Program Pulau Bersih & Indah semai semangat cintai keindahan alam
Oleh: Aida Abd Rahman Dalam usaha memupuk semangat mencintai keindahan dan kebersihan di lokasi tarikan pelancong, program Pulau Bersih dan Indah, diadakan di Kampung Pulau Perhentian Kecil, Besut, baru-baru ini. Program dianjurkan Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia Negeri Terengganu (PKPMNT) dengan kerjasam kerajaan negeri, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Jabatan Pelajaran dan Tourism Malaysia Terengganu. Pengarah PKPMNT, Encik Mohd Sabri Zakaria, berkata program yang julung kali dilaksanakan Kementerian Pelancongan itu merupakan antara program ke arah meningkatkan inovasi dalam sektor pelancongan sempena kempen `1Malaysia Green, 1Malaysia Clean’ . “Program dapat menyemai semangat cintakan keindahan dan kebersihan dalam kalangan rakyat Malaysia, khususnya di tempat yang sentiasa menjadi tarikan pelancong tempatan dan luar negara. “Seramai 500 peserta di kalangan masyarakat kampung dan pelajar sekolah menyertai acara yang dapat memupuk semanga...