Posts

Showing posts from 2016

Portal Beautiful Terengganu: Beautiful Terengganu Trail sempena Visit Beautiful...

Image
Portal Beautiful Terengganu: Beautiful Terengganu Trail sempena Visit Beautiful... : BUAT PERTAMA KALI di Muara Sungai Terengganu Persembahan Air, Berkonsepkan UV Light, Water Screen, Bot Berhias, Flying Board, Musical...

Resort World Kijal, Kemaman, Terengganu , pengalaman percutian yang menyeronokkan....

Image
Lobi Resort World Kijal yang mengagumkan Kesempatan cuti menjelang Krismas 2016, ambil peluang untuk bawa anak-anak bercuti. Banyak sempenanya iaitu harijadi anak yang ke 4, hadiah anak sulung PT3 11A dan juga habisnya Program Hafazan Cuti sekolah hampir sebulan. Pening juga memilih lokasi cadangan, tak nak jauh sangat. Fikir punya fikir kami pilih Resort World Kijal yang dulunya dikenali sebagai Awana Kijal, di Kijal Kemaman.  Memilih bercuti dalam Terengganu juga sempena meraikan Visit Beautiful Terengganu 2017 bahawa Terengganu sememang mempunyai destinasi percutian yang hebat dan menawan. Jacuzzi satu keluarga .. seronok Sampai sahaja di lobi RW Kijal kami bagaikan disambut untuk bercuti. Layanan daripada staf RW Kijal memang menawan. Anak-anak dah nampak seronok dan tak sabar-sabar untuk ke kolam renang. pemandangan kolam dari bilik kami yang mengadap laut Dari bilik jelas nampak suasana kolam renang yang meriah. Apalagi kami pun melepaskan penat...

Nasi Lemak Kak Yong hanya RM1.50, murah dan sedap di Dataran AUstin, Gong Badak...berbaloi

Image
Nasi Lemak Kak Yong , Dataran Austin dekat Mydin Gong Badak telah mula menjadi sebutan dan buah mulut pelanggan. Bukan sahaja sedap malah murah dengan harga Rm1.50 sahaja. Nasi lemak dengan lauk sambal bilis dan ikan ini memang menjadi rebutan pelanggan setiap petang yang sebelum ini beroperasi bersebelahan Stadium Tertutup Gong Badak, kini telah berpindah operasi sejak pembinaan litar permotoran baru.   Menuruk pemilik gerai Nasi Lemak Kak Yong, Saudara manaf, jualan sehari atau sepetang boleh mencecah 250 hingga 300 bungkus di mana purata pelanggannya adalah pelanggan tetap dan berulang. Kadang-kadang terpaksa memasak 2 kali jika habis awal bagi memenuhi permintaan pelanggan yang sentiasa meningkat.   Menurutnya lagi, kualiti dan rasa sentiasa dijaga agar pelanggan sentiasa berpuas hati dengan nasi lemak ini, malah apa yang penting adalah ramai orang boleh makan nasi lemak dengan harga murah dan sedap.  bagi ingin mencuba nasi lemak ini bolehlah berku...

Keunikan Setiu Wetland menjadi tarikan peserta seminar TEMCO 2016

Image
Para peserta berpeluang melepaskan sendiri tuntung ke habitat asal di Sungai Setiu Seminar TEMCO @Terengganu International eco & marine tourism conference 2016 anjuran Kerajaan Negeri Terengganu dengan kerjasama Persatuan Pelancongan Negeri Terengganu dan Ping Anchorage MICE. Ia adalah penganjuran kali ke tujuh yang memberi fokus mengekalkan kelestarian khazanah alam dan pentas perbincangan dan percambahan minda bagi melahirkan idea dan penyelesaian kepada perubahan positif dalam sektor eko pelancongan dan pelancongan marin. Ia disertai oleh pelbagai latar belakang daripada pengusaha-pengusaha, wakil-wakil kerajaan negeri, wakil-wakil akademik, NGO pelancongan dan orang awam. Seminar ini juga mensasar negeri Terengganu sebagai destinasi eko pelancongan dan marin yang utama. Ia juga bagi menggalakkan penglibatan komuniti bagi menjayakan produk ekopelancongan dan pelancongan yang terbaik. Ia juga bagi memperkenalkan lagi produk eko pelancongan batu d...

