Posts

Showing posts with the label setiu wetlands

Citizen Scientist atau Saintis Komuniti buat YM Tengku Azam Tg Mat daripada Universiti Malaysia Terengganu

Image
sumber: utusan online Admin mengucapkan tahniah kepada YM Tengku Azam Tg Mat di atas penganugerahan 'Citizen Scientist' atau Saintis Komuniti oleh Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Lebih dikenali sebagai Ayahku adalah seorang yang bergiat aktif terutama dalam menjaga pemuliharaan Setiu Wetland dengan begitu bersungguh bagi memelihara kesinambungan warisan  dan kehidupan tradisi samada dalam memastikan alam sekitar terjaga dan dalam masa yang sama penduduk dapat mencari rezeki dengan baik selain mengekalkan kelestarian alam untuk generasi masa depan. Melalui Sahabat Alam Yah Ku menyumbangkan khidmat bakti kepada komuniti dan juga dunia akademik di lapangan. Amat besar sumbangan Ayahku kepada Setiu Wetland dan komuniti setempat. Penuh pengalaman dan cerita serta sejarah setempat dan Ayahku amat rapat dengan perubahan yang berlaku disekeliling Setiu Wetland. Sekalung perhargaan Admin buat Ayahku Teng Ku Azam di atas sumbangan beliau kepada komuniti dan Setiu Wetl...

RM529 per villa, promosi istimewa di Terrapuri Resort, Setiu, Terengganu

Image
Terrapuri Resort, Setiu, Terengganu enawarkan promosi istimewa 2016 iaitu RM529.00 semalam bagi penginapan villa termasuk sarapan pagi untuk 2 orang. Resort yang berkonsepkan rumah klasik Terengganu yang terletak di Kg Mangkuk, Setiu, Terengganu ini menawarkan kelainan dan suasana  yang berbeza dengan resort berkonsepkan pemuliharaan dan pembangunan semula rumah lama abad ke 17 Terengganu. Dengan berlatarbelakangkan Setiu Wetland dan berhadapan Laut ChinaSelatan ia memberi dua nilai estetika yang berbeza dan unik kepada penginapnya. Di antara tarikan di resort ini adalah hidupan wetlands seperti tuntung, lokan serta pokok-pokok bakau dan nipah disekelilingnya. Apa yang paling menarik anda boleh menikmati keindahan kerlpan kelip-kelip dengan memerhatikannya di sekitar resort yang hidup dengan semulajadi tanpa diusik. Kawasan ini juga menjadi destinasi penting pendaratan penyu terutama penyu hijau (green turtle) dan juga tuntung dengan keindahan pantainya yang cantik dan ...

Banyak yang menarik di BEAUTIFUL TERENGGANU 2016 Plaza Angsana

Image
Beautiful Terengganu yang berlangsung dari 23 hingga 27 Mac 2016 di Plaza Angsana telah berjaya menonjolkan keunikan Terengganu dari pelbagai aspek sama tarikan pelancongan, keunikan makanan, budaya, warisan, permainan tradisi malah penonjolan identiti Terengganu sendiri yang unik. Ramai juga rakyat Terengganu yang menetap di Johor terkejut dengan keberanian Kerajaan Negeri Terengganu membawa rombongan sebesar ini ke Johor, malah anggapan awal mereka hanyalah karniva biasa berskala kecil sahaja. Sambutan yang di terima sejak hari pertama juga amat luar biasa dengan kunjungan ramai sekali pengunjung Setiu wetlands adalah antara galeri tarikan pelancongan yang mendapat sambutan yang hangat dengan menampilkan keunikan pokok bakau, nipah dan hidupan wetland seperti kerang, lokan , ketam nipah dan tuntung. Demonstrasi menggoreng keropok dengan pasir juga mendapat sambutan dan memukau pengunjung terhadap warisan tradisi ini. l

Keunikan Setiu Wetland

Image
Keunikan Setiu Wetland Satu satunya tanah lembab atau paya becah di Malaysia yang mempunyai sembilan ekosistem yang saling berhubungan iaitu, laut, pantai, lumpur, lagun, muara, sungai, pulai, hutan di sepanjang pantai dan paya bakau. Menjadi tempat pembiakan terbesar tuntung di Malaysia dari spesis 'Painted Terrapin'. Ia juga menjadi tempat pendaratan penyu hijau iaitu 'Chelonia Mydas di kawasan Setiu Wetland ini. Malah kawasan ini juga membekalkan benih-benih kerapu dan tiram yang menjadi sumber rezeki nelayan di kawasan Wetland Setiu ini. Sememangnya ia unik dan perlukan pemuliharaan yang intensif bagi mengekalkan keunikan dan sumber ekosistem untuk suatu jangka masa yang panjang. Kini satu lagi tarikan baru pelancongan di kawasan ini adalah memerhati burung (bird wathing) yang sememangnya memiliki jumlah burung yang banyak dan unik dan belum diteroka sepenuhnya. Dan dikatakan terdapat burung dari Siberia dan Mongolia yang singgah di sini dan kawasan...

RM100.00 kadar bilik di Penarik Inn, Kg Penarik, Setiu, Terengganu

Image
Dengan kadar RM100.00 semalam tentunya semua orang dapat menginap. Inilah yang ditawarkan di Penarik Inn, Kg Penarik, Setiu, Terengganu. Terletak di perkampungan nelayan dengan ala kampung style dengan 'tagline'nya "Caribbean of the east coast' tentunya menarik dengan persekitaran kampung tradisional nelayan serta menawarkan pelbagai aktiviti yang menarik seperti; Setiu Wetlands Turtle Hatchery Visit Pink House PEWANIS at Kg Mangkuk River Cruise Visit 'Bilis @ Anchovy Factory Making Banana Crisp by PEWANIS Making Wau and palaying wau by PEWANIS Trip to Batu Bara Island + Snorkeling Trip to Cepu Island + snorkeling  and many more untuk tahu lebih lanjut log in to: paradisepenarikinn.blogspot.com

Pengunjung blog