iklan nuffnang

Pelancongan Terengganu

Tuesday 11 August 2015

Jelajah Laluan Mat Kilau 2015


Satu program pemuliharaan sejarah dan warisan iaitu Terengganu MAT KILAU Trail Expploration 2015 atau Jelajah Laluan MAT KILAU Terengganu 2015 akan di adakan pada 14 hingga 16 Ogos 2015 anjuran Tourism Terengganu bersama Persatuan Pemandu Pelancong Alam Semula Jadi Terengganu (TENAGA).

Ia adalah bagi mengembalikan nostalgia dan kegemilangan sejarah serta jejak-jejak dan tinggalan sejarah Pahlawan Melayu yang terkenal iaitu Mat Kilau dan rakan-rakannya di Pasir Raja, Dungun yang merentasi hutan khatulistiwa dan laluan penting ini boleh sampai di Hulu Tembeling, Pahang.

Ia juga turut membawa peserta mengenali kubu Mat Kilau serta mengenali keunikan alam semulajadi dengan lebih dekat melalui perkhemahan di tepi sungai Dungun serta peserta turut di bawa mengenali beberapa aktiviti unik seperti 'mandi sapok', tumbuk ping serta mengenali 'tarian piring'.

Yuran yang dikenakan bagi menyertainya juga amat berpatutan iaitu RM50 seorang bagi pelajar dan RM100 bagi Terbuka.

Bagi yang berminat boleh hubungi urusetia di talian:
-019917800
-0129297837
-0148378048


No comments:

bookcafe com

AGODA Booking

Get the LOWEST RATE of your hotel BOOKING by Online

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List

kongsi blog