Posts

Showing posts with the label pulau bidong

Pulau Bidong jadi pulau warisan negeri

Image
Kerajaan negeri bercadang menjadikan Pulau Bidong, yang kaya dengan peninggalan sejarah selain keindahan alam semulajadi dan terumbu karang, sebagai pulau warisan negeri, sekali gus menjadi tarikan pelancongan. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan negeri Datuk Mohd Jidin Shafie berkata pihaknya sedang mengumpul maklumat untuk mengkomersilkan pulau itu yang pernah menjadi tempat pelindungan pelarian Vietnam. Pulau Bidong suatu ketika dahulu Bagi merealisasikan impian itu, beberapa infrastruktur akan ditambah selain kerja-kerja pembersihan selain memelihara khazanah yang terdapat di pulau itu, katanya kepada Bernama selepas mengadakan lawatan ke pulau-pulau di kawasan Pulau Bidong baru-baru ini. “Kita akan menjadikannya sebagai pulau pusat rekreasi sejarah selain membolehkan penggiat sejarah meneruskan kajian mereka terhadap peninggalan masyarakat terdahulu,” katanya. Datuk Mohd Jidin berkata walaupun pulau berkenaan dibuka untuk kunjun...

80 pengamal media sertai survival laut bersama UMT

Image
Oleh: Noraini Jusoh Seramai 80 pengamal media tempatan menyertai program ‘Survival Laut dan Penghayatan Warisan Edisi Media 2013’ di Pusat Penyelidikan Pulau Bidong, Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Program anjuran Pusat Komunikasi Korporat dan Pembangunan Citra UMT selama dua hari itu (24 sehingga 25 Mei) disertai petugas media daripada beberapa agensi antaranya Unit Komunikasi Negeri (UKOM), Berita Harian, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Sinar Harian, serta Radio Televisyen Malaysia (RTM). Naib Canselor UMT, Prof. Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Komoo berkata, ia bertujuan mengeratkan lagi hubungan UMT dengan pihak media. "Selain merapatkan hubungan kedua-dua pihak, program ini juga membuka peluang kepada pengamal media merasai sendiri pengalaman menyeronokkan melakukan aktiviti menarik yang disediakan. "Mereka juga didedahkan tentang kesedaran terhadap penjagaan dan pemuliharaan alam sekitar dan diajar kemahiran asas berada di lautan serta cara untuk...

Had kedatangan pelancong ke pulau

Image
Oleh: Suriati Ali dan Umi Ikrimah Abdillah (Pelatih) Kerajaan negeri akan mengehadkan kedatangan pelancong dan muatan barangan ke beberapa pulau peranginan tersohor di Terengganu dalam usaha memulihara alam semula jadi demi manfaat generasi akan datang. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri Dato’ Abdul Rahin Mohd Said berkata, pihaknya akan menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk meneliti beberapa aspek keperluannya sebelum ia boleh dilaksanakan. Katanya, jawatankuasa itu akan mengkaji kemungkinan mengehadkan barangan mengikut jumlah jam pengunjung berada di pulau-pulau berkenaan bagi menikmati alam semula jadi. “Pendekatan kita pada peringkat awal ini adalah untuk memikirkan berapa jam dibenarkan berada di pulau dengan bermalam di tanah besar. “Mungkin kita akan menyediakan pakej tiga hari satu malam iaitu dua hari di tanah besar dan satu hari di pulau,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Simposium Tahunan Antarabangsa U...

Berbakti di Pulau Bidong

Image
Peserta mengutip sampah di dasar laut yang merosakkan terumbu karang dan berbahaya kepada spesies laut. Berbakti di Pulau Bidong Oleh Syed Mohd Ridzuwan Syed Ismail bminggu@bharian.com.my 2011/10/23 « sebelum    selepas » Peserta bergambar kenangan sempena Hari Pemuliharaan Alam Sekitar 011 di Pulau Bidong, Terengganu. S MENYEDARI pentingnya usaha pemeliharaan dan pemuliharaan dasar laut, Persatuan Pemuliharaan Terumbu Karang Malaysia (Coral Malaysia) menganjurkan Hari Pemuliharaan Alam Sedunia 2011 di Pulau Bidong, Terengganu pada 15 hingga 18 September lalu. Program memulihkan khazanah alam ini yang masuk tahun keempat, dijayakan dengan kerjasama Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Kerajaan Terengganu, disertai 80 sukarelawan termasuk penyelam skuba dengan aktiviti utama menjurus kepada usaha membersihkan dasar laut dan pantai. Turut diadakan pada program yang diserikan dengan kehadiran Duta Coral Malaysia, Fauziah Latiff ...

Pulau-Pulau Terengganu....

Pulau Redang adalah antara pulau yang paling terkenal di Terengganu yng dapat kunjungi samada melalui jalan udara ataupun laut.Dengan kemudahan resort dan pusat selam skuba yang banyk di pulau ini, ia adalah antara destinasi pilihan pengunjung ke Terengganu. Dengan 31 pusat selam skuba, sukan air serta aktiviti snorkeling yang menyeronokkan tidak akan menghampakan anda jika berkunjung ke sini. Banyak pilihan resort mengikut bajet anda pastinya memberi anda pelbagai pilihan. apapun pastikan anda membuat tempahan awal melalui agensi pelancongan supaya keriangan anda tidak terhenti dan memori percutian anda akan terus semadi di pulau ini. Taman Laut di Pulau Pinang berhampiran Pulau Redang adalah antara lokasi wajib untuk dikunjungi bagi melakukan aktiviti snorkeling. Dengan pelbagai hidupan bawah laut yang berwarna warni akan memberi dimensi baru betapa indannya syurga di bawah laut di Terengganu. Pulau Perhentian Besar dan Kecil juga menawarkan percutian yang menarik kepada ...

Pengunjung blog