Tips bisnes hotel dan resort: 'Banner' Promosi meningkatkan jualan

contoh banner promosi

Di sini ingin admin kongsikan tips untuk promosi bagi hotel dan resort kecil terutama dalam mempromosikan premis masing-masing dan sebagai strategi 'positioning' dalam insdustri supaya orang lebih mengenali dan meningkatkan tempahan dan jualan.

Di antara tips yang boleh dikongsikan adalah:


  • sentiasa mempamerkan 'banner' promosi penginapan dengan kekerapan 3 bulan sekali , yang mana lebih kerap adalah lebih baik. Promosi selalunya adalah bagi pertengahan minggu atau 'weekdays' yang selalunya menjadi lompang dan kosong di hotel atau resort. Jumlah promosi dan diskaun adalah terpulang pada premis bagi menarik pelanggan, mungkin 30% , 40 % mahupun sehingga 50%. Ianya adalah lebih bersifat 'testng' pada pelanggan dan bagi merakam memori pada pelanggan bahawa harga di resort atau hotel adalah sentiasa menarik dan lebih nilai untuk wang.
  • Sebenarnya promosi untuk pertengahan minggu atau' weekdays' adalah nadi kepada perniagaan hotel atau resort samada besar ataupun kecil. Lebih-lebih lagi hotel atau resort kecil yang hanya mempunyai pendapatan penginapan semata-mata. Hujung minggu @ weekend, yang mempunyai 8 hari sebulan atau 10 hari sebulan, selalunya tidak begitu bermasalah kerana hampir semua orang bercuti dan mempunyai kelapangan untuk bergerak dan mengunjungi mana-mana hotel ataupun resort.

  • Banner promosi tadi hendaklah diletak dan dipamer di lokasi strategik terutama di tepi jalan besar yang sentiasa menjadi tumpuan utama. Musim perayaan dan cuti sekolah adalah masa yang terbaik kerana laluan trafik yang tinggi, dan peluang untuk mereka meninjau penginapan adalah tinggi. Apapun pastikan banner yang anda pamerkan mendapat kebenaran pihak berkuasa tempatan bagi mengekalkan jangka hayat promosi tersebut. Jika tidak, sia-sialah pelaburan anda.

  • Promosi penginapan bersama 'goodies' atau cenderahati juga adalah promosi terbaik bagi mengekalkan hubungan baik dan mesra bersama pelanggan. Cenderahati yang terbaik adalah hasil kraft tangan tempatan. Ianya tidak semestinya mahal, mungkin sekitar RM5 hingga RM10 untuk diberi bersama harga penginapan.
  • Manakala ruang promosi pula tidak tertakluk pada banner sahaja, boleh juga secara flyers, mahupun promosi melalui Facebook, Instagram, laman web, mahupun blog. Lebih kerap ianya dipamerkan ianya akan meningkatkan 'awareness' pelanggan tentang promosi kita. Kita belajar apa yang hotel besar dan berbintang buat, tetapi dengan 'budget' yang sesuai dengan kemampuan kita.
Meletakkan nama hotel @ resort sebaris dengan nama hotel besar memerlukan masa yang sedikit panjang. Namun jika kita kreatif dan konsisten ianya mungkin memberi hasil yang lebih singkat dan diluar dugaan. 

Usaha kecil yang konsisten akan memberi pulangan yang besar dan luar dugaan

Admin
Terengganumyheritage
terengganulegend@yahoo.com

Comments

Popular post this month

Desa Ukiran Kayu Istana Tg Long, Kg Raja, Besut, Terengganu- Legasi Seni Ukir Melayu Yang Hebat

Nasi Berlauk Malam Sudin Kubis 3, fenomena baru makan malam di Kuala Terengganu.. beratur panjang

10 Pemain Pingpong TERBAIK MALAYSIA lelaki dan wanita

Tradisi Main dan Buat Wau

Lagu terbaru MOK oleh Saudara Naquib Mohamad- Ikon lagu loghat Terengganu

Kenali Pengarang Kitab Terkenal, 'Penawar Bagi Hati', Syeikh Abdul Qadir Al Mandili (1910-1965)

Senarai Pasar Malam di Kuala Terengganu sepanjang minggu..macam macam makanan dan kuih boleh cari..

Pengunjung blog