iklan nuffnang

Pelancongan Terengganu

Friday 24 June 2011

Mee Rebus Bawah Jambatan Jerteh, Terengganu



Lama rasanya tak makan mee rebus yang sohor dan popular di bandar Jerteh ini sejak dari zaman kanak-kanak lagi.

Mee rebus yang di masak secara banyak, namun rasanya memang enak dan biasanya kalau makan mesti dua pinggan. Adunan air rebusan daging, hirisan daging serta sayuran sawi dan kobis segar memang memikat dan menambat selera.

Setiap kali berkunjung di sini pasti ramai pelanggan walaupun apa yang ada di sini hanyalah mee rebus sahaja. Pastinya ia sesuatu yang istimewa sejak berzaman.

Lokasinya betul-betul terletak dibawah jambatan bandar Jerteh di sebelah kiri anda bila sampai di penghujung selekoh.

Bagi mereka yang belum mencuba, dipersilakan bila berkunjung ke bandar Jerteh, bandar yang kini membangun dengan pesat.

5 comments:

terengganulegend said...

sesuatu yang pasti teringat....

cm said...

Ore panggil kedai ni kedai mee Jusoh

terengganulegend said...

ya betul.. sampai sekarang sentiasa ramai orang

Anonymous said...

antara kedai feveret ayah aq....... die kate banyak memory kat situ.....sebelum kawin hingga skrg.......

nash said...

Auu pun dah lama tak makan mee rebus jusoh ni.... feveret aku dan aku akui, mee rebus palling sedap yg pernah aku makan...

Nasib baik wife aku org ganu.. jadi selalu la aku suruh dia buat mee rebus.. walaupun tak sama dgn mee rebus jusoh ni..

bookcafe com

AGODA Booking

Get the LOWEST RATE of your hotel BOOKING by Online

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List

kongsi blog