Menjejaki komuniti Muslim di Koh Samui




Semasa mengunjungi Pulau pelancongan terkenal, Koh Samui di Thailand, admin sempat berkunjung ke perkampungan muslim di pulau ini untuk bersarapan pagi. Dengan melalui celah-celah rumah berhampiran masjid, rombongan menuju ke sebuah warung di pinggir laut di kampung nelayan ini.



Rata-rata penduduk Muslim di sini adalah nelayan dan kebanyakan mereka adalah berasal dari Pattani dan kemudiannya menetap di sini. Amat sayang sekali, mereka tidak begitu mengambil peluang ekonomi yang terhidang di sini yang cukup terkenal dengan industri pelancongan.



Sempat menjamah nasi kerabu tradisional yang cukup sedap dan menyelerakan. Juga dengan kuih muih tradisional yang sedap. Pemandangan di sini cukup indah dan memukau dengan susunan bot nelayan di pergigian air.




Sememangnya kawasan perkampungan Melayu boleh dibangunkan dengan industri pelancongan dengan budaya tersendiri, apatah lagi dengan nilai hartanah yang cukup tinggi di sini. Begitu juga peluang perniagaan dalam penyediaan makanan terutama untuk pelancong Muslim yang begitu besar potensinya.

Abe Syukri dan penduduk Koh Samui berasal dari Yala


Rombongan kami diuruskan oleh Ma Syukree Travel, Yala oleh Abe Syukri yang kami kenal lebih dari 10 tahun yang sentiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada kami menjelajah Thailand sampai ke Chiang Mai, Chiang Rai, Aran Pratik, Bangkok, Hatyai dan sebagainya.

Comments

Popular post this month

Desa Ukiran Kayu Istana Tg Long, Kg Raja, Besut, Terengganu- Legasi Seni Ukir Melayu Yang Hebat

Nasi Berlauk Malam Sudin Kubis 3, fenomena baru makan malam di Kuala Terengganu.. beratur panjang

10 Pemain Pingpong TERBAIK MALAYSIA lelaki dan wanita

Tradisi Main dan Buat Wau

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

Kenali Pengarang Kitab Terkenal, 'Penawar Bagi Hati', Syeikh Abdul Qadir Al Mandili (1910-1965)

Senarai Pasar Malam di Kuala Terengganu sepanjang minggu..macam macam makanan dan kuih boleh cari..

Pengunjung blog