Posts

Showing posts from May, 2012

Cendawan Tiram Kelabu...senang diusahakan.. sedap dimakan

Image
Inilah rupa cendawan tiram kelabu di bongkahnya Inilah dia kalau nak kenal cendawan tiram kelabu . Ia mudah untuk di tanam di rumah atau tempat yang bersesuaian. I sesuai bagi sesiapa yang ingin membuat kecil-kecilan atau belajar menjadi usahawan kecil-kecilan. Bila dah biasa mengusahakannya dan memahami tabiat dan habitat cendawan ini bolehlah kalau nak serius menjadi usahawan cendawan. Pantang larang tentang cendawan ini, ia amat sensitif dengan bahan kimia, asap rokok, minyak wangi, atau sebarang bauan. Dan yang penting ia perlu kepada tempat yang teduh, lembap dan sedikit gelap. Mudah dijaga tapi perlu tahu caranya Menu apa yang sesuai? oh banyak sekali, yang paling asas adalah sup cendawan bersama lada hitam, atau goreng bersama telur, juga enak kalau digoreng celup tepung. Selain itu dimasak tomyam, chinese style, western style dan macam-macam lagi. Kos untuk satu bongkah bagi yang berminat adalah antara RM1.50 hingga RM2.00 bergantung kepada kos pengusaha da...

Makanan Tradisional dan peluang di LPT Pantai Timur.

Image
makan ketupat, lemang dan rendang RM11.00 Baru-baru ini semasa menghadiri mesyuarat di Port Dickson, Negeri Sembilan, sempat singgah di R&R Seremban menuju ke selatan tanahair untuk berhenti rehat dan pekena kopi panas. Apa yang menarik perhatian blogger adalah gerai jualan ketupat dan lemang bersama rendang. Tak payah tunggu hari raya, hari-hari boleh dapat di sini. Ideanya, menu atau juadah tradisional telah melangkah ke satu dimensi yang baru dan kini semua orang boleh merasanya terutama pengunjung atau pelancong yang singgah di sini. Kalau diambil kira harganya, tidaklah murah, dengan seketul lemang dan 2 biji ketupat berharga RM6 dan 6 ketul rendang yang dikira timbang kira-kira 100g berharga RM5, jadi semuanya RM11.00. Tetapi ianya berbaloi sebab bukan senang nakjumpa makanan sebegini selain musim perayaan. Tak payah tunggu raya nak makan R&R lebuhraya adalah pemangkin ekonomi kepada warga tempatan terutama pengusaha makanan samada makanan ringan, kuih m...

T Holidays, Setiu terus melangkah setapak lagi dalam industri pelancongan

Image
Tahniah kepada T Holidays Travel & Tours yang beribu pejabat di Bandar Permaisuri, Setiu, Terengganu kerana telah maju selangkah dalam memajukan agensi pelancongan di daerah Setiu. Dengan memiliki sebuah van pelancongan versi Thailand dengan kapasiti 14 penumpang, lengkap dengan sistem audio visual, ia memberi pilihan untuk melancong dalam negara dengan selesa. Daripada seorang Kerani di Perpustakaan Awam Setiu, kini Nik Man telah selangkah menjadi usahawan pelancongan sepenuhnya dengan mengendalikan pelbagai pakej pelancongan dalam negara dan luar negara. Juga tempahan bilik hotel-hotel dan resort seluruh negara. Sama-sama kita memberi sokongan kepada beliau dalam memajukan industri pelancongan domestik. Dan khabarnya pada bulan Jun ini, T Holidays akan mempunyai sebuah bas persiaran yang baru bagi merancakkan lagi industri pelancongan di Setiu dan Terengganu. Syarikat beliau juga turut mengendalikan tempahan tiket untuk bas ekspres di Perhentian Bas Bandar ...

LATA CHAKAH, Setiu, indah bagai anak dara desa yang belum diusik.

