Saudara Naquib Mohammad kini menjadi ikutan melalui lagu-lagu berloghat Terengganu yang unik dan menarik. Dengan wajah ekspresi selamba, ia menggambarkan beliau seorang insan seni. Lagu terbaru loghat Terengganu beliau iaitu 'MOK' atau Emak kini mula menjadi ikutan. di antara lirik puitis lagu MOK ini adalah seperti berikut: "Mok"(Behind the scene) Pagi la pagi mok wat kuey, Belang2 tu jugok mok kuca air, Kite tengoh makang mok nyapuh serumoh, Mok duk kicoh kaeng kite baru sudoh.. E hey mok.. mok.. ooo mok.. Ttari naek sikek mok susoh hati, Orang jjua ikang dok lalu lagi, Kite duk sedak nenggok depang tv, Mok duk rusing ddapo pah ceroh buke peti.. Ehey mok.. mok.. ooo mok.. Bile tengohari peruk rase lapo, Akak tudung saji nasik lauk telor, Kite pong tanye dok kang wat ning saje, Mok pong jawak doh mung wat taik mate.. Ehey mok.. mok.. ooo mok.. Sudoh abih makang mok kutik pinggang kotor, Sudoh basuh blake mok g khellak sbetor, Dok lame pahtu bunying khetung kh...
Keindahan sungai semulajadi yang jernih airnya Kemudahan bilik yang selesa Kali ini blogger ingin memperkenalkan satu lagi destinasi baru pelancongan di daerah Setiu iaitu D Kekabu Inn. Terletak di Kg Hulu Kekabu, Mukim Guntung kira-kira 15km daripada bandar Permaisuri. Dan 3km daripada sebuah resort yang terkenal di Setiu iaitu Peladang Setiu Agro Resort. Sebuah resort yang terletak ditepi Sungai Guntung ini sememangnya semulajadi indah dan mempersonakan. Aliran sungainya yang jernih pastinya menggamit sesiapa sahaja untuk berkunjung ke sini. Chalet dengan suasana kampung Pintu masuk ke D Kekabu Inn Dengan keluasan lebih kurang 1 hektar, ia menyediakan kemudahan penginapan sebanyak 3 bilik yang lengkap dan selesa. Asrama penginapan untuk 50 orang serta tapak perkhemahan yang boleh menampung seramai 150 orang dalam satu masa. Ia amat sesuai bagi mereka yang ingin lari dari suasana yang sibuk, mengadakan 'private party', 'Family Gathering' da...
Berikut adalah senarai 10 pemain Pingpong TERBAIK MALAYSIA bagi tahun 2017 1. Leong Chee Feng- Selangor 2. Mohd Ashraf Haikal- Kuala Lumpur 3. Mohd Syakirin Ibrahim- ATM 4. Chai Kiang Beng- ATM 5. Chong Javen- Selangor 6. Kuala Lumpur 7. Kuala lumpur 8. Ching Yik- MASUm 9. Amos Ling- Selangor 10. Mohd Syazwan- Kedah Manakala 10 pemain terbaik wanita adalah sebagaimana berikut: 1. Alice Chang- Sarawak 2. Tee Ai Xin- Johor 3. Hong Yi- Johor 4. Sammy Tay-Sarawak 5. Keuh Wan May- Sarawak 6. Amanda- Selangor 7. Chong Xing Yee- Negeri Sembilan 8. Selangor 9. Pulau Pinang #setiupost #pingpongmalaysia
Abdul Rahman menunjukan laluan bot untuk ke Kampung Payang suatu ketika dahulu. Oleh: Aminudin Ismail. RAMAI yang tahu Kampung Payang yang terletak berhampiran Kampung Fikri, Daerah Setiu tetapi tidak ramai yang tahu di mana kedudukan sebenar Kampung Payang itu kerana sebahagian kampung itu kini menjadi lautan akibat fenomena alam iaitu hakisan laut akibat ombak membadai pantai. Semalam wartawan Teganukita ke Kampung Kuala Setiu, Setiu untuk berjumpa dengan seorang orang lama di kampung itu bagi menyingkap kembali kisah Kampung Payang yang pernah menjadi nadi bagi daerah Setiu suatu ketika dahulu itu. Abdul Rahman Ismail, bekas Penghulu Kampung Kuala Setiu yang kini berusia 82 tahun itu masih lagi sihat dan mampu mengingati peristiwa lama dengan baik termasuklah beberapa perkara tentang Kampung Payang. Beliau yang pernah berkahwin dengan penduduk Kampung Payang itu, berkata ibubapa penduduk Kampung Fikri sekarang ini adalah kebanyakannya berasal dari Kampung Payang dan mer...
