Posts

Showing posts with the label lembaga muzium terengganu

Pemberitahuan tentang penutupan sementara Bukit Puteri, Kuala Terengganu

Image
Makluman dan pemberitahuan daripada Lembaga Muzium Negeri Terengganu

Pameran 1001 senjata di Muzium Negeri Terengganu sehingga 31 Disember 2014

Image
Muzium Negeri Terengganu mensasarkan kehadiran 50,000 pengunjung ke Pameran 1001 Senjata yang akan berakhir 31 Disember ini. Timbalan Pengarah Muzium Negeri, Che Muhammad Azmi Ngah berkata, pameran selama tiga bulan bermula 26 Ogos lalu itu mempamerkan pelbagai jenis senjata termasuk koleksi senjata tradisional dan moden. “Koleksi yang dipamerkan antaranya pedang, taji, belati, lembing, tombak, tulang ikan pari dan ia datang dari seluruh pelusuk negeri termasuk Sabah, Sarawak, Kedah dan juga koleksi Muzium Terengganu sendiri,” ujarnya. Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada majlis Perasmian Pameran 1001 Senjata yang disempurnakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Dato’ Mohd Zubir Embong di Kompleks Muzium negeri Terengganu, hari ini. Koperal Salehudin Ahmad Museh dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu (Kanan) menerangkan sesuatu mengenai senjata api yang dipamerkan kepada Mohd Zubir (Kiri) pada Majlis Perasmian Pameran 1001 Senjata ...

Generasi muda perlu celik budaya- Exco Pelancongan Terengganu

Image
Oleh: Esah Abdullah Kehebatan dan tahap pemikiran tinggi orang-orang terdahulu perlu didedahkan kepada generasi muda agar mereka sentiasa berdiri di paksi yang betul. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan negeri, Dato’ Haji Mohd Jidin Shafee (gambar)  berkata, mereka boleh mengaplikasikan segala pemikiran serta teknologi peninggalan ini dalam kehidupan mereka.  “Pamerkan kepada mereka tahap keilmuan serta tahap keintelektual nenek moyang kita agar generasi muda hari ini sentiasa menjadi manusia yang faham sejarah serta celik budaya,” katanya ketika merasmikan majlis Pameran Inovasi dan Kreativiti Tradisional 2013 di Kompleks Lembaga Muzium Negeri Terengganu (LMNT)) di Losong semalam.. Teks ucapan beliau disampaikan oleh Pengarah LMNT. Haji Mohd Yusof Abdullah. Menurutnya, dalam konteks masyarakat moden hari ini, tiga elemen iaitu inovasi, kreativiti dan tradisional menjadi penting dan semakin signifikan dalam usaha kita membentuk masya...

Rumah Warisan di Kg Raja, Besut terbiar begitu sahaja, kenapa jadi begitu?

Image
Sayang rumah tradisional Melayu Terengganu dibiarkan usang tanpa pemuliharaan Kali ini blogger benar-benar rasa terpanggil untuk menulis dan meluahkan rasa terhadap khazanah dan warisan yang kita ada tapi terbiar begitu sahaja. Ia adalah koleksi rumah lama, istana lama Tg Long di Kg Raja Besut. Kampung yang suatu masa dulu menjadi pusat pemerintahan Kerajaan Besut sememangnya mempunyai struktur kampung baik dan tersusun di sepanjang sungai Besut. Ia mempunyai nilai khazanah yang tidak ternilai Setiap kali terpandang rumah lama yang unik dan tidak ternilai khazanahnya, rasa macam kerugian kalau ia terus di biarkan. Sedangkan ia mempunyai kesinambungan dengan apa yang ada di Balai Seni Ukir Besut. Istana Tengku Long yang kini terbiar Blogger amat berharap pihak PBT ( seperti Pejabat Daerah Besut, Majlis Daerah Besut, YB DUN Kota Putera, Ahli Parlimen Besut, Lembaga Muzium Negeri Terengganu, Kerajaan Negeri Terengganu) sama-sama mencari jalan penyelesaian bagi menjaga ...

Rumah Unik 70 tingkap di Losong, Kuala Terengganu

Image
Rumah 70 tingkap Oleh Baharom Bakar bminggu@bharian.com.my 2012/04/15 Kediaman Haji Su simbol kehebatan pertukangan Melayu era 1800, ilham pedagang tersohor gabung seni bina Nusantara termasuk Jaipur, India RAMAI terfikir apa agaknya rahsia di sebalik gahnya sebuah rumah agam Melayu yang tampak usang di Kampung Losong Haji Su di Kuala Terengganu, Terengganu, hingga Lembaga Muzium Terengganu melabur RM3.2 juta membeli kediaman itu. Sekalipun usang dan buruk, rumah agam ini damai dikelilingi pokok buluh cina. Aura kediaman mewah zaman silam itu tetap menyerlah, hinggakan rumah itu sering dibanjiri pelancong tempatan dan luar negara termasuk dari Mesir, Belanda, Jepun dan Amerika Syarikat (AS). Tidak ketinggalan, kalangan arkitek tersohor antarabangsa termasuk dari Filipina dan Korea Selatan yang mahu mengkaji kehalusan seni bina rumah agam ini. Selain arkitek, pengkaji sejarah juga tidak ketinggalan merakamkan gambar rumah agam ini, bia...

Pengunjung blog