Percutian ala karavan C.A.M pertama di Malaysia

Image
Karavan @ Caravan C.A.M iaitu pertama di Malaysia memang menarik untuk percutian berkenderaan bersama keluarga. Sememangnya ia menjanjikan kelainan dalam percutian anda.     Lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti bilik air, tempat tidur yang selesa, dapur untuk memasak, malah berhawa dingin serta dilengkapi dengan kemudahan audio visual tentunya menjajnjikan percutian keluarga anda lebih bermakna dan seronok.   Sememangnya percutian sebegini sudah lama popular diluar negara samada di New Zealand, Australia mehupun di Amerika Syarikat ataupun Eropah.   Model ini baru pertama kali mendapat kelulusan JPJ di Malaysia. Ianya luas dan selesa untuk seisi keluarga 4 atau 5 orang yang juga turut dilengkapi dengan generator kecil. Maklumat lanjut mengenai kenderaan ini samada spesifikasi enjin mahupun keupayaan jenteranya bolehlah melayari http://sendokgroup.com/product/plutus-caravan Harganya pula didatangkan dengan harga Rm207,000, murah ...

Pulau Perhentian- Pelancongan Bertaraf Dunia di Terengganu

Image
Kenangan semasa urusan tugas mengklasifikasikan resort atau 'rating' di Pulau Perhentian, Besut, Terengganu satu pengalaman yang amat sukar dilupakan. Daripada suasana jeti, hinggakan suasana resortr-resort di sana dan yang paling mengujakan apabila sampai di pantai pulau yang putih bersih, bagaikan terlupa diri bahawa ini adalah Pulau Perhentian di Terengganu. Memang cantik dan memang indah malah menjadi tumpuan pelancong dari seluruh pelosok dunia. Dengan kejernihan air lautnya serta keindahan dunia bawah laut samada menyelam atau pun ber'snokelling' pastinya memberi satu pengalaman yang luar biasa. Bilik penginapan di Perhentian Island Resort Saya menginap di Perhentian Island Resort, resort bertaraf tiga bintang yang mempunyai kemudahan lengkap dan pantai yang amat cantik, malah batu karang di hadapan resort pun sudah mengujakan. Tips semasa snorkelling, bawalah roti atau makanan kering lebih sedikit, pastinya anda akan dibelai oleh ikan-ikan yan...

PERTANDINGAN PLAYSTATION FIFA E-SPORT 2016 TERENGGANU

Image
Lama betul admin terpaksa menepikan diri dek kesibukan tugas seharian. Insyalah selepas ini akan ada artikel atau entr secara lebih terancang untuk perkongsian maklumat bersama anda semua. Kali ini berkaitan hebahan dalam Group Kuala Terengganu Residen atau KUTERER berhubung PERTANDINGAN PLAYSTATION FIFA    E-SPORT 2016 Pusat Pembangunan Modal Insan GPMS Negeri Terengganu (PPMI) akan menganjurkan Pertandingan Sukan Elektronik (e-Sport) FIFA 2016... Jom pakat tunjuk bakat kiter masuk tanding lawan bola Playstation4 FIFA 2016:- Tarikh : 1 Oktober 2016 (sabtu) Masa: bermula jam 10.00 pagi Tempat: PPMI GPMSNT Yuran penyertaan muroh jeboh RM15 jerk.. makan minum pulok disediakan... Hadioh tempat pertama RM300 tempat kedua RM200 Tempat ketiga RM100 rugi dok joing boohhh !!! Untuk penyertaang dang maklumak lanjuk awok itter bulih wassap @ telipong 012-7741474 (sdr kymie) Derahhhh... ada 32 slot jerk booohh... dang penuh ambe dok leh nok tulong doh... daftar s...

RM58.00 semalam tawaran Hotel HAI O di Sepang, Selangor oleh Hairuddin Omar

Image
Hai O Hotel yang terletak di Sepang kira-kira 10 minit daripada KLIA atau KLIA 2 adalah di antara perancangan bisnes masa depan pemain bolasepak Terengganu dan bekas pemain kebangsaan, TRW serta ATM iaitu Hairuddin Omar atau Hai O. Hotel yang mempunyai 28 bilik ini kini telah mula beroperasi mempunyai jenis bilik 'Single Room', Standard Room dan Family Room. Manakala harga pengenalan istimewa Hotel Hai O ini adalah RM58.00 semalam manakala bagi bilik Family adalah RM138.00 Hotel kategori bajet ini mempunyai kemudahan yang lengkap dan hampir setaraf dengan hotel bertaraf bintang dengan kemudahan: tuala-sabun-syampu seterika-pemanas air kemudahan WIFI berdekatan dengan kedai mamak 24 jam berdekatan restoran steamboat Hairuddin yang berasal dari Seti, Terengganu juga adalah seorang usahawan yang gigih dengan turut mengusahakan restoran ikan bakar Adeqsue dan juga produk sos Adeqsue di Terengganu. Manakala produk terbaru yang dilancarkan oleh...

RM100 seorang - pakej mencandat Sotong dari Peladang Setiu Agro Resort....

