Posts

Showing posts with the label kg Cina

10 Lokasi Terbaik, Ikon Pelancongan

Image
Sepuluh destinasi menarik dan terbaik di negeri ini digelar sebagai ikon pelancongan sebagai usaha meningkatkan jumlah kedatangan pelancongan tempatan dan luar negara. Ikon pelancongan itu termasuk Taman Taman Islam; Taman Reakresi dan Mini Zoo Bukit Takal; Muzium Negeri; Pulau Redang; Pulau Warisan; Tasik Kenyir; Pantai Batu Buruk; Pasar Besar Kedai Payang; Masjid Tengku Tengah Zaharah dan Kampung Cina Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Dato’ Mohd Jidin Shafie berkata, destinasi itu wajar digelar sebagai ikon kerana menjadi faktor penyumbang peningkatan jumlah pelancongan pada setiap tahun. Katanya, peningkatan jumlah pelancong bukan saja mampu memberangsangkan ekonomi negeri dan menarik minat pelabur malah meningkatkan taraf hidup penduduk terutama yang membabitkan diri dalam perniagaan. “”Apa yang membanggakan apabila tiba musim cuti sekolah atau umum, peniaga keropok lekor, pengusaha kain batik dan songket bagaikan tidak menang tangan melayan p...

Legasi 300 tahun - Warisan unik penempatan minoriti Tionghua

Image
LORONG pejalan kaki dengan hiasan tulisan Cina. KAWASAN Kampung Cina yang pernah menjadi pusat perdagangan dan perniagaan antarabangsa terpenting di rantau ini pada abad ke-18 masih menyimpan pelbagai warisan bersejarah termasuk deretan bangunan tua yang berseni. Kampung Cina yang didiami penduduk berketurunan Cina sejak hampir 300 tahun lalu itu juga mempunyai sebuah perigi yang dipercayai tertua di Terengganu. Keistimewaan perigi ini bukan sahaja kerana usianya, namun dikatakan pernah berjasa kepada penduduk setempat serta membekalkan air kepada pedagang asing yang berniaga di situ. Perigi itu juga mempunyai keistimewaan tersendiri kerana airnya didakwa tidak pernah kering malah masih digunakan sehingga kini. Pengerusi Badan Perhubungan MCA Negeri Terengganu yang juga Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Ir. Wong Foon Meng berkata, pihaknya menyokong jika ada sebarang cadangan untuk menjadikan Kampung Cina sebagai salah satu tapak warisan dunia di negara ini. KAMPUNG Cina...

Lensa di Kg Cina, Kuala Terengganu

Image
Kali ini blogger ingin berkongsi lensa yang pernah dirakam di Kg Cina, Kuala Terengganu. Bagi mereka yang ingin berkunjung ke Kuala Terengganu dan merakamkan detik-detik indah anda di sini. Jangan lupa bawa kamera anda sekali. Jom ke Terengganu

Kampung Cina... apa menariknya kat sini

Image
Kampung Cina adalah 'Chinatown' di Kuala Terengganu di mana ianya menjadi destinasi penting di negeri Terengganu. Ianya amat terkenal dengan bangunan warisan sebelum perang. Kesan tinggalan sejarah ini amat jelas sekali dan ianya kini dijaga dengan baik dan cantik sebagai warisan negeri. Deretan kedai lama di sepanjang jalan di Kg Cina ini masih jelas dapat dilihat dan dihayati melalui budaya penduduk di sini dengan meja kayu klasik, buku-buku lama dan pelbagai peralatan lama. Dua tokong di sini iaitu Ho Ann Kiong yang dibina pada 1801 dan Tien Hok Kong pada 1896 telah mendapat pengiktirafan UNICEF sebagai Warisan Sejarah. Bangunan di Kg Cina ini dipercayai telah diduduki oleh kaum Cina yang tiba ke Semenanjung Tanah Melayu pada abad ke 19. Maka amat wajarlah warisan sejarah dan budayanya terus dijaga sebagai daya tarikan dan pemuliharaan warisan di negeri Terengganu ini. Kehebatan Kg Cina ini tak kurang sebagaimana terkenalnya Penang Road di Pulau Pinang. Warisan di Terenggan...

Pengunjung blog