Posts

Showing posts from January, 2012

Keindahan Lata Payung, Setiu... masih belum di terokai...

Image
Ini gambar-gambar yang sempat dirakam blogger tempohari semasa berkunjung ke sana. Memandang waktu pun sudah hampir Maghrib dan dalam keadaan cuaca yang hujan dan tidak menentu, hanya sekadar ini gambar-gambar yang dapat dikongsi di blog ini. Dari segi potensi, lata ini wajar diberi perhatian dengan dilengkapkan kemudahan yang sewajarnya kerana jalanraya untuk sampai ke sini sudah baik dan bertar. Apa yang perlu adalah kemudahan papantanda serta promosi yang agresif oleh pihak berkuasa tempatan dan daerah serta pihak berkuasa pelancongan negeri. Terengganu amnya dan Setiu khususnya kaya dengan destinasi pelancongan menarik yang wajar dicemburui, tetapi ia belum diterokai sebaiknya supaya dapat menjana pendapatan dan ekonomi terutama kepada penduduk tempatan.

Segmen Foto: Panorama di Agro Resort

Image
bercirikan tradisional suasana tasik yang damai Gambar-gambar yang dirakam di Agro Resort, Setiu, Terengganu, nanti selepas touch up sikit akan di upload untu dikongsi bersama di blog ini. landskap pokok berbentuk binatang tenang di sini suasana pagi yang hening Lambaian poko kelapa yang menggamit suasana

Program Bicara MB Terengganu Bersama Media termasukblogger

Image
18 January 2012 Salam 1Malaysia dan Salam 1Terengganu! Kerajaan Negeri Terengganu bercadang untuk mengadakan Program Bicara Y.A.B Menteri Besar Terengganu Bersama Media (Blogger/Rakan Facebook/Twitter). Penyertaan ini terbuka kepada SEMUA rakan media Y.A.B Menteri Besar Terengganu. Jika berminat Tuan/Puan dikehendaki mengisi Borang Penyertaan Program Bicara Y.A.B Menteri Bersama Media . Borang penyertaan Tuan/Puan hendaklah dihantar secepat mungkin sebelum/pada 20 Januari 2012 . Disebabkan tempat yang diperuntukkan agak terhad bagi satu-satu masa, hanya tetamu yang terpilih sahaja akan menerima emel susulan bagi butiran majlis seperti tarikh, masa dan lokasi. sumber: TEGANU KITA

Kerabu Sambal Buah Kecupu.. warisan tradisi orang tua

Image
Sambal Kecupu memang enak kalau dimakan dengan nasi panas Di antara sajian tradisi masakan orang tua atau tradisi adalah KERABU SAMBAL BUAH KECUPU . Ia adalah gabungan Buah Kecupu bersama ikan tawar yang ditumbuk bersama sedikit lada serta garam.  Ia memang enak kalau dimakan bersama nasi panas. Kalau tiada kuah pun tidak mengapa. Buah Kecupu yang masam masam manis memang enak dibuat kerabu dan ini ia agak sukar untuk dijumpai. Tanpa kuah pun sedap Untuk gambar buah kecupu, blogger akan upload kemudian. Lupa nak shot buah yang telah dikutip segar.

Berita Harian Online | Terengganu sasar 4 juta pelancong

Berita Harian Online | Terengganu sasar 4 juta pelancong

Melayan anak-anak cuti semasa cuti sekolah makan ayam

Image
makan dengan penuh bersemangat Semasa membeli keperluan persekolahan anak-anak baru-baru ini, rasa nak makan pizza bersama anak-anak, tapi selesai membeli keperluan persekolan jam sudah menunjukkan sudah lebih pukul 10.00 malam, jadi kena ubah plan dan anak-anak membuat pilihan untuk makan ayam. Kedai ayam goreng sebelah HSNZ menjadi pilihan anak-anak. Sampai di sana didapati ramai juga manusia di sana yang sedang beratur untuk membeli ayam dan kaum kerabatnya. Cukup hebat pengaruh ayam ini dalam kehidupan di zaman serba canggih ini. Apapun seronok melihat anak-anak makan ayam dan menu kerabatnya dengan berselera sekali walaupun jam dah menunjukkan 11.00 malam lebih. Masa untuk anak-anak agak terhad sejak akhir-akhir ini, lagipun cuti tahunan dah habis. Sekurang-kurang ia mengubati dan memberi masa berharga bersama anak-anak. Plan 2012 akan menggunakan baucer percutian di Riyaz Pulau Duyung. Kalau akhlak bagus, kita juga akan makan pizza lain kali. Kita cari yang cheese lebih...

