iklan nuffnang

Pelancongan Terengganu

Thursday 9 April 2015

290 Spesies Burung Di Tasik Kenyir Tumpuan Pelancong Antarabangsa


12
Tasik Kenyir yang menjadi habitat 290 spesies burung termasuk spesies jarang ditemui akan dibangunkan sebagai destinasi ekopelancongan terunggul di rantau ini, kata Timbalan Pengerusi II Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman.
Beliau berkata ini berikutan kedudukan Tasik Kenyir kekal menjadi tarikan utama dalam industri ekopelancongan khususnya daripada kalangan peminat burung tempatan dan luar negara.
“Sebanyak 290 spesies burung telah direkodkan di Kenyir termasuk sembilan daripada 10 spesies burung enggang selain penemuan helang terpantas di dunia iaitu Peregrine Falcon,” katanya.
Beliau berkata kerajaan negeri akan terus menjenama dan mempromosikan Tasik Kenyir sebagai “Destinasi Melihat Burung” terunggul di rantau ini.
HFK_1544
Menurutnya penganjuran kali ketiga ‘Kenyir Bird and Nature Quest’ selama dua hari bermula hari ini berjaya menarik 80 penyertaan daripada peminat burung termasuk dari Kanada, Nigeria, Palestin, Yaman dan peserta tempatan.
Katanya kerajaan negeri yakin bukan sahaja Tasik Kenyir malah Terengganu yang mempunyai 461 spesies burung termasuk beberapa spesies yang jarang ditemui di tempat lain boleh dijadikan pusat kajian burung.
“Selain di Tasik Kenyir terdapat juga beberapa spesies burung yang jarang ditemui di Pulau Perhentian, Setiu Wetland selain di beberapa lagi kawasan termasuk beberapa bandar di Terengganu,” kata Tengku Zaihan.
Beliau berharap beberapa badan bukan kerajaan (NGO) seperti Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) dapat menjadikan Terengganu sebagai destinasi utama kepada pencinta burung.
Sementara itu, Presiden MNS Henry Goh berkata pihaknya yang mempunyai 120 jaringan dan bekerjasama rapat dengan beberapa lagi NGO luar negara akan berusaha memperkenalkan Terengganu sebagai destinasi ekopelancongan.
“Industri ekopelancongan terbukti telah memberikan pulangan yang besar kepada beberapa negara termasuk di Amerika Syarikat iaitu sebanyak RM5 bilion setahun dan begitu juga di Eropah,” katanya
fauzimohd@teganukita

No comments:

bookcafe com

AGODA Booking

Get the LOWEST RATE of your hotel BOOKING by Online

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Blog List

kongsi blog