Posts

Showing posts with the label koh samui

Makan Tengahari di Chana, Songkhla.. masakan asli Thai

Image
Berkunjung ke Thailand baru-baru ini, rombongan di bawa makan tengahari di Chanaa dalam perjalanan ke Nakhorn Si Thammarat. Chanaa ini terletak di Wilayah Songkla Restoran ini cukup terkenal dengan masakan asli Thai Selatan yang cukup popular di Malaysia. Kali ini rombongan dihidangkan dengan Siakap Stim yang unik dan memang sedap, juga kerabu perut bulat, sup tulang yang kaw serta masakan lain yang semuanya menambat selera. Restoran ini sentiasa penuh pada waktu makan tengahari di mana masakan panas adalah amat popular walaupun pada waktu tengahari. Ia berbeza dengan ditempat kita yang lebih popular dengan nasi campur. Satu hidangan yang popular dan sedap di restoran ini adalah Kerabu Kaki Ayam. Jika anda mengunjungi Naratiwat, atau ke Hatyai boleh maklum pada agensi anda untuk makan di sini yang memang popular dan sedap.

Menjejaki komuniti Muslim di Koh Samui

Image
Semasa mengunjungi Pulau pelancongan terkenal, Koh Samui di Thailand, admin sempat berkunjung ke perkampungan muslim di pulau ini untuk bersarapan pagi. Dengan melalui celah-celah rumah berhampiran masjid, rombongan menuju ke sebuah warung di pinggir laut di kampung nelayan ini. Rata-rata penduduk Muslim di sini adalah nelayan dan kebanyakan mereka adalah berasal dari Pattani dan kemudiannya menetap di sini. Amat sayang sekali, mereka tidak begitu mengambil peluang ekonomi yang terhidang di sini yang cukup terkenal dengan industri pelancongan. Sempat menjamah nasi kerabu tradisional yang cukup sedap dan menyelerakan. Juga dengan kuih muih tradisional yang sedap. Pemandangan di sini cukup indah dan memukau dengan susunan bot nelayan di pergigian air. Sememangnya kawasan perkampungan Melayu boleh dibangunkan dengan industri pelancongan dengan budaya tersendiri, apatah lagi dengan nilai hartanah yang cukup tinggi di sini. Begitu juga peluang pernia...

Keunikan 'Batu Datuk' dan 'Batu Nenek' di Koh Samui, Thailand

Image
Kunjungan ke Koh Samui, Thailand baru-baru ini memang suatu perjalanan yang  memberi pengalaman yang baru tentang pulau pelancongan yang terkenal di Thailand. Batu Nenek Sememangnya pulau ini mempunyai pelbagai daya tarikan yang mampu menarik pelancong bukan sekadar daripada rantau ASEAN malah seluruh dunia. Batu Datuk Di antara destinasi yang dikunjungi adalah pantai Batu Datuk dan Batu Nenek. Ia amat popular di sini di mana terdapat batu yang menyerupai kemaluan lelaki - Batu Datu dan juga batu yang menyerupai kemaluan wanita- Batu nenek. Cukup ramai yang mengunjungi pantai berbatu ini dengan kemudahan gerai belian untuk membeli cenderamata dan sebagainya. Ramai yang mengambil kesempatan bergambar dengan keunikan 'batu' di sini. Juga terdapat komuniti Muslim  di sini yang turut sama menjalankan perniagaan terutamanya menjual dodoi yang terkenal di sini.

Pengunjung blog