Posts

Showing posts from 2013

Detik senja indah di Seberang Takir, Kuala Terengganu

Image
Suatu hari blogger dan keluarga mengunjungi Kg Seberang Takir, Kuala Terengganu. Terletak di seberang sungai Terengganu berhadapan dengan Pasar Pasar dan Bukit Puteri sememangnya indah dan menarik terutaa pada waktu senja. Menikati keindahan Kuala Terengganu dari Seberang Takir sememangnya suatu yang amat indah dan tentunya menjadi fokus lensa dan penggemar fotografi. Apapun blogger yang berada disitu pada waktu senja menikmati detik-detik indah senja di Seberang Takir. Amat sukar mengungkap dengan kata-kata keindahan panorama alam ciptaan Allah swt  ini. Detik indah walaupun hanya seketika sebelum mentari ditenggelami kegelapan malam terus melekat dalam memori kita.

Hari Raya Korban 2013.. rakaman detik-detik penyembelihan

Image
Gambar-gambar ini dirakam semasa Hari Raya Aidil Adha 2013 baru-baru ini. Sebenarnya banyak sekali hikmah disebalik amalan berkorban ini, terutama memberi peluang kepada orang yang miskin dan kurang mampu untuk merasai nikmat daging segar dan keenakan daging itu sendiri. Dengan harga pasaran mencecah RM25 hingga RM26 sekilo, tentunya ia agak mahal untuk dimakan secara kerap kecuali musim perayaan. Dengan daging korban yang disedekahkan oleh mereka yang berkorban memberi peluang untuk mereka merasai nikmat makan daging sebagaimana orang kaya. stik daging dengan lada hitam

Sup Ekor 'power' di Restoran De Tunggal, Kg Bukit Tunggal... sedap dan cepat

Image
Sup ekor yang memang sedap dan menyengat Restoran De Tunggal di Kg Bukit Tunggal adalah antara restoran masakan panas yang sememangnya disyorkan terutama bagi mereka yang ingin makan berkeluarga. Banyak faktor yang menyebabkan blogger sentiasa memilih restoran ini sebagai destinasi pilihan. Ianya luas dan mempunyai tempat letak kereta yang banyak. Selain itu ianya juga menyediakan servis yang cepat dan sedap walaupun keadaan restoran yang sentiasa ramai orang. Kerabu Mangga Peria Goreng Telur Kali ini blogger memilih Tom Yam Sup Putih, Sup Ekor, Kerabu Mangga serta Peria Goreng Telur, manakala anak-anak pula memilih Mee Goreng Basah serta Mee Hoon TomYam. Apa yang menarik pertama kali blogger minum Teh Hijau Bersusu.. sedap juga. Mee Goreng Basah Mee Hoon Tomyam Boleh dikatakan dari segi rasa di restoran ini amat memuaskan. Ia terletak selepas jambatan Sultan Mahmud, jika anda dari Kuala Terengganu dan menuju ke Kompleks Stadium Gong Badak, ia terleta...

Asam Pedas Ikan Baung, Kg Tepuh, Kuala Terengganu... menyengat

Image
Hari tu semasa ke Kuala Terengganu di atas urusan pejabat, sempat singgah di Restoran Ikan Baung , Tepoh, Kuala Terengganu. Lama dah teringin nak singgah di sini. Selalu tengok ramai juga orang singgah makan di sini. Pada kesempatan kali ini ingin sekali nak rasa  Asam Pedas Ikan Baung Sungai . Banyak juga lauk pauk di sini. Dan apa yang pasti menu utama adalah Asam Pedas Ikan Baung, ikan kelah pun ada juga selain ikan sungai goreng, masak lemak tempoyak, ulam ulaman dan macam-macam lagi. Mulut ini ingin sekali merasai kuah Asam Pedas. Dan apa yang pasti ia adalah resepi seperti Asam Pedas di Kuala Berang, Hulu Terengganu. Sedap dan menyengat. Juga turut menjadi santapan tengahari itu adalah ikan Sebarau Sungai Goreng garing beserta sambal belacan. Rasanya lepas ini kalau teringin nak makan asam pedas Kuala Berang, tak perlu lagi nak pergi Kg Telaga atau simpang tiga Kuala Berang, dekat Restoran Ikan Baung ini sudah boleh mengubat rasa Asam Pedas Ikan Baung. Pelan...

Pameran Haiwan Berbisa di Muzium Terengganu pada 21 Okt hingga 31 Dis 2013

Image
Jom luangkan masa mengenali haiwan2 berbisa pelbagai spesis di Pameran Haiwan Berbisa pada 21 Oktober hingga 31 Disember 2013 bertempat di Dewan Mandalika, Muzium Negeri Terengganu. Berpeluang menyaksikan satu-satunya "Timber Rattlesnake" pertama di Malaysia. Boleh bawa anak-anak untuk lebih mengenali dunia muzium dan juga dunia haiwan sebagai salah satu wadah pendidikan. Inilah peluang untuk bersama anak-anak dengan aktiviti berfaedah dan merapatkan lagi hubungan kekeluargaan. Tiket RM5 utk dewasa, RM2 utk kanak2, RM1 utk kanak2 berunifom sekolah. Bayaran tiket  hanya sekali utk kemasukan ke Pameran Tetap Muzium dan Pameran Haiwan Berbisa Jangan lepaskan peluang ini!!

