Posts

Showing posts with the label kg gong batu

Laguna Agro Resort, Setiu, Terengganu... keunikan Setiu Wetland

Image
Laguna agro resort terletak di Kg Limau Nipis, Gong Batu Setiu Bagi mereka yang sukakan kedamaian dan ketenangan di sinilah tempatnya Keunikan Setiu Wetland terserlah disini dan anda dapat merasai sendiri pengalaman mencari kepah, lokan dan kerang sendiri Juga bagi kaki pancing, siakap putih, siakap merah dan kerapu menanti anda Ia juga merupakan kawasan yang kaya dengan khazanah marin dan ekosist em alam Berlindung disini adalah pelbagai hidupan yang kian terancam seperti tuntung laut (batagur borneonsis), tuntung sungai (batagur affinis) dan penyu agar (chelonia mydas) Setiu wetland merupakan salah satu tempat di dunia yang mempunyai populasi yang tinggi bagi tuntung laut #setiupost #setiuwetland #lagunaagroresort #visitbeautifulterengganu2 018

Kenangan di Laguna Setiu

Image
Laguna Setiu di Kg Gong Batu sentiasa menggamit rasa dan memori bagi sesiapa yang pernah datang ke sini. Banyak sekali aktiviti boleh dilakukan di sini. Yang pasti ia boleh meredakan stress dan tekanan kerja anda. Memang seronok bila dapat melakukan aktiviti bersama-sama terutama sekali dengan bos anda sekali seperti mencari kerang dan tiram, memukat dan menarik pukat, bermain bola sepak dan bola tampar pantai. Apabila matahari mula mengundurkan diri, jelas sekali dapat dilihat dan dinikmati suasana 'sunset'. Sungguh memukau pandangan mata.Kemudian sama-sama ber'bbq' dengan hasil tangkapan pada siang tadi. Bagi kaki pancing, mereka masih meneruskan aktiviti dengan joran masing-masing untuk mencuba sentapan siakap, pari, dingkis dan lain-lain mangsa yang sentiasa diburu. Yang paling best tidur bergelimpangan bagaikan pelarian, tidak mengira anda bos atau pegawai biasa, semuanya tidak diendahkan yang penting melelapkan mata dengan selesa dan damai dengan tiupan bayu laut....

Lunch Seafood... kampung style @ Kg Gong Batu, Setiu

Image
Kesempatan meraikan rombongan Tourism Malaysia Terengganu dan Bahagian Domestik, Tourism Malaysia Ibu Pejabat serta dengan iringan pegawai-pegawai Pejabat daerah Setiu untuk makan tengahari makanan laut ala warung di Kg Gong Batu Setiu. Terima kasih Encik Nek M Yunus, daripada Agro Resort kerana menguruskan menu yang segar dan sedap. Menu tengahari tadi adalah Sup Lokam, masak lemak kepah, ketam nipah masak cili, ikan siakap segar goreng kunyit serta sambal belacan. Dengan iringan air tebu serta air kelapa pandan Agro yang memang segar. Di tambah lagi dengan pencuci mulut rambutan Agro di penghujung musim , serta jagung rebus Kg Guntung. Segala-galanya menambahkan selera makan gerombolan-gerombolan walaupun dibawah terik sinar mentari. Tersenyum panjang ahli gerombolan menikmati hidangan yang serba segar dan enak.

Pengunjung blog