Semalam mendapat jemputan bagi Peluncuran Buffet Ramadhan Felda Residence Hotel Kuala Terengganu. Majlis juga bersempena pelancaran Kiosk Kopi Settlers di Hotel yang merupakan outlet kopi Felda yang memberi wajah baru kepada operasi dan cafe hotel. Majlis dilancarkan oleh Pengerusi Felda Dato Shaberi Bin Chik dan turut hadir sama adalah Pengerusi Ketengah Dato Rozi Bin Mamat serta pegawai tertinggi Felda ibu pejabat dan Negeri. Harga ' Burung Awal' yang di tawarkab oleh Felda Resodence ini adalah RM57 seorang daripada harga asal iairu RM67 seorang. Antara menu menarik yang ditawrkan adalah Nasi Mandy dan Kambing golek yang sedap. Pelbagai menu tradisional Terengganu seperti colek kateh, nekbat dan semalam ada Laksam yang memang sedap. Majlis turut dihadiri oleh rakan rakan media, agensi kerajaan dan sahabat handai. Terima kasih Puan Rosma, Pengurus Besar Hotel atas jemputan serta makanan yang sedap dan enak. #TRUETerengganu #buffetRamadhan
" PAKEJ BERBUKA TERMUROH DI SETIU " Kami menawarkan pakej berbuka puasa "TERMUROH DI SETIU"... Pakej besertakan ikan siakap 3 rasa semuroh RM28.00 sahaja 😨 😨 😨 ... Kami mula mengambil tempahan pada hari ISNIN 21/5/18 sehingga akhir Ramadhan... Waktu tempahan pukul 2.30pm - 7.00pm... Untuk tempahan boleh call @ whatsapp : ABE DIE 014-8012049 KAK NORA 014-8292993 Jommm pakat2 share... Supaya semua golongan boleh merasa 😘 # AirBuahTabur # CheeseBanjir # Seafood sumber FB D Nora
Keindahan dan keunikan alam semulajadi di Lata Chakah, Setiu Kali ini destinasi pilihan blogger adalah LATA CHAKAH , Setiu, Terengganu. Orang tempatan memanggilnya 'Lata Sawa'. Mengapa dipanggil sedemikian, masih menjadi tandatanya. Memang cantik dan setaraf dengan destinasi perkelahan Sekayu mahupun Lata Tembakah Apapun ianya memang cantik dan indah dan belum tercemar oleh kemajuan. Kata orang cantik bagai anak dara desa yang belum diusik . Bagi warga tempatan ia sememangnya sudah dikenali tetapi bagi mereka yang diluar daerah Setiu, ia memang belum popular . Kawasan Lata Chakah ini telah dilengkapi dengan kemudahan asas oleh pihak berkuasa tempatan dan sentiasa dijaga dengan baik. Cuma promosi atau hebahan untuk mempopularkan tempat ini sahaj masih belum cukup meluas. Ia boleh menjadi destinasi perkelahan hujung minggu untuk keluarga setaraf dengan destinasi popular lain seperti Lata Tembakah, Sekayu mahupun Lata Belantan. Dengan air yang jerni...
Comments