.. amat baik untuk kesihatan dan 100% semula jadi

Tahniah, Tuan Haji ABdul hadi Alias yang kini dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan PMINT Terengganu

Pengunjung blog