ORGANO GOLD MEMBERI ANDA PELUANG MENJADI JUTAWAN

Image
ADAKAH ANDA JUTAWAN KOPI YANG SETERUSNYA? Syarikat ORGANO GOLD t elah bertapak di Malaysia dalam setahun yang lalu dan telah melahirkan ramai jutawan serta mereka yang berpendapatan melebihi 6 angka, dan mungkin ANDA yang seterusnya. hebatkan jika anda dibayar sebanyak ini.. tiada yang mustahil di Organo Gold Mengapa ORGANO GOLD? Merupakan syarikat NETWORKING yang berkembang paling pantas didunia dengan potensi yang amat besar dan melahirkan TOP EARNER dalam bisnes networking didunia hari ini dengan 12 Top Earner, 5 daripadanya adalah dari ORGANO GOLD .. hebatkan. Kenapa Bisnes KOPI? Kopi bukanlah barangan yang mewah, ia adalah sebahagian daripada hidup kita. Tahukah anda, perniagaan komoditi KOPI adalah yang terbesar didunia selepas petroleum Minuman yang paling banyakdiminum didunia, selepas air Di Amerika Utara, lebih setengah bilion cawan kopi diminum setiap hari lebih 80% mereka yang berusia 18 tahun ke atas di Amerika Utara minum kopi Jualan kopi se...

Ternakan Ikan Keli Menjana Pendapatan

Image
PENINGKATAN harga makanan ikan mendorong Ibrahim Ahmad, 51 pengusaha ternakan ikan keli menjalankan pelbagai uji kaji bagi menghasilkan makanan terbaik untuk ikan peliharaannya. Berbekalkan sedikit pengetahuan yang diperoleh ketika menghadiri beberapa kursus anjuran Jabatan Perikanan, Ibrahim berjaya menghasilkan makanan ikan sendiri. Bermula dengan penggunaan campuran hampas kacang soya, tepung gandum, sedikit minyak masak, ikan baja, PKC ( palm kernel cake ) dan sedikit sayuran kini Ibrahim mampu berbangga dengan resipi ciptaannya sekurang-kurangnya untuk kegunaan sendiri. Selain bahan-bahan tersebut, roti yang telah luput tarikh serta hampas kelapa juga turut digunakan bagi memastikan kadar protein yang tinggi diperolehi ikan yang diternak. Dalam pada itu sayuran seperti daun ubi kayu juga turut digunakan bagi meningkatkan kandungan fiber di dalam manakan yang dihasilkan. Menurut Ibrahim, makanan ikan yang diproses sendiri lebih menjimatkan kerana bahan-bahan yang dig...

Ayam Kampung Organik menjana pendapatan lumayan

Image
WALAUPUN keputusan tersebut memberikan impak besar terhadap dirinya, dorongan dan semangat daripada keluarga membuatkan dia nekad berkecimpung dalam projek penternakan ayam kampung. "Asalnya, menceburi bidang penternakan ini sekadar hobi, lama-kelamaan melihat kepada permintaan ayam yang meningkat secara mendadak terutama menjelang musim perayaan, saya bersama dua rakan kongsi memutuskan untuk menceburi bidang penternakan ayam kampung," katanya. Lebih mengujakan, ladang ternakan yang mempunyai keluasan lima hektar (ha) dan mampu menampung sebanyak 12,000 ekor ayam agak berlainan berbanding projek lain kerana diusahakan tanpa menggunakan sebarang bahan kimia. Bermula hari pertama anak ayam menetas, ia akan ditempatkan di sebuah reban selama 14 hari sebelum dilepaskan dalam kawasan ladang. Ayam itu dibiarkan mencari makanan sendiri walaupun pihaknya memberi makanan empat kali sehari. Secara umumnya, ayam kampung ini dipelihara secara lepas bagi membolehkannya ber...

Baka Ayam Kampung Terbaik

Image
G allus  gallu s adalah nama saintifik bagi ayam hutan merah,  Gallus varius  untuk ayam hutan hijau,  Gallus sonneratii  untuk ayam hutan kelabu dan  Gallus lafatet ii untuk ayam hutan Ceylon atau Sri Lanka. Namun bagi kebanyakan daripada kita semuanya ialah ayam kampung yang secara mudahnya baka ayam tempatan berwarna perang balung merah, badan tegap dan dibiar berkeliaran atau lepas bebas. Ayam pedaging dan penelur yang diternak secara komersial serta besar-besaran kini adalah berasal daripada spesies ayam hutan merah. Berbanding ayam pedaging dan penelur komersial, ayam kampung tidak menjalani proses pembiakbakaan yang sistematik walaupun berasal dari ayam hutan merah. Proses pembiakbakaan yang tidak terkawal serta sistematik telah menghasilkan ayam kampung pada hari ini yang mempunyai pelbagai ciri fizikal yang berbeza dari seekor ke seekor walaupun dalam kelompok reban yang sama. Industri penternakan ayam sama ada untuk pedaging atau ...