Image
Pakej Candat Sotong oleh Peladang Setiu Agro Resort, Setiu, Terengganu. Musim Candat Sotong bermula pada bulan April hingga Julai setiap tahun. Rebutlah peluang untuk merasai sendiri pengalaman mencandat. Maklumat hubungi 0199192240 #beautifulterengganu

Promosi PERMAI HOTEL Kuala Terengganu

Image
Promosi April dan Mei 2016  Permai Hotel Kuala Terengganu

RM529 per villa, promosi istimewa di Terrapuri Resort, Setiu, Terengganu

Image
Terrapuri Resort, Setiu, Terengganu enawarkan promosi istimewa 2016 iaitu RM529.00 semalam bagi penginapan villa termasuk sarapan pagi untuk 2 orang. Resort yang berkonsepkan rumah klasik Terengganu yang terletak di Kg Mangkuk, Setiu, Terengganu ini menawarkan kelainan dan suasana  yang berbeza dengan resort berkonsepkan pemuliharaan dan pembangunan semula rumah lama abad ke 17 Terengganu. Dengan berlatarbelakangkan Setiu Wetland dan berhadapan Laut ChinaSelatan ia memberi dua nilai estetika yang berbeza dan unik kepada penginapnya. Di antara tarikan di resort ini adalah hidupan wetlands seperti tuntung, lokan serta pokok-pokok bakau dan nipah disekelilingnya. Apa yang paling menarik anda boleh menikmati keindahan kerlpan kelip-kelip dengan memerhatikannya di sekitar resort yang hidup dengan semulajadi tanpa diusik. Kawasan ini juga menjadi destinasi penting pendaratan penyu terutama penyu hijau (green turtle) dan juga tuntung dengan keindahan pantainya yang cantik dan ...

Restoran Fasha Thai, Jalan Kamarudin, Kuala Terengganu.... jadi ngat

Image
Restoan Fasha Thai yang terletak di Jalan Kamaruddin, Kuala Terengganu sentiasa mendapat tumpuan ramai bagi menikmati keenakan masakan Thai seperti tomyam dan lain-lain. Bagi admin antara yang sering menjadi pilihan di sini adalah Nasi Air Special iaitu bubur nasi dengan ikan masin, telur masin serta udang dan kangkong goreng belacan, memang menjadi. Begitu juga dengan somtam yang sememangnya asli Thai cukup pedas masin manis. Jika nak ke restoran ini pastikan waktunya betul kerana jam 7.00 hingga 8.00 malam adalah waktu rehat untuk solat. Memang pesanan tidak di ambil pada masa ini.

Banyak yang menarik di BEAUTIFUL TERENGGANU 2016 Plaza Angsana

Image
Beautiful Terengganu yang berlangsung dari 23 hingga 27 Mac 2016 di Plaza Angsana telah berjaya menonjolkan keunikan Terengganu dari pelbagai aspek sama tarikan pelancongan, keunikan makanan, budaya, warisan, permainan tradisi malah penonjolan identiti Terengganu sendiri yang unik. Ramai juga rakyat Terengganu yang menetap di Johor terkejut dengan keberanian Kerajaan Negeri Terengganu membawa rombongan sebesar ini ke Johor, malah anggapan awal mereka hanyalah karniva biasa berskala kecil sahaja. Sambutan yang di terima sejak hari pertama juga amat luar biasa dengan kunjungan ramai sekali pengunjung Setiu wetlands adalah antara galeri tarikan pelancongan yang mendapat sambutan yang hangat dengan menampilkan keunikan pokok bakau, nipah dan hidupan wetland seperti kerang, lokan , ketam nipah dan tuntung. Demonstrasi menggoreng keropok dengan pasir juga mendapat sambutan dan memukau pengunjung terhadap warisan tradisi ini. l

Beautiful Terengganu 2016 di Plaza Angsana Johor bahru

Image
Beautiful Terengganu di Plaza Angsana Johor Bahru pada 23 hingga 27 Mac 2016 mensasarkan orang-orang Johor dan Singapura bagi menikmati keenakan makanan Terengganu seperti keropok lekor, nasi dagang, otak-otak, satar, bekang dan macam-macam lagi. Juga dibawa ke sini adalah hasil kraf batik, songket, barangan kraf, makanan tradisi dan bermacam-macam hasil usahawan Terengganu. teganukita Juga pakej-pakej pelancongan menarik di Peladang Setiu Agro Resort, Pulau Perhentian, Tasik Kenyir, Pulau Redang dan macam-macam lagi dengan kadar harga yang istimewa Juga menampilkan pelbagai deminstarsi kebudayaan seperti tenunan songket, gasing terbang, silat, gamelan, permainan tradisional dan macam-macam lagi. Jom ke Plaza Angsana Johor Bharu untuk melihat sendiri rombongan dagangan Terengganu dan ianya bermula dari jam 10.00 pagi hingga 10 malam sehingga 27 Mac 2016 #beautifulterengganu #terengganumyheritage #tahunmelawatterengganu2017

Pengunjung blog