Mee Rebus Bawah Jambatan Jerteh, Terengganu
Lama rasanya tak makan mee rebus yang sohor dan popular di bandar Jerteh ini sejak dari zaman kanak-kanak lagi.
Mee rebus yang di masak secara banyak, namun rasanya memang enak dan biasanya kalau makan mesti dua pinggan. Adunan air rebusan daging, hirisan daging serta sayuran sawi dan kobis segar memang memikat dan menambat selera.
Setiap kali berkunjung di sini pasti ramai pelanggan walaupun apa yang ada di sini hanyalah mee rebus sahaja. Pastinya ia sesuatu yang istimewa sejak berzaman.
Lokasinya betul-betul terletak dibawah jambatan bandar Jerteh di sebelah kiri anda bila sampai di penghujung selekoh.
Bagi mereka yang belum mencuba, dipersilakan bila berkunjung ke bandar Jerteh, bandar yang kini membangun dengan pesat.
Comments
Nasib baik wife aku org ganu.. jadi selalu la aku suruh dia buat mee rebus.. walaupun tak sama dgn mee rebus jusoh ni..