Posts

Showing posts from February, 2013

Maggie Ketam Nipah... memang sedap di Besut, Terengganu

Image
Maggie Ketam Nipah yang sedap dan memukau Entry kali ini masih berkisar pasal makan MAGGIE KETAM, cuma kali ini blogger merasa MAGGIE KETAN NIPAH pula di Kedai Maggie Ketam di Kg Air Tawar, Besut, Terengganu. Bersebelahan dengan JPJ Besut. Bila datang je Maggie Ketam ni dalam mangkuk besar nampak Ketamnya yang cantik dan besar berwarna kemerah-merahan. Memang sedap, segar dan memukau. Hidangan ketamnya pula dalam seekor 1/2 bagi setiap mangkuk. Banyak tu. Lagipun dalam maggie siap ada udang lagi. Pengomen tegar yang memberi kredit bagus Sebenarnya blogger bukanlah suka sangat makan Maggie ni walaupun dah jadi makanan asasi masa sekolah,  kolej dan universiti, tetapi dek terliur dengan ketam yang ingin sekali merasainya. Sapa-sapa yang datang ke Besut atau nak ke Kuala Besut bolehlah mencubanya. Dari Jerteh dalam +-12km (agak-agak, kalau salah minta maaf). Nampak sedapkan... memang sedap Inilah Kedai Maggie Ketam

Program Segmen Bloglist 12 Jam Oleh Maliana.Com

Image
Program Segmen Bloglist 12 Jam  Oleh Maliana.Com Segmen Bloglist 12 Jam Oleh Mialiana.com Pencarian bloglist Mia bermula tepat jam 12.01 tengahari dan akan berakhir jam 11.59 malam nanti. Semua dijemput join. Syarat-syaratnya : Follow blog Mialiana.com , Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com Buat entri bertajuk Segmen Bloglist 12 Jam Oleh Mialiana.com Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen ini. Senang dan mudah bukan? 15 blog yang bertuah akan dipilih oleh Mia Liana sendiri dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Isu Pasar Kedai Payang selesai- Teganu Kita

Image
Beginilah ilustrasi artis menggambarkan keadaan bangunan baru Pasar Payang besreta bangunan hotel dan apartmen yang akan dibina kelak Isu pasar baru Kedai Payang selesai Oleh: Kamarudin Mat Akib dan Suriati Ali  Isu bantahan segelintir peniaga berhubung cadangan kerajaan negeri membina pasar baru Pasar Payang selesai apabila mereka bersetuju dengan cadangan tersebut hasil pertemuan dengan Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, hari ini. Menteri Besar Dato'Seri Haji Ahmad Said ketika berbincang dengan Persatuan Peniaga dan  Penjaja  Kecil Melayu Cawangan Kuala Terengganu di Sri Iman hari. Dalam pertemuan itu yang diadakan di Seri Iman, Menteri Besar bersetuju menerima cadangan peniaga untuk menempatkan semula semua peniaga yang beroperasi di Pasar Payang ke bangunan baru setelah pembinaannya siap kelak. Sebelum ini, segelintir peniaga membantah cadangan projek membina bangunan baru Pasar Payang empat tingkat dan berhawa dingin kerana peniaga ikan da...

Pasar Kedai Payang Bakal Berubah- MB Terengganu

Image
Ehsan Virtual Malaysia Berita   Pasar Kedai Payang bakal berubah wajah Oleh : ESAH BINTI ABDULLAH Pasar Payang yang merupakan pusat jualan pelbagai tardisional terkenal di Terengganu bakal berubah wajah apabila ia digantikan dengan pasar baru empat tingkat yang berhawa dingin, tidak lama lagi. Selain itu, sebuah hotel bertaraf lima bintang setinggi 23 tingkat yang menyediakan 550 bilik dan apartment 30 tingkat akan turut dibina berhampiran Pasar Payang, tahun ini. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata bagi membolehkan kerja-kerja pembinaan projek berkenaan dimulakan, semua peniaga di Pasar Payang akan dipindahkan ke tapak sementara di Pulau Warisan. Gambar Ehsan 2121studio Ehsan dari Zairi “Projek ini melibatkan pelaburan lebih RM400 juta dan akan dilaksanakan oleh syarikat swasta yang dijangka memulakan kerja-kerja pembinaan penghujung tahun ini,” katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Cek RM1,000 s...

Promosi 'RM0' AIR ASIA.. cepat cepat

Image
Entry hari ini adalah mengenai PROMOSI '0' AIR ASIA yang mana memang ada bercadang untung terbang ke mana-mana destinasi berkaitan, boleh merancang dan merebut peluang. Promosinya adalah   Bali Singapore Hat Yai Krabi Surat Thani Johor Bahru Kota Bharu     And many more destinations Book from  18 - 24 Feb 2013    Travel from  1 Mar - 31 Jul 2013 Terms & conditions apply. Peluang terbang murah ini bagi mereka yang ada urusan ataupun memang bercadang untuk bercuti perlu direbut. Rancang awal adalah yang terbaik dalam bercuti dan beli awal sememangnya menjimatkan 'budget' percutian anda. Untuk maklumat berkenaan PROMOSI AIR ASIA

