iklan nuffnang

Wednesday, 21 December 2011

Program Pintar Quran suatu yang membanggakan Terengganu

Program Pintar Quran adalah diantara program yang berjaya dalam mendidik dan memupuk kanak-kanak pra sekolah untuk mencintai Al Quran.

Dalam Program Khatan Quran baru-baru ini seramai lebih daripada 7000 kanak-kanak telah dikhatamkan dan sebahagian daripada kanak-kanak berumur 6 tahun ini telah pun menghafal Yasin dengan baik sekali.

Program yang pada mulanya diperkenalkan di Tadika Yayasan Islam Terengganu kini telah menjalar ke Tadika KEMAS, Pra Sekolah Jabatan Pelajaran Terengganu serta Tadika Perpaduan.

Sememengnya program memperkenalkan Al Quran seawal 5 tahun kepada kanak-kanak amatlah baik sekali dalam memastikan generasi inilah yang akan mengembalikan kegemilangan ilmu dan akhlak Islam di masa hadapan.

Apa yang penting kesinambungan program Pintar Quran ini wajar di teruskan di peringkat sekolah rendah kebangsaan dan dilanjutkan ke peringkat menengah supaya budaya dan roh Al Quran ini sentiasa bersama pelajar hingga ke akhir hayat dan membina asas yang kukuh dalam membentuk tamadun ilmu dan kegemilangan Islam.

Dengan sambutan yang hebat terhadap sekolah Imtiyaz di Terengganu di mana program hafazan al Quran kini menjadi pilihan ibubapa dan pelajar dalam pendidikan, maka wajar di masa hadapan perlu diwujudkan sekolah berasaskan hafazan al Quran di setiap daerah di Terengganu. Program ini mungkin boleh bermula di sekolah menengah agama mahupun di sekolah menengah harian terpilih bagi mengiringi sekolah premier.

Blogger percaya, generasi al Quran dari program Pintar Quran ini yang bermula dengan kanak-kanak berusia 5 tahun di tahun 2006 yang kini berusia 10 tahun, mereka inilah akan menentukan akhlak dan sosial remaja di masa hadapan akan berkurangan. Itupun jika penerapan nilai-nilai dan amalan al Quran di teruskan dan terus diperkukuhkan.

Paling tidak pun, sebelum mereka menjengah ke sekolah menengah, mereka ini tiada masalah dalam membaca al Quran dengan baik dengan kata lain tidak buta al Quran. Ini dapat blogger perhatikan daripada ketiga-tiga anak blogger yang terlibat secara langsung dengan program Pintar Quran ini yang bermula sejak 2006.

Anak yang pertama yang kini berusia 10 tahun, telah khatam al Quran pada usia 5 dan 6 tahun dan menghafal surah Yasin sebahagian dan terlibat pada tahun 2006 dan 2007 kini boleh membaca al Quran dengan baik.

Anak yang kedua yang kini berusia 8 tahun dan terlibat dengan program ini pada tahun 2008 dan 2009 telah khatam Quran pada usia 5 dan 6 tahun dan telah menghafal Surah Yasin dengan maksudnya sekali pada usia 6 tahun.

Manakala anak yang ketiga, walaupun tidak dapat khatam Quran pada usia 5 tahun pada 2010, tetapi telah khatam dan menghafal Yasin pada usia 6 tahun di tahun ini 2011 dan bakal menginjak ke tahun satu pada 2012.

Pendedahan awal kanak-kanak kepada al Quran mampu mematangkan fikiran dan mempercepatkan lagi perkembangan psikomotor kanak-kanak dalam menghadapi cabaran pelajaran dan keilmuan pada masa kini.

Sebagai ibubapa kita wajar meneruskan pemantauan dan pengukuhan di rumah agar kemampuan kanak-kanak ini dalam membaca al Quran tidak dibiarkan berkarat dan terbiar yang boleh merugikan kita dan kanak-kanak ini.

Dalam memastikan anak-anak kita kekal minat dan berkebolehan dalam membaca al Quran, kita sebagai ibubapa juga wajib dan patut mengamal dan mempraktikkan sama-sama dirumah agar budaya membaca dan memhayati al Quran terus subur dan mekar dalam memacu dan memberi hidayah kepada kita dan anak isteri sekeluarga.

No comments:

nuffanng advert

lazada advt

bookcafe com

AGODA Booking

Get the LOWEST RATE of your hotel BOOKING by Online

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Shopping @ ZALORA my

My Blog List

kongsi blog