Image
Keindahan dan keunikan alam semulajadi di Lata Chakah, Setiu Kali ini destinasi pilihan blogger adalah LATA CHAKAH , Setiu, Terengganu. Orang tempatan memanggilnya 'Lata Sawa'. Mengapa dipanggil sedemikian, masih menjadi tandatanya. Memang cantik dan setaraf dengan destinasi perkelahan Sekayu mahupun Lata Tembakah Apapun ianya memang cantik dan indah dan belum tercemar oleh kemajuan. Kata orang cantik bagai anak dara desa yang belum diusik . Bagi warga tempatan ia sememangnya sudah dikenali tetapi bagi mereka yang diluar daerah Setiu, ia memang belum popular .  Kawasan Lata Chakah ini telah dilengkapi dengan kemudahan asas oleh pihak berkuasa tempatan dan sentiasa dijaga dengan baik. Cuma promosi atau hebahan untuk mempopularkan tempat ini sahaj masih belum cukup meluas. Ia boleh menjadi destinasi perkelahan hujung minggu untuk keluarga setaraf dengan destinasi popular lain seperti Lata Tembakah, Sekayu mahupun Lata Belantan. Dengan air yang jerni...

Tebu Mountain Challenge telah di tunda ke 15 hingga 16 Jun 2012

Image
Semalam, blogger telah mendapat mesej dari urusetia bahawa Kerajaan Negeri Terengganu sebagai penganjur utama TEBU MOUNTAIN CHALLENGE telah memaklumkan bahawa program yang sepatutnya di adakan pada 18 hingga 19 Mei ini telah di tunda ke tarikh 15 hingga 16 Jun 2012 atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. maklumat asal boleh diikuti disini TEBU MOUNTAIN CHALLENGE untuk maklumat lanjut, bolehlah berhubung 012-9297837 dan 019-9178000 Harap maklum Admin Terengganu My Heritage

Foto Segmen: Langit Indah di Lembah Jaya, Setiu, Terengganu

Image
Memang indah fenomena langit ini Ini adalah gambar yang sempat dirakam semasa menghantar anak ke sekolah di waktu pagi di SK Lembah Jaya, Setiu, Terengganu. Tak rugi menjengok ke langit dan menikmati keindahan dan kebesaran ciptaan ilahi. matahari baru nak menjengah dunia pagi Hati puas dan tenang memehatikan keunikan fenomena langit. Setiap hari langit berubah dan sentiasa berubah samada kita sedar atau tidak.

Sup Herba Tongkat Ali, Ginseng ala Cina di Kg Bukit Bayas, Kuala Terengganu.. memang power

Image
kombinasi pilihan yang mantap... berpeluh Destinasi pilihan blogger untuk makan tengahari walaupun jam dah menunjukkan 6.00 petang adalah restoran yang menyajikan Sup Herba istime iaitu Restoran Hijrah Oasis, Kg Bkt Bayas , Kuala Terengganu. Sup herba yang di adun unik bersama tongkat ali, ginseng serta bermacam herba terpilih, rasa berbeza dan enak dan pasti berpeluh Di antara yang istimewa dan special di sini adalah Sup Daging herba yang di masak bersama tongkat ali, ginseng dan ramuan herba pilihan. Ia dimasak secara masakan Cina. Lagipun tuan punya restoran ini adalah Cina Muslim. Memang berbeza rasa dan teksturnya daripada sup yang biasa kita makan kat warung atau restoran. Blogger juga memilih Sup Herba ini bersama Nasi Goreng Daging Bakar bersama sos lada hitam dan Kopi Arab yang di adun sendiri. Rasa kopi ini juga unik dan enak dan ada rasa habbatussauda' yang memang berkhasiat. Nasi Goreng Daging Bakar dengan sos lada hitam Banyak pilihan juga di sini ...

Foto segmen: Langit cantik Kuala Terengganu

Image
Petang tadi masa singgah solat di surau Hj Ibrahim di Hyperuncit Sabasun di Wakaf Tembesu, nampak view langit yang cantik. Dah dekat pukul 7.00 ptg lebih kurang terus ambil peluang belajar ambil gambar. Kadang apabila kita melihat keindahan alam dan langit yang sentiasa berubah dan fenoma langit ini tidak akan pernah sama pada setiap ketika cukup menabjukkan.  Memang terasa kekerdilan diri kita. Bukan bermakna mendongak ke langit menjadikan kita sombong, Tetapi kalau kita membiarkan nafsu menguasai kita, pasti ia mencorakkan perlakuan negatif.

