Posts

Showing posts with the label kg raja

Aroma Square Kg Raja Besut.. comel weeih cafe ni, makan pun sedap...

Image
Baru-baru ini, rasa nak singgah kat sebuah cafe baru di Kg Raja, Besut bersebelahan dengan Dewan Merdeka yang baru setelah melihat promosi cafe ini di Facebook. Namanya Aroma Square Cafe. Cantik sekali dekorasi dalaman dengan hiasan mural dinding yang menarik serta susunan kerusi meja dan penataan cahaya yang membuatkan kita rasa selesa dan nyaman. Memang ingin mencuba beberapa menu dan anak-anak telah memilih Mushroom soup yang katanya memang sedap sehingga 2 kali tambah.Juga Meetball serta Banana Aiskrim. Admin mencuba Nasi Goreng Aroma yang disediakan dengan udang goreng yang rangup serta sambal yang sedap serta isteri pula mencuba Chicken salad. chicken salad yang sedap dan menyihatkan Nasi Goreng Aroma.. antara trademark di sini Mushroom Soup yang sedap Kegemaran kanak-kanak, Banana Aiskrim Banyak lagi menu menarik dan menjadi pilihan pengunjung yang datang ke cafe ini di antaranya Nasi Ayam Penyet, chicken chop serta lamb chop yang h...

Makan Gulai Siput dan Nasi Ulam Budu di Kg Raja... kecur air liur

Image
Pasti berselera dengan lauk begini Setiap kali buat entry pasal makan-makan pasti kecur air liur, apatah lagi bila menaip ketika perut tengah lapar. Selepas edit gambar tentang makan nasi ulam budu di Kg Raja Besut, idea untuk menaip terus datang. Terutama selepas melihat gambar ulam-ulaman bersama budu, gulai siput, sayur cendawan dan macam-acam lagi. Sedap gulai siput ni. Lama dah tak makan kat kedai ni yang sentiasa menyediakan pelbagai lauk tradisional serta ulam-laman yang menarik dan unik seperti kunyit muda, terung kecil, daun pegaga, celur jantung pisang dan macam-macam lagi. Besar udang dan segar, udang okel Lokasi kedai terletak di jalan menuju ke jambatan untuk ke Kg Tok Sabuh. Jika anda dari Jerteh, tiba di lampu isyarat Kg Raja, ambil kiri dan kedai adalah disebelah kiri, kira-kira 200m daripada simpang. Macam-macam lauk ada di sini, semuanya lauk kampung dari Gulai Ayam Kampung, Gulai Itik, Asam Pedas Tempoyak dan macam-macam. Budu cecah ulam dan...

Rumah Warisan di Kg Raja, Besut terbiar begitu sahaja, kenapa jadi begitu?

Image
Sayang rumah tradisional Melayu Terengganu dibiarkan usang tanpa pemuliharaan Kali ini blogger benar-benar rasa terpanggil untuk menulis dan meluahkan rasa terhadap khazanah dan warisan yang kita ada tapi terbiar begitu sahaja. Ia adalah koleksi rumah lama, istana lama Tg Long di Kg Raja Besut. Kampung yang suatu masa dulu menjadi pusat pemerintahan Kerajaan Besut sememangnya mempunyai struktur kampung baik dan tersusun di sepanjang sungai Besut. Ia mempunyai nilai khazanah yang tidak ternilai Setiap kali terpandang rumah lama yang unik dan tidak ternilai khazanahnya, rasa macam kerugian kalau ia terus di biarkan. Sedangkan ia mempunyai kesinambungan dengan apa yang ada di Balai Seni Ukir Besut. Istana Tengku Long yang kini terbiar Blogger amat berharap pihak PBT ( seperti Pejabat Daerah Besut, Majlis Daerah Besut, YB DUN Kota Putera, Ahli Parlimen Besut, Lembaga Muzium Negeri Terengganu, Kerajaan Negeri Terengganu) sama-sama mencari jalan penyelesaian bagi menjaga ...

Desa Ukiran Kayu Istana Tg Long, Kg Raja, Besut, Terengganu- Legasi Seni Ukir Melayu Yang Hebat

Image
Desa Ukiran Kayu Istana Tg Long yang terletak di Kg Raja, Besut, Terengganu adalah legasi warisan seni pertukangan dan ukiran kayu  Melayu yang hebat. Gerbang masuk yang melambangkan gahnya seni ukiran Melayu Ia umpama sekolah warisan yang meneruskan tradisi kehebatan ukiran tukang-tukang Melayu dahulu dalam meneruskan kesinambungan untuk generasi akan datang. Istana Bumbung Limah Antara hasil kerja pelajar seni ukir Dengan binaan senibina warisan berasaskan Bumbung Limah, Potong Belanda dengan diukir serta binaan pasaknya, ia boleh menjadi rujukan dalam mengkaji kehebatan binaan Melayu lama. Begitu halus dan teliti hasil seni ukiran Melayu Di sini juga terdapat Sekolah Ukir atau kursus ukiran untuk anak-anak muda yang berminat meneruskan warisan tradisi seniukir Melayu. Ia adalah dengan kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu melalui Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU Terengganu). Taklimat oleh Encik Zulkarnain kepada peserta Jejak Warisan jelajah Besut ...

Pengunjung blog