Pasukan Bolasepak Terengganu bergembira mengail ikan

Image
Muslim Ahmad dengan tangkapan ikan lampan jawa.. malam ni kita goreng kasi garing Seronok tengok team bola Terengganu mengail dan bermain kayak. Riuh rendah suasana dengan gelak ketawa mereka. Joseph Kalang Tie yang terjatuh dalam kolam dalam usaha menyelamatkan tangkapan ikan, tapi malang terlepas jua Muslim, nordin serta hariri dan rakan-rakan begitu asyik memancing Hadi Yahya, Marzuki, joseph dan rakan begitu asyik dengan joran, Marzuki kira juara paling banyak dapat Lampan Jawa. Hero Malaysia mencari ketenangan dengan memancing dan merenung nasib musim ini dengan pasukan Terengganu yang diharap mampu memberi tuah kepadanya. Seronok tengok mereka mengail. Nampak ramai yang tak biasa namun ingin mencuba. Dan sebahagiannya memang nampak dah biasa memancing. Sesetengah daripada mereka bergembira bermain kayak. Mereka ini sedang dalam program persediaan mental dan rehat fizikal bagi persediaan liga Super yang akan berlangsung 10 Januari ini. Ikuti rakaman seba...

Hari ke 3 tahun 2012 persekolahan anak-anak- macam-macam ragam

Image
Ragam di Tadika yayasan Islam Putera Jaya Hari ini sibuk menguruskan persekolahan anak-anak. Rupa-rupanya sudah empat orang menjejaki alam persekolahan. Yang sulung sudah ke darjah 5, yang kedua darjah 3, yang ketiga darjah 1 dan yang kempat memasuki Tadika Yayasan Islam. darjah Satu di SK Lembah Jaya, Setiu, Terengganu Alhamdulilah semuanya berjalan lancar. Cuma hari ini bagi ujian kecil anak-anak menguruskan kewangan belanja sekolah. Hasilnya yang darjah satu, bagi RM5.. semua dibelanjanya habis. Yang abang-abang masih berbaki RM2 setiap seorang. Esok nampaknya kena ubah plan agar mereka dapat berhemah dalam berbelanja. Kena ada planning. Yang masuk tadika, alhamdulillah cepat menyesuaikan diri hasil asuhan di taska. Semoga dapat menikmati pelajaran seenak-enaknya. nanti gambar-gabar hari pertama persekolahan akan dimuat naik. macam-macam ragam kanak-kanak berusia 5 tahun yang kena tunggu pun ada Add caption

makan makan di Paradise Deluxe Kuala Terengganu

Image
Malam tahun baru 2012 disambut dengan majlis makan-makan sempena perpisahan beberapa staf di Restoran Paradise Deluxe di Kuala Terengganu. Apa yang paling menggembirakan adalah kehadiran kakitangan bawahan serta pekerja am. Melihat mereka gembira menikmati hidangan yang mungkin mereka tak akan datang kalau dengan duit sendiri sudah cukup. Apatah lagi melihat mereka memenangi cabutan bertuah walaupun sekadar hamper. Jamuan disajikan dengan pelbagai menu yang istimewa di sini antara Butter Prawn, Ketam Kam Heong, Tom yam Putih, Sotong Dried Chillies, Siakap Steam Limau, Kerabu Mangga, serta Sayur Campur. butter prawn sotong dried chillies ayam sizzling sayur campur kerabu mangga Tomyam Putih siakap steam limau Dengan ini diharap tahun 2012 akan membawa lebih makna kepada Agro resort dalam bisnes dan syarikat.

Pengunjung blog