Posts

Showing posts with the label tarikan pelancong

Pembuatan Nissang Nyiur.. aktiviti warisan yang patut di pelihara

Image
 Memproses air nira menjadi nissang nyiur atau gula nyiur atau gula melaka adalah salah satu aktiviti hiliran masyarakat Melayu di Malaysia terutama di pantai timur seperti Terengganu dan Kelantan. Minuman air nira adalah minuman tradisi dan daripada air nira tersebutlah maka terhasilnya nissang nyiur. Ia merupakan aktiviti tradisional dan masih diamalkan sehingga kini. Malah daripada nissang nyiur ini boleh dijadikan gula gula nissang mahupun pencicah kepada makanan seperti ketupat dan lemang. Nissang yang asli adalah 100% daripada air nira yang dimasak sehingga terhasilnya karamel dan tanpa campuran gula walau sedikitpun. Ada juga yang mengcampurkan nissang ini dengan gula untuk dijual lebih murah yang selalunya dijual sebagai pemanis atau perisa dalam masakan dan kuih muih. Proses tradisi ini semakin hari semakin terhakis dan berkurang pengusahanya sedangkan potensi untuk dikomersilkan memang tinggi malah aktiviti menarik ini boleh dijadikan tarikan pelancongan berasaskan budaya...

Pengalaman Tuan Pegawai Daerah Hulu Terengganu melihat tuntung bertelur di Kg Pasir Temir dan Lubuk Kawah, Kuala Brang

Image
Inilah pengalaman Tuan Pegawai Daerah Hulu Terengganu , Tuan Haji Azmi Razik melihat sendiri dan merasai pengalaman melihat tuntung sungai bertelur... Tinjauan saya malam tadi ke Pasir Lubuk Kawah, Kg Sg Ular untuk merasa pengalaman menunggu serta mengutip teuor tuntung amatlah menarik dan sukar dilupakan.  Kehadiran 5 ekor ibu tuntung utk bertelur dan tiap-tiap seekor mampu mengeluarkan 20- 40 biji teuor sesuatu yangg menakjubkan. Di Daerah Hulu  Terengganu dua kawasan pasir yang menjadi tumpuan ibu tuntung utk bertelour ialah di Lubuk Kawah dan Pasir Temir.  Bulan Mac dan April adalah bulan aktif ibu tuntung bertelur setiap tahun. Terima Kasih kepada Wakil Pejabat Perhilitan atas segala kerjasama yang diberikan sepanjang kehadiran saya ke Pasir Lubuk Kawah yang pjalanannya terpaksa menaiki bot dan berjaga semalaman di pasir.     Semoga usaha pihak berkuasa tempatan dan Jabatan Perhilitan dapat melindungi hidupan tuntung yang unik d...

Pasar Minggu dan Pasar Tani Bandar Permaisuri, Setiu, macam-macam ada di sini

Image
Batu permata bersama cincin dengan pelbagai pilihan yang menawan Pasar minggu dan pasar tani Bandar Permaisuri di Setiu, Terengganu menjadi salah satu destinasi penting kepada warga Setiu, bukan sahaja bagi mendapatkan keperluan harian, malah pelbagai barangan eksotik yang sukar didapati di bandar mahupun hari biasa. Sayur segar dari kampung Ia boleh menjadi salah satu daya tarikan yang unik terutama bagi mereka yang gemarkan pelbagai kuih tradisional, ulam-ulaman segar dan jarang di jumpai, malah anak itik pun boleh dibeli disini. Juga tentu seronok melihat para penjualnya adalah makcik-makcik yang sebaya mak kita turut sama meraih rezeki di sini. Mereka ini membawa sendiri hasil tanaman atau jualan dari pelusuk kampung untuk diniagakan di sini. Kalau bernasib baik anda akan mendapat belian yang lebih dan harga yang murah. Bagi penggemar permata dan cincin, pelbagai pilihan batu permata yang unik dengan bermacam-macam bentuk. Ikan darat pun ada ataupun ikan sunga...

Keindahan Pantai Bari, Setiu, Terengganu memang memukau

Image
Kali ini blogger ingin berkongsi satu lagi keunikan tarikan pelancongan di Setiu, Terengganu iaitu Pantai Kg Bari, Setiu, Terengganu. Sememangnya keindahan dan keunikan pantai amat menyerlah dan memukau sekali. Amat wajar sekali pihak berkuasa tempatan membangunkan kemudahan awam seperti tandas awam, bilik persalinan, wakaf-wakaf serta gerai-gerai jualan makanan tempatan atau hasil laut. Keindahan semulajadi di sini mampu menarik pengunjung bukan sahaja warga tempatan malah dari luar juga. Keindahan waktu senja di sini amat mendamaikan sekali. Bagi mereka yang ingin ke Pantai Bari ini, bolehlah melalui dari Kuala Terengganu, selepas SK Bari lebih kurang 100 meter anda akan jumpa satu simpang di sebelah kanan jalan untuk menuju ke pantai tersebut. Bagi mereka dari Besut atau Kota Bharu, simpang masuk adalah di sebelah kanan.

Pengunjung blog