iklan nuffnang

Thursday, 11 July 2013

Salam Ramadhan 2013


Walaupun sudah hari kedua kita menyambut bulan yang mulia dan penuh berkat, admin ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat berpuasa dan salam Ramadhan.

Ramadhan kali ini mungkin biasa bagi sesetengah orang tetapi ramai lagi di antara kita yang terpaksa mengharungi keperitan mengharungi Ramadhan. Cabaran bahan mentah yang mahal serta juadah lauk dan kuih muih yang serba mahal terpaksa di telan.

Bagi golongan berpendapatan rendah memang terasa peritnya. Oleh itu bagi mereka yang berada dan mempunyai sedikit kelebihan, jengok-jengoklah jiran sebelah, apakah mereka mempunyai bekalan yang cukup untuk mengharungi Ramadhan. Sama-sama kita ringankan poket dan beg duit kita untuk sama-sama meringankan beban dan meningkatkan sedeqah jariah.

Membuat kebajikan tidak semestinya dengan yang mahal, apa kata kita beli kurma lebih sedikit untuk sama-sama kita bagi kepada jiran kita, kawan-kawan serta sahabat handai. Jika membeli sayur atau bahan mentah yang kita dapat murah, boleh dihadiahkan kepada mereka yang susah atau jiran kita.

Insyalah amalan sedemikian adalah antara kunci-kunci bagi menjemput rezeki dan meluaskan lagi rezeki kita, percayalah, janji Allah itu benar. Rebutlah peluang dibulan yang amalan baik ini digandakan sehingga Allah sendiriyang menilainya.

Jika kita mampu, apakata kita bawa atau taja mereka yang susah untuk berbuka puasa di hotel atau restoran. Tentu menangis mereka menikmati hidangan yang bagaikan mimpi untuk mereka nikmati. Ambil peluang memberi makan pada mereka yang berpuasa tak terhitung ganjarannya.

Itu belum lagi dikira tentang persiapan raya. Besar sekali ganjaran menggembirakan orang lain termasuk ibu dan bapa kita sendiri, anak saudara dan sebagainya. Belajarlah untuk bermurah hati, berkongsi rezeki dan ber empati, percayalah RM50.00 yang kita sedeqahkan, Allah balas lebih dari 700 kali ganda, itu bulan biasa, jika Ramadhan...besar lagi ganjarannya..

JOM kita rebut ganjaran Ramadhan....bermula dengan sedeqah..

admin

1 comment:

Tedi said...

betul betul betul, tapi jangan di bulan puasa je.

nuffanng advert

lazada advt

bookcafe com

AGODA Booking

Get the LOWEST RATE of your hotel BOOKING by Online

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Shopping @ ZALORA my

My Blog List

kongsi blog