Posts

Showing posts with the label pakej baru

TTI River Cruise tarikan baharu Terengganu

Image
Terengganuunikblogspotcom KUALA TERENGGANU - Taman Tamadun Islam (TTI) kini mempunyai satu lagi tarikan terbaharu iaitu 'TTI River Criuse' yang membolehkan pelancong menyusuri Sungai Terengganu pada waktu malam. Pengarah Urusan TTIMSB Wan Adnan Wan Abdul Rahaman berkata, perkhidmatan menyusuri sungai Terengganu sebenarnya bermula sejak 2009 lagi, tetapi ia hanya diadakan sebelah siang. "Kita dapati produk pelancongan menyusuri sungai Terengganu mendapat sambutan baik dalam kalangan pelancong, lalu kita perluaskannya dengan mengadakan perkhidmatan sebelah malam bermula 1 Mei baru-baru ini. "Alhamdulillah sambutannya sangat memberangsangkan dan mengatasi perkhidmatan pada waktu siang," katanya selepas mengiringi Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Datuk Ahmad Jidin Shafee menyusuri sungai Terengganu sambil menikmati keindahan Bandar warisan Pesisir Air di sini malam tadi. Operasi TTI River Cruise yang berpengkalan di Pengkalan Tok Ku Palo...

Alami tarikan baru Payang Walk di Kuala Terengganu..

Image
Bot Penambang yang kini digunakan untuk 'Terengganu River Cruise' memang menyeronokkan Kuala Terengganu, Bandaraya Warisan Pesisir Air kini mempunyai daya tarikan baru di mana para pelancong dan pengunjung boleh mengenali keunikan bandar ini dengan lebih dekat dengan menaiki beca dan menyusuri sungai Terengganu. Payang Walk.. tarikan baru di Pasar Payang Hasil inisiatif Persatuan Pelancongan Negeri Terengganu ini dilihat cukup berpotensi bagi meningkatkan lagi produk pelancongan serta keunikan Pasar Payang serta keunikan bandar Kuala Terengganu yang penuh dengan kisah sejarah yang masih banyak lagi yang belum terokai. Jom kita naik beca dan alami sendiri keunikannya Santai Beca adalah kesinambungan keunikan yang dulunya beca adalah pengangkutan utama penduduk tempatan ke mana-mana destinasi dalam bandar. Kini ia dijadikan tarikan pelancong bagi mengenali budaya Kuala Terengganu dengan lebih dekat. Dengan sewaan sebanyak RM15.00/beca bagi perjalanan dari Pasar ...

Pengunjung blog