Kiosk Keropok Lekor Terengganu

Image
SEBUT sahaja berkenaan produk makanan berasaskan ikan, pastinya ramai akan teringat kepada Terengganu. Negeri yang sedang pesat membangun itu bukan sahaja terkenal dengan pelbagai produk makanan berasaskan ikan malah turut kaya dengan budayanya. Keropok lekor umpamanya telah menjadi ikon produk makanan kepada Terengganu di mana makanan tersebut di hasilkan secara besar-besaran untuk dipasarkan ke seluruh negara Jika dahulu, keropok lekor hanya dinikmati oleh masyarakat Terengganu khususnya di waktu santai tetapi kini, dengan bertambahnya permintaan serta keberkesanan proses pemasaran, produk tersebut boleh dinikmati oleh hampir seluruh rakyat negara ini. Fenomena tersebut diakui oleh pengusaha produk sejuk beku, Sinku Manufacturing Sdn. Bhd.,  Zalehah Mohamad. Katanya, permintaan terhadap produk makanan berasaskan ikan amat tinggi terutamanya keropok lekor. ''Saya memulakan perniagaan ini sejak tahun 2000. Asalnya untuk memasarkan keropok lekor panjang tradisio...

Sidang DUN; Rang undang-undang rumah tumpangan dipinda untuk keselesaan rakyat

Image
Oleh; Esah Abdullah  Sidang Dewan Undangan Negeri hari ini telah meluluskan Pindaan Rang Undang-undang Enakmen Rumah Tumpangan dan perkara-perkara berkaitan dengannya bermula fasa satu hingga 45. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said ketika diminta mengulas mengenai perkara berkenaan berkata, yang digunapakai sekarang adalah Rang Undang-undang 1948 yang melibatkan rumah tumpangan.  “Kita sekarang berada pada alaf baru dan undang-undang ini dipinda adalah untuk keselesaan keselamatan dan keupayaan kepada pengusaha dan juga kepada penginap rumah tumpangan,” katanya kepada pemberita di Persidangan Dewan Undangan Negeri hari ini. Katanya, dalam peraturan rumah tumpangan terlalu banyak kelemahannya yang perlu diperbetulkan dalam perkara ini mengikut perkembangan semasa Menurutnya, ketika ini terlalu banyak perlanggaran syarat yang dilakukan oleh pengusaha-pengusaha yang meletakkan status rumah mereka kepada homestay sedangkan sebenarnya rumah tumpangan. ...

Pesta Negeri Terengganu di Menara Kuala Lumpur promosi TMT

Image
Oleh; Esah Abdullah  Kerajaan Negeri Terengganu dengan kerjasama Menara Kuala Lumpur akan menganjurkan Pesta Terengganu @ Menara Kuala Lumpur di perkarangan 1Malaysia Cultural Village bermula esok hingga 2 Oktober depan. Ketua Sekretariat Tahun Melawat Terengganu (TMT) Encik Ahmad Fathil Abd. Ghani berkata, ini merupakan acara tahunan kerajaan negeri Terengganu dan Menara Kuala Lumpur yang telah mendapat sambutan menggalakkan semenjak ia diperkenalkan empat tahun lalu.  “Pesta Negeri Terengganu diadakan bersempena TMT bagi memperkenalkan keunikan dan kepelbagaian destinasi, kebudayaan, kesenian, permainan dan masakan tradisonal serta pelbagai produk kraftangan kepada pengunjung tempatan dan antarabangsa,” katanya. Katanya, di samping memberi peluang kepada rakyat tempatan dan antarabangsa mengetahui dengan lebih mendalam mengenai seni dan budaya Negeri Terengganu, ianya secara tidak langsung dapat membantu mempertingkatkan lagi usaha mempromosikan warisan dan destinas...

Pertandingan Bot Berhias ‘Dirgahayu Tuanku, TMT 2013’

Image
Oleh: Aida Abd Rahman Orang ramai berpeluang menyaksikan keunikan reka bentuk dan hiasan yang melatari bot di Pertandingan Bot Berhias sempena Sambutan Ulang Tahun ke-51 Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu, di Pulau Warisan, Kuala Terengganu, pada 28 September (Sabtu) ini. Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dan Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah dijangka berangkat merasmikan pertandingan yang bertemakan ‘Dirgahayu Tuanku, Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2013’, yang bermula jam 8 malam itu. Pertandingan bakal disertai 16 jabatan termasuk tujuh pejabat daerah, masing-masing Pejabat Daerah (PD) Kuala Terengganu, PD Hulu Terengganu, PD Marang, PD Besut, PD Dungun, PD Kemaman dan PD Setiu serta jabatan kerajaan yang lain.  Ketua Pegawai Eksekutif TMT 2013, Encik Ahmad Fathil Abdul Ghani berkata Majlis Kebudayaan Kuala Nerus, Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT), Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ket...

Pengunjung blog