RM5 juta diperuntukkan untuk Skim Bantuan Modal Tani (SBMT) secara tanpa faedah oleh Kerajaan Negeri Terengganu
Kerajaan Negeri Terengganu telah melancarkan Skim Bantuan Modal Tani (SBMT) iaitu pinjaman modal secara tanpa faedah kepada rakyat negeri Terengganu. Skim SBMT ini diperkenalkan bagi membantu rakyat bagi memulakan atau membesarkan lagi projek pertanian mereka dengan bantuan modal tanpa faedah dan sebanyak RM5 juta telah diperuntukkan bagi skim ini. Ianya telah di lancarkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Negeri iaitu YB Dr Azman Bin Ibrahim di Dewan Sivik Jabi, Besut, Terengganu. Kehadiran orang ramai ke majlis ini amat memberangsangkan walaupun ia dilaksanakan dalam masa yang singkat. Pinjaman ini akan di uruskan oleh Lembaga Pertubuhan Negeri Terengganu melalui Pertubuhan Peladang Kawasan yang ada di setiap daerah di negeri ini dan pemohon mestilah menjadi ahli PPK bagi melayakkan permohonan bantuan ini. Skim ini dijangka dan diharapkan dapat membantu rakyat bagi meningkatkan pendapatan melalui sektor pertanian samada tanaman, ternakan, ternak air dan sebagai...