Posts

Showing posts with the label pahlawan

Kenali pahlawan kita "Mat Lela" yang berjuang bersama Mat Kilau dan Tok Gajah serta Dato Bahaman...

Image
  Pahlawan Gagah - Haji Mat Lela" Allahyarham Haji Mat Lela bin Buang merupakan sahabat baik kepada Allahyarham Mat Kilau , Mereka keduanya adalah Pahlawan Pahang. Cumanya Mat Lela ni orang yang tidak suka menonjol dan suka berahsia , Beliau mempunyai ilmu kepahlawanan sama handal dengan Mat Kilau. Jika Mat Kilau memiliki buntat embun, gagah dan kebal. Haji Mat Lela pun begitu juga, Mereka bersama-sama berguru tetapi disebabkan Mat Kilau menjadi buruan pihak Inggeris maka sahabat-sahabat beliau terpaksa merahsiakan perhubungan antara mereka dan berhubung secara senyap. Amalan ataupun rutin Haji Mat Lela lebih kurang dengan Mat Kilau , Pada waktu subuh mereka akan mandi embun , Mereka merasa lebih segar dan cergas bila waktu subuh , Dan mereka langsung tidak merasa mengantuk , Diwaktu itulah mereka akan mandi embun dan melakukan kerja-kerja mereka , Haji Mat Lela juga mengamalkan minum air embun setiap hari dan menitiskan air embun tersebut ke matanya. Walaupun sudah berusia Haji M...

Jelajah Laluan Mat Kilau 2015

Image
Satu program pemuliharaan sejarah dan warisan iaitu Terengganu MAT KILAU Trail Expploration 2015 atau Jelajah Laluan MAT KILAU Terengganu 2015 akan di adakan pada 14 hingga 16 Ogos 2015 anjuran Tourism Terengganu bersama Persatuan Pemandu Pelancong Alam Semula Jadi Terengganu (TENAGA). Ia adalah bagi mengembalikan nostalgia dan kegemilangan sejarah serta jejak-jejak dan tinggalan sejarah Pahlawan Melayu yang terkenal iaitu Mat Kilau dan rakan-rakannya di Pasir Raja, Dungun yang merentasi hutan khatulistiwa dan laluan penting ini boleh sampai di Hulu Tembeling, Pahang. Ia juga turut membawa peserta mengenali kubu Mat Kilau serta mengenali keunikan alam semulajadi dengan lebih dekat melalui perkhemahan di tepi sungai Dungun serta peserta turut di bawa mengenali beberapa aktiviti unik seperti 'mandi sapok', tumbuk ping serta mengenali 'tarian piring'. Yuran yang dikenakan bagi menyertainya juga amat berpatutan iaitu RM50 seorang bagi pelajar dan RM100 bagi Terb...

Makam Tok Gajah di Kg Pasir Nering Kuala Brang, Hulu Terengganu

Image
Tok Gajah atau sebenarnya Imam Rasul Bin Shahrum, manakala gelarannya adalah Orang Kaya Imam Indera Gajah Perang, Khatib Rasul atau Imam Perang Rasul. Beliau merupakan Orang Besar Raja yang berkuasa dari Batu Redap sampai ke Kuala Piul, dari Tanjung Sakti hingga ke Kangsa, dari Pedah sampai ke Tanjung Lindung, dan juga Lembahan Sungai Budu di Lipis. Kedudukannya yang setaraf dengan Orang Besar Berempat di Negeri Pahang dan menjadi orang kepercayaan sultan, menjadikan beliau amat dihormati oleh rakyat di Ulu Pahang. Tok Gajah merupakan seorang pahlawan yang berani bersama beberapa orang pahlawan lain seperti Mat Kilau, anaknya, Dato' Bahaman serta beberapa orang lagi, telah terlibat dalam gerakan menentang campurtangan Inggeris di Pahang pada 1893 hingga 1895. Pihak Inggeris elah mengeluarkan satu perintah untuk menangkap beliau pada tahun 1897. Tok Gajah telah melarikan diri ke Ulu Kelantan dan kemudiannya ke Hulu Terengganu. Beliau telah meninggal pada 1901 da...

Pengunjung blog