Posts

Showing posts with the label pahang

Xcape Resort Sungai Lembing, Kuantan, Pahang...nampak macam menarik..

Image
Selain menginap dekat resort ini, banyak lagi aktiviti menarik yang disediakan antaranya flying fox, atv, kayak, paint ball, stand up paddling (SUP) dan banyak  lagi. Boleh juga pergi tengok rainbow waterfall, memang cantik. Xcape Resort Sungai Lembing Lokasi: 3, East Canton Street, Sungai Lembing, Pahang. Hubungi/Tempahan: 03-33248880 / 013-4243333

Selera Singgang di Beserah... teringat eeeh

Image
Sedang membelek gambar-gambar dalam laptop terpandang gambar semasa singgah di Selera Singgang di Beserah, Kuantan, Pahang. Menunya simple atau ringkas sahaja tapi

Jelajah Laluan Mat Kilau 2015

Image
Satu program pemuliharaan sejarah dan warisan iaitu Terengganu MAT KILAU Trail Expploration 2015 atau Jelajah Laluan MAT KILAU Terengganu 2015 akan di adakan pada 14 hingga 16 Ogos 2015 anjuran Tourism Terengganu bersama Persatuan Pemandu Pelancong Alam Semula Jadi Terengganu (TENAGA). Ia adalah bagi mengembalikan nostalgia dan kegemilangan sejarah serta jejak-jejak dan tinggalan sejarah Pahlawan Melayu yang terkenal iaitu Mat Kilau dan rakan-rakannya di Pasir Raja, Dungun yang merentasi hutan khatulistiwa dan laluan penting ini boleh sampai di Hulu Tembeling, Pahang. Ia juga turut membawa peserta mengenali kubu Mat Kilau serta mengenali keunikan alam semulajadi dengan lebih dekat melalui perkhemahan di tepi sungai Dungun serta peserta turut di bawa mengenali beberapa aktiviti unik seperti 'mandi sapok', tumbuk ping serta mengenali 'tarian piring'. Yuran yang dikenakan bagi menyertainya juga amat berpatutan iaitu RM50 seorang bagi pelajar dan RM100 bagi Terb...

Makam Tok Gajah di Kg Pasir Nering Kuala Brang, Hulu Terengganu

Image
Tok Gajah atau sebenarnya Imam Rasul Bin Shahrum, manakala gelarannya adalah Orang Kaya Imam Indera Gajah Perang, Khatib Rasul atau Imam Perang Rasul. Beliau merupakan Orang Besar Raja yang berkuasa dari Batu Redap sampai ke Kuala Piul, dari Tanjung Sakti hingga ke Kangsa, dari Pedah sampai ke Tanjung Lindung, dan juga Lembahan Sungai Budu di Lipis. Kedudukannya yang setaraf dengan Orang Besar Berempat di Negeri Pahang dan menjadi orang kepercayaan sultan, menjadikan beliau amat dihormati oleh rakyat di Ulu Pahang. Tok Gajah merupakan seorang pahlawan yang berani bersama beberapa orang pahlawan lain seperti Mat Kilau, anaknya, Dato' Bahaman serta beberapa orang lagi, telah terlibat dalam gerakan menentang campurtangan Inggeris di Pahang pada 1893 hingga 1895. Pihak Inggeris elah mengeluarkan satu perintah untuk menangkap beliau pada tahun 1897. Tok Gajah telah melarikan diri ke Ulu Kelantan dan kemudiannya ke Hulu Terengganu. Beliau telah meninggal pada 1901 da...

Mohon Bantuan Misi Kemanusiaan Mangsa Banjir di Pantai Timur

Image
gambar themalaysiantimes gambar astro awani Pos kali ini admin akan fokuskan kepada bantuan Kemanusiaan kepada mangsa banjir oleh sahabat-sahabat kita yang sedang bertungkus lumus mendapatkan sumbangan kita untuk disalurkan kepada mangsa banjir samada di Terengganu, Kelantan mahupun Pahang. Sama-sama kita membantu sekadar termampu untuk ringankan beban saudara kita mangsa bencana, jika tidak mampu menyumbang sekalipun panjatkan doa pada Allah swt agar usaha bantuan dipermudahkan. Ini antara usaha dan bantuan oleh sahabat-sahabat kita: Assalamualaikum wrb dan selamat sejahtera. Pasukan Smart Support Team (SST) Majlis Guru Kaunseling Negeri Terengganu sedang mengumpul sumbangan bantuan untuk mangsa banjir negeri-negeri di Malaysia terutama Kelantan, Terengganu dan Pahang. Sumbangan dalam bentuk: 1. Pakaian sekolah (baru dan terpakai) 2. Kasut sekolah 3. Beg sekolah 4. Alat tulis 5. Duit( akan digunakan untuk membeli barang berkaitan)  **sumbangan boleh disalurkan k...

Ais Kacang Jalan Beserah, Kuantan

Image
Ais Kacang Jalan Beserah,Kuantan memang sedap dan memikat. Ia dijual secara tradisi oleh keluarga India Muslim di sini. Sejak admin selalu berulang alik ke Kuantan dari tahun 2002 sehingga sekarang rasanya tetap memikat seperti dulu. Ada ais kacang biasa, ais kacang pulut dan cendul pulut. Sementara menunggu bungkus, sempat juga menjamah semangkuk. Memang sedap!

Pengunjung blog