Posts

Showing posts with the label pelancongan terengganu

MBHA TERENGGANU- Barisan kepimpinan baru 2013/2014

Image
Ini adalah senarai barisan kepimpinan baru MBHA Terengganu bagi tahun 2013/2014. Di harap ia mendapat sokongan dan kerjasama semua ahli MBHA Terengganu. Juga diharapkan bagi premis penginapan dan hotel budget yang masih belum berdaftar, dapat berbuat dengan segera demi kebaikan industri pelancongan negeri Terengganu.

Pasar Kedai Payang Bakal Berubah- MB Terengganu

Image
Ehsan Virtual Malaysia Berita   Pasar Kedai Payang bakal berubah wajah Oleh : ESAH BINTI ABDULLAH Pasar Payang yang merupakan pusat jualan pelbagai tardisional terkenal di Terengganu bakal berubah wajah apabila ia digantikan dengan pasar baru empat tingkat yang berhawa dingin, tidak lama lagi. Selain itu, sebuah hotel bertaraf lima bintang setinggi 23 tingkat yang menyediakan 550 bilik dan apartment 30 tingkat akan turut dibina berhampiran Pasar Payang, tahun ini. Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata bagi membolehkan kerja-kerja pembinaan projek berkenaan dimulakan, semua peniaga di Pasar Payang akan dipindahkan ke tapak sementara di Pulau Warisan. Gambar Ehsan 2121studio Ehsan dari Zairi “Projek ini melibatkan pelaburan lebih RM400 juta dan akan dilaksanakan oleh syarikat swasta yang dijangka memulakan kerja-kerja pembinaan penghujung tahun ini,” katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Cek RM1,000 s...

TEMCO 2012- banyak idea dan perkongsian dalam membangunkan pelancongan Terengganu

Image
Seminar Terengganu Eco & Marine 2012 atau TEMCO yang berlangsung selama 2 hari iaitu pada 6 dan 7 November 2012 di Primula Beach Resort telah banyak melahirkan idea dan pandangan yang boleh dimanfaatkan oleh penggiat pelancongan di negeri Terengganu. Dalam ucapan perasmian, Pengerusi Persatuan Negeri Terengganu (PPNT) Wan Sufian Dato Wan Ishak telah menyatakan PPNT sememangnya serius dalam mengangkat dan membangunkan pelancongan di Terengganu. Salah satu produk baru yang diperkenalkan PPNT adalah 'Payang Walk' pada setiap minggu Jumaat hingga Ahad di Pasar Payang, Kuala Terengganu. Payang Walk adalah usaha meneruskan kesinambungan budaya dan warisan Terengganu melalui pakej menaiki beca atau 'teksi' (panggilan orang Terengganu), jualan kraftangan, aktiviti kebudayaan, pakej River cruise bot penambang dan bermacam-macam lagi supaya ia akan terus menjadi penyambung warisan negeri Terengganu. Ia juga akan terus 'menghidupkan' lagi Pasar Payang yan...

Alami tarikan baru Payang Walk di Kuala Terengganu..

Image
Bot Penambang yang kini digunakan untuk 'Terengganu River Cruise' memang menyeronokkan Kuala Terengganu, Bandaraya Warisan Pesisir Air kini mempunyai daya tarikan baru di mana para pelancong dan pengunjung boleh mengenali keunikan bandar ini dengan lebih dekat dengan menaiki beca dan menyusuri sungai Terengganu. Payang Walk.. tarikan baru di Pasar Payang Hasil inisiatif Persatuan Pelancongan Negeri Terengganu ini dilihat cukup berpotensi bagi meningkatkan lagi produk pelancongan serta keunikan Pasar Payang serta keunikan bandar Kuala Terengganu yang penuh dengan kisah sejarah yang masih banyak lagi yang belum terokai. Jom kita naik beca dan alami sendiri keunikannya Santai Beca adalah kesinambungan keunikan yang dulunya beca adalah pengangkutan utama penduduk tempatan ke mana-mana destinasi dalam bandar. Kini ia dijadikan tarikan pelancong bagi mengenali budaya Kuala Terengganu dengan lebih dekat. Dengan sewaan sebanyak RM15.00/beca bagi perjalanan dari Pasar ...

Rumah Terbuka Aidil Fitri Persatuan Pelancongan Negeri Terengganu

Image
Di bulan Syawal / September 2012 ini banyak juga jemputan Rumah Terbuka Aidilfitri yang blogger terima antaranya Rumah Terbuka Persatuan Pelancongan Negeri Terengganu yang di adakan di Kompleks Kraft Noor Arfa di Chendering, Kuala Terengganu. Ia dihadiri oleh penggiat pelancongan samada pengusaha hotel, resort, pemandu pelancong, agensi pelancongan, pengusaha kraft serta mereka yang terlibat dalam industri pelancongan. Malah para pengunjung dan rombongan yang membuat lawatan ke kompleks kraft ini turut sama di raikan dalam majlis ini. Pelbagai hidangan terutama' Signature Terengganu' iaitu Nasi Dagang, Nasi Minyak Terengganu, Laksa Kuah Lemah, ketupat, tapai pulut dan macam-macam lagi disajikan kepada para tetamu. Persatuan Pelancongan Negeri Terengganu atau PPNT adalah badan bukan kerajaan @ NGO yang memayungi mereka yang bergiat dalam industri pelancongan samada individu mahupun organisasi. Ia adalah wadah atau medium untuk mereka menyuarakan pandangan serta i...

Pengunjung blog