D Kekabu Inn, destinasi pelancongan baru di Setiu, Terengganu

Image
Keindahan sungai semulajadi yang jernih airnya Kemudahan bilik yang selesa Kali ini blogger ingin memperkenalkan satu lagi destinasi baru pelancongan di daerah Setiu iaitu D Kekabu Inn. Terletak di Kg Hulu Kekabu, Mukim Guntung kira-kira 15km daripada bandar Permaisuri. Dan 3km daripada sebuah resort yang terkenal di Setiu iaitu Peladang Setiu Agro Resort. Sebuah resort yang terletak ditepi Sungai Guntung ini sememangnya semulajadi indah dan mempersonakan. Aliran sungainya yang jernih pastinya menggamit sesiapa sahaja untuk berkunjung ke sini. Chalet dengan suasana kampung Pintu masuk ke D Kekabu Inn Dengan keluasan lebih kurang 1 hektar, ia menyediakan kemudahan penginapan sebanyak 3 bilik yang lengkap dan selesa. Asrama penginapan untuk 50 orang serta tapak perkhemahan yang boleh menampung seramai 150 orang dalam satu masa. Ia amat sesuai bagi mereka yang ingin lari dari suasana yang sibuk, mengadakan 'private party', 'Family Gathering' da...

Kuala Besut... memang indah dan memukau...

Image
Untuk entry kali ini, blogger ingin abadikan keindahan Kuala Besut dan kawasan kualanya yang indah serta mampu memberi ketenangan diri. Kuala Besut adalah jeti atau pengkalan pintu masuk untuk ke pulau pelancongan terkenal iaitu Pulau Perhentian. Ia juga menjadi jeti pendaratan ikan utama di negara kita. Memang suasana di sini samada waktu petang ataupun bagi sememangnya tenang dan damai. Pekan Kuala Besut walaupun nampak seakan macam pekan koboi, tetapi itulah yang menarik pelancong asing terutama daripada Eropah untuk berkunjung ke sini. Dan yang paling menarik, Pasar Minggu Hari Jumaat Kuala Besut adalah antara pasar minggu TERBESAR di pantai timur. Macam-macam ada di sini daripada hasil tani, ayam hidup, anak itik dan bermacam-macam lagi. Jom kita tengok panorama indah Kuala Besut.

Rumah Log Kayu Cantik siapa ini?

Image
Memang cantik dan unik sekali rumah log kayu ini. Semasa berkunjung ke Pantai Air Tawar Besut, terpandang sebuah rumah log kayu yang cantik dan unik sekali. Lokasinya tidak jauh daripada pantai peranginan yang terkenal di daerah Besut ini. Binaan rumah ini cukup unik dan cantik sekali. Siapa agaknya gerangan empunya rumah ini? Mungkin ia dijadikan sebagai rumah persinggahan atau rumah rehat. Ianya masih belum siap sepenuhnya. Tengok daripada luar rumah pun sudah tertawan. Untunglah tuan punya rumah yang cantik ini. Ia menambahkan lagi seri kawasan peranginan ini.

Spesis Ketam Air Tawar di jumpai diSetiu, di kaki Hutan Simpan Gunung Tebu

Image
Di kawasan inilah dijumpai spesis ketam air tawar, disebuah anak sungai di kaki bukit. Selalunya ketam yang biasa kita jumpa adalah ketam air payau ataupun ketam laut. Tetapi baru-baru ini blogger semasa meronda  di kawasan sebuah resort di Setiu, Terengganu iaitu di Agro Resort  telah terserempak dengan seekor ketam air tawar di tepi sebuah anak sungai di kaki bukit di pinggir Hutan Simpan Gunung Tebu. Sebelum ini boleh dikatakan blogger sendiri pun tak pernah dengar orang jumpa ketam di hulu sungai. Apa ia memang menarik perhatian blogger untuk sama-sama berkongsi spesis ketam air tawar ini. Lagipun kawasan ini agar jauh dari laut kira-kira 40KM. Jom kita tengok bagaimana rupa ketam air tawar ini. Beginilah rupanya spesis ketam air tawar yang dijumpai di Setiu, Terengganu Masih hidup dan cergas serta segar lagi

FANBOX.. berblogging sambil membuat duit..

Image
Hari cuma nak cuma nak berkongsi bagaimana menjana income melalui berblogging. Selain menggunakan Google Adsense, Nuffnang, Advertlets dan sebagainya, terdapat satu laman yang memberi pulangan dan janaan dengan berblogging serta berkongsi apa saja artikel dan sebagainya iaitu FANBOX. Untuk lanjut boleh layari FANBOX . Setakat yang boleh dapat kira OK jugaklah dalam USD5 hingga USD20 sehari. Kadang-kadang banyak, kadang sedikit. Jika anda telah daftar, banyak tutorial boleh membantu. Apa yang penting kita boleh share artikel kita di fanbox untuk meraih lebih ramai audiens, friends atau fan malah jika ia dibaca dan di rating juga kita boleh mendapat pendapatan. Apapun kita perlu sedikit bersabar kerana, pendapatan kita akan 'matang' selepas 90 hari dan kita boleh tunaikannya, atau membeli iklan ataupun membeli barangan di laman FANBOX. Pilih mana yang kita suka. Blogger sendiri sedang menunggu masa untuk 'CASH OUT' kan cek pertama FANBOX pada hujung FEB ...

Pengunjung blog