iklan nuffnang

Friday, 23 May 2014

TTI River Cruise tarikan baharu Terengganu

Terengganuunikblogspotcom

KUALA TERENGGANU - Taman Tamadun Islam (TTI) kini mempunyai satu lagi tarikan terbaharu iaitu 'TTI River Criuse' yang membolehkan pelancong menyusuri Sungai Terengganu pada waktu malam.

Pengarah Urusan TTIMSB Wan Adnan Wan Abdul Rahaman berkata, perkhidmatan menyusuri sungai Terengganu sebenarnya bermula sejak 2009 lagi, tetapi ia hanya diadakan sebelah siang.

"Kita dapati produk pelancongan menyusuri sungai Terengganu mendapat sambutan baik dalam kalangan pelancong, lalu kita perluaskannya dengan mengadakan perkhidmatan sebelah malam bermula 1 Mei baru-baru ini.

"Alhamdulillah sambutannya sangat memberangsangkan dan mengatasi perkhidmatan pada waktu siang," katanya selepas mengiringi Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Datuk Ahmad Jidin Shafee menyusuri sungai Terengganu sambil menikmati keindahan Bandar warisan Pesisir Air di sini malam tadi.

Operasi TTI River Cruise yang berpengkalan di Pengkalan Tok Ku Paloh TTI itu diadakan dalam dua sesi iaitu pada 8 malam dan 9.30 malam dengan setiap perjalanan mengambil masa kira-kira satu jam 15 minit.

TTI yang terletak di Pulau Wan Man, merupakan sebuah taman yang memaparkan keunggulan seni warisan dan seni bina Islam dari seluruh pelosok dunia selain Masjid Kristal dan Pusat Konvensyen.

Wan Adnan berkata operasi pada waktu malam itu akan menggunakan tiga buah bot bermula di pintu gerbang TTI hingga ke Masjid Kristal, seterusnya ke Kampung Losong, Pulau Warisan, Taman Selera Tanjung dan berpatah balik melalui Kampung Duyong sebelum kembali ke pangkalan Tok Ku Paloh.
Katanya, TTIMSB mempunyai lapan buah bot yang mampu memuatkan antara 32 dan 42 penumpang untuk satu perjalanan dengan bayaran RM49 dikenakan bagi dewasa dan RM15 bagi kanak-kanak.

Beliau berkata bayaran tersebut dianggap berbaloi kerana penumpang akan disajikan dengan pelbagai hidangan seperti nasi lemak, nasi dagang, nasi tomato, spaghetti bolognese, ayam panggang dan ikan bakar.

Turut disajikan hidangan pencuci mulut seperti kuih tradisi Terengganu asam gupal, bubur jagung, bubur kacang, kek serta minuman jus, kopi dan teh. 
Wan Adnan berkata, tiket hanya dijual secara tempahan awal iaitu sekurang-kurangnya dua hari sebelum lawatan. - Bernama

No comments:

nuffanng advert

lazada advt

bookcafe com

AGODA Booking

Get the LOWEST RATE of your hotel BOOKING by Online

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Shopping @ ZALORA my

My Blog List

kongsi blog