iklan nuffnang

Wednesday, 4 January 2012

Pasukan Bolasepak Terengganu bergembira mengail ikan

Muslim Ahmad dengan tangkapan ikan lampan jawa.. malam ni kita goreng kasi garing
Seronok tengok team bola Terengganu mengail dan bermain kayak. Riuh rendah suasana dengan gelak ketawa mereka.

Joseph Kalang Tie yang terjatuh dalam kolam dalam usaha menyelamatkan tangkapan ikan, tapi malang terlepas jua

Muslim, nordin serta hariri dan rakan-rakan begitu asyik memancing

Hadi Yahya, Marzuki, joseph dan rakan begitu asyik dengan joran, Marzuki kira juara paling banyak dapat Lampan Jawa.

Hero Malaysia mencari ketenangan dengan memancing dan merenung nasib musim ini dengan pasukan Terengganu yang diharap mampu memberi tuah kepadanya.

Seronok tengok mereka mengail. Nampak ramai yang tak biasa namun ingin mencuba. Dan sebahagiannya memang nampak dah biasa memancing.

Sesetengah daripada mereka bergembira bermain kayak. Mereka ini sedang dalam program persediaan mental dan rehat fizikal bagi persediaan liga Super yang akan berlangsung 10 Januari ini.

Ikuti rakaman sebahagian aksi mereka.
Ashaari Shamsudin @ Saha.. merenung nasib musim ini dan berkeyakinan untuk memberi persembahan terbaik dalam Liga Super dan AFC

Dua tonggak pasukan, Marzuki selaku Kapten pasukan dan Abdul Hadi Yahya penjaring terbanyak musim lalu, asyik mencari rezeki...

No comments:

nuffanng advert

lazada advt

bookcafe com

AGODA Booking

Get the LOWEST RATE of your hotel BOOKING by Online

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Shopping @ ZALORA my

My Blog List

kongsi blog