Warga Setiu, Jom Senamrobik setiap pagi Jumaat

Image
seronok bersenam beramai-ramai Kepada semua warga Setiu, anda semua dijemput untuk sama-sama menyertai aktiviti senamrobik pada setiap pagi Jumaat di padang astaka Sungai Tarom Setiu. Acara akan dimulakan dari jam 7.30 pagi hingga 8.30 pagi. Bawa bersama anak-anak bagi sama-sama memeriahkan aktiviti yang menyihatkan ini. Ia akan dipimpin oleh jurulatih yang terlatih dan bertauliah dari Pejabat Kesihatan Daerah Setiu . Program ini juga mendapat kerjasama YB Abd Halim Bin Jusoh, ADUN Permaisuri yang turut menyumbangkan hamper dan t shirt ADIDAS sebagai hadiah cabutan bertuah. kecil besar tua muda turut sama bersenam robik Sambil bersenam anda juga berpeluang untuk mendapat hadiah cabutan bertuah setiap minggu. Program ini mendapat sambutan yang baik di kalangan warga Setiu dan bilangannya sentiasa bertambah dari anak-anak kecil hinggalah warga emas. Jom kita menyihatkan badan dengan aktiviti riadah yang menyihatkan badan. Bersenam dengan baik boleh mencegah penyakit-penya...

Sambutan Hari Perhutanan Sedunia Peringkat Negeri Terengganu 2012 di Agro Resort, Setiu, Terengganu

Image
Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu,Tuan Haji Azmi Bin Nordin menanam pokok sebagai perasmian Sambutan Hari Perhutanan Sedunia peringkat Negeri Terengganu Pada hari ini 5 Mei 2012, telah di adakan Sambutan Hari Perhutanan Sedunia peringkat Negeri Terengganu oleh Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu di Peladang Setiu Agro Resort, Setiu, Terengganu. Program ini telah dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu iaitu Tuan Haji  Azmi Bin Nordin dan turut dihadiri oleh semua anggota jabatan seluruh negeri. Pengurus Besar Agro Resort, Tuan Haji Nik Wan Bin Mustaffa turut sama menyumbang tenaga menanam pokok sempena majlis Sempenan dengan sambutan ini, lebih daripada 300 anak pokok hutan terutama spesis yang semakin pupus  serta yang menjadi khazanah negara seperti Karas, Damar, Kecupu, Cengal dan bermacam-macam lagi telah ditanam sebagai simbol menghargai dan menjaga warisankhazanah hutan kita. Penolong Pengarah, Puan Norzalyta juga tur...

Kadar Gaji Minimum Swasta Di tetapkan RM900

Image
s emalam 30 APril sempenan Hari Pekerja, Perdana Menteri Malaysia telah mengumumlan kadar gaji minimum bagi sektor swasta di mana ia ditetapkan pada kadar RM900 bagi semenanjung dan RM800 bagi sabah/ sarawak/labuan. Dan kalau di kira mengikut jam, kadar minimum adalah RM4.33 satu jam semenanjung dan RM3.85 satu jam. Ia akan di laksanakan dalam tempoh 6 bulan hingga setahun dari tarikh di wartakan bagi memberi peluang kepada majikan kecil menyesuaikan kadar gaji di syarikat masing-masing. Walaubagaimanapun kadar gaji ini tidak termasuk bagi perkhidmatan domestik seperti pembantu rumah, tukang kebun dan pemandu. Kadar yang ditetapkan ini adalah satu kadar bagi semua sektor dan ianya sama samada pekerja tempatan mahupun pekerja asing. Bagi pekerja kontrak dan sambilan juga tertakluk kepada arahan ini walaupun mereka dibayar mengiku jam bekerja masing-masing. Jika berlaku pengingkaran , bagi kesalahan pertama boleh didenda RM10,000 setiap pekerja , jika ingkar: RM1000 setiap p...

